CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9908|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan bangunkan Niah jika menjadi tapak warisan UNESCO

[Copy link]
Post time 31-5-2024 06:43 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari disaksikan Juma'ani, Rosey, Abdul Karim serta yang lain membakar lemang sebagai simbolik perasmian Majlis Melanggar Meja Bersempena Hari Raya Aidilfitri Daerah Subis 2024, malam Rabu. – Gambar Penerangan

SEPUPOK, NIAH: Kerajaan negeri mempunyai pelan pembangunan terancang di luar Gua Niah sekiranya pencalonannya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO diluluskan pada Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia pada Julai depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Pelan Induk Projek Perlindungan Tebing Sungai Niah tidak akan menyentuh kawasan gua kerana kerajaan mahu mengekalkan keasliannya.

“Maka pembangunannya akan dilaksana di luar kawasan tapak warisan UNESCO iaitu di seberang sungai, bukannya membangunkan gua berkenaan.

“Pekan Niah akan dibangunkan melalui Pelan Induk Projek Perlindungan Tebing Sungai Niah membabitkan projek pembangunan jalan, hakisan dan jalan kampung," katanya pada Majlis Melanggar Meja Bersempena Hari Raya Aidilfitri Daerah Subis 2024, malam Rabu.

Abang Johari berkata, projek pembangunan Niah itu sudah pasti akan menelan kos perbelanjaan yang tinggi, namun peruntukan bagi tujuan itu secara prinsipnya telah diluluskan.

“Saya tidak dapat mengumumkan kos peruntukan bagi pelaksanaan Pelan Induk Projek Perlindungan Tebing Sungai Niah ini sangat tinggi harganya.

“Namun secara prinsipnya, projek ini telah diluluskan di peringkat kabinet dan akan dilaksanakan,” jelasnya.

Menurut Abang Johari, kerajaan pada masa sama akan membesarkan jalan-jalan menuju ke Niah dari Bekenu dengan peruntukan lebih RM100 juta dan ia akan disambung dengan Pelan Induk Projek Perlindungan Tebing Sungai Niah.

Turut akan dinaik taraf ialah akses Internet untuk untuk kemudahan pelancong atau pelawat berhubung dengan negara luar, katanya.

Di samping itu ujarnya, kerajaan negeri juga akan melaksanakan projek-projek kecil lain iaitu penyambungan Waterfront Bekenu, Jambatan Kampung Bulau Bekenu dan skim perumahan.

“Ini adalah perkembangan yang akan berlaku yang akan mengubah landskap Subis dan saya rasa Sarawak akan mendapat kelulusan untuk pengiktirafan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO,” ujarnya.

Pemilihan taman itu sebagai Tapak Warisan Dunia katanya, adalah inisiatif untuk memperkasakan kapasiti Sarawak dalam melindungi warisan dan pembangunan amalan pemuliharan bertaraf dunia.

Menurutnya, pengiktirafan boleh dijadikan instrumen penting untuk kerajaan negeri memperkenalkan Sarawak di seluruh dunia, sekali gus memberi impak positif terhadap kawasan dan masyarakat di sekelilingnya.

Untuk rekod, Taman Negara Gua Niah seluas 3,138 hektar adalah kawasan bukit batu kapur dan hutan.

Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakan sebagai taman negara dan dibuka kepada umum pada 1 Januari 1975.

Dalam majlis itu, Abang Johari turut menyampaikan hadiah kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Subak Jaya yang menjadi juara Majlis Berlanggar Meja diikuti Kampung Penjuang Kelulit selaku naib juara dan ketiga, Kampung Lajong.

Hadir sama, isterinya Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Ripin Lamat, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta kenamaan lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058455 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list