CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3975|Reply: 0

[Selangor] Zakat Selangor beri RM300 pada asnaf baru dapat kerja

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:14 PM | Show all posts |Read mode

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa asnaf berdaftar dengan agensi itu dan baru mendapat pekerjaan memohon Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS).

Jurucakap LZS memaklumkan, IPPAS mula diperkenalkan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf pada 2022 dengan permulaan kadar bantuan sebanyak RM300.

"Namun kadar bantuan ini dinaikkan kepada RM700 pada tahun 2024 atas faktor kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Semenjak insentif ini diperkenalkan, LZS menerima 350 jumlah permohonan dengan 150 orang asnaf sudah berjaya mendapat insentif ini," katanya ketika dihubungi tadi.


Mengulas lanjut, LZS berkata, sejumlah RM100,000 diperuntukkan agensi berkenaan bagi pelaksanaan IPPAS pada tahun ini.

"Setiap asnaf hanya boleh memohon insentif ini sekali dalam tempoh tiga tahun.

"Walau bagaimanapun, jika asnaf itu diberhentikan kerja oleh majikan atas sebab tertentu, permohonan mereka boleh dipertimbangkan dan perlu mengikuti sesi kaunseling kerjaya," katanya.

Permohonan dibuka secara atas talian sahaja sehingga 30 Disember dan asnaf berdaftar boleh memohon melalui pautan https://bit.ly/INSENTIFPERMULAANPEKERJAANASNAFSELANGOR-IPPAS-LZS.

Pemohon perlu melampirkan dokumen sokongan seperti Mykad pemohon, Mykad ketua keluarga, surat tawaran bekerja, surat pengesahan bekerja, penyata akaun bank pemohon dan surat pengesahan kaunseling bagi permohonan berulang (jika berkenaan sahaja).



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... af-baru-dapat-kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056466 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list