CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6441|Reply: 0

Sainz intai sertai Red Bull

[Copy link]
Post time 2-6-2024 11:30 AM | Show all posts |Read mode

SAINZ (kiri) masih belum mempunyai pasukan pada tahun depan. FOTO AFP

London: Carlos Sainz mensasarkan untuk menyertai Red Bull pada 2026, tetapi dia mesti menyelamatkan kariernya terlebih dahulu pada tahun depan.

Pemandu Ferrari itu akan kehilangan tempat duduknya tahun depan kepada Lewis Hamilton dan sedang berbincang dengan beberapa pasukan.

Tetapi Gazzetta melaporkan bahawa keutamaan Sainz adalah untuk mendapatkan tempat duduk di Red Bull pada 2026.

Red Bull nampaknya akan memberi peluang kepada Sergio Perez, yang kontraknya tamat tahun ini, dengan lanjutan kontrak setahun lagi tahun depan untuk kekal bersama Max Verstappen.


Tetapi pada tahun 2026, apabila peraturan F1 baharu diperkenalkan, akan terdapat kekosongan tempat duduk di Red Bull dan Sainz dikatakan berminat menyertai pasukan itu.

Sainz sudah berunding dengan Mercedes untuk 2025 tetapi Toto Wolff berkata dia lebih gemar menunggu lebih lama dahulu sebelum mengumumkan pengganti Lewis Hamilton.

Ia sekali gus menyaksikan Sainz hanya mempunyai dua pilihan pasukan pada tahun depan.

Audi dikatakan sudah lama mahu mendapatkan khidmatnya, sementara pengeluar itu masih bertanding sebagai pasukan Sauber.

Tetapi Sauber jelas tidak mampu menawarkan jentera yang pantas dan Audi mahu Sainz komited dengan kontrak jangka panjang untuk membantu meningkatkan prestasi pasukan.

Satu lagi pilihan Sainz adalah Williams yang mungkin dapat memberikan kontrak selama satu tahun kepadanya dengan tambahan pilihan setahun lagi, menurut laporan akhbar Itali.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tai-sertai-red-bull
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058562 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list