CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4556|Reply: 0

[Selangor] Ibu bapa Zayn Rayyan kelihatan sangat terkejut – Peguam

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:25 PM | Show all posts |Read mode

Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Peguam, Mahmud Abdul Jumaat memberitahu bahawa terdapat perkembangan baharu dalam siasatan polis yang membawa kepada penahanan ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Puncak Alam, semalam.

Beliau yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, pasangan terbabit direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi melengkapkan siasatan.

“Ada perkembangan terbaharu dari siasatan polis yang mana semalam mereka menahan kedua-kedua suspek atau orang yang disyaki (OYDS).

“Buat masa ini kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi, jadi saya mohon semua pihak bersabar dan mendoakan agar keluarga ini kuat, menerima ujian tersebut.

“Ia masih dalam tempoh reman, ia sekadar melengkapkan siasatan. Kita tak tahu lagi siapa lagi yang bakal dituduh,” katanya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Jelas Mahmud, tangkapan dan reman ke atas mereka dibuat berdasarkan perkembangan terbaharu daripada siasatan pihak polis dan dibenar reman tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Jun ini.

Mahmud berkata, pasangan suami isteri itu kelihatan sangat terkejut ketika disangka suspek dalam kes bunuh anak mereka.

“Saya juga tak jangka perkara ini malah saya percaya satu Malaysia terkejut dengan pertemuan berkenaan. Tapi saya yakin pihak polis memohon reman ini untuk melengkapkan siasatan.

“Kita akan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci demi keadilan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! pada 6 Disember tahun lalu melaporkan Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... an-siasatan-peguam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055225 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list