CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7183|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penggunaan vape babitkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat

[Copy link]
Post time 2-6-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode

DZULKEFLY Ahmad (dua kanan) turut serta belari dengan peserta larian “segarun” pada Karnival World No Tobacco Day (WNTD)-SEGARUN 2024. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Sebanyak 28 notis kesalahan penjualan rokok dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang belum dewasa (OBD) sepanjang tempoh dua tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada tahun lalu, 26 notis dikeluarkan manakala dua notis pada tahun ini.

Selain itu, katanya, semua pihak perlu sedar bahawa Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbidi (NHMS) terbaru menunjukkan peningkatan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vape membabitkan golongan yang berumur 13 hingga 17 tahun.

"Dapatan dalam NHMS terbaru menunjukkan, lingkungan umur 13 hingga 17 tahun yang merokok menurun iaitu daripada 13.8 peratus pada 2017 kepada 6.2 peratus pada 2022.


"Malangnya, vape atau penggunaan rokok elektronik meningkat daripada 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus pada 2022," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Karnival World No Tobacco Day (WNTD)-SEGARUN 2024 sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, antara faktor peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja disebabkan produk itu bersifat menarik.

Beliau berkata, faktor lain disebabkan promosi produk berkenaan yang berleluasa tanpa kawalan di media sosial.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sudah diwartakan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, katanya, perintah pelaksanaan Akta 852 itu belum dilaksanakan dan berkemungkinan ia akan dilakukan pada pertengahan tahun ini.

"Kita harapkan (pelaksanaan Akta 852) selewat-lewatnya pertengahan tahun ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -17-tahun-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054642 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list