CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6839|Reply: 0

[Selangor] Sedut diesel subsidi dari tangki bawah tanah

[Copy link]
Post time 2-6-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Anggota penguatkuasa KPDN memeriksa lori tangki yang dipercayai menyedut keluar diesel dari tangki bawah tanah di sebuah stesen minyak di Shah Alam, kelmarin. - FOTO/IHSAN KPDN SELANGOR

SHAH ALAM: Kegiatan mencurigakan sebuah lori tangki menyedut diesel dari tangki bawah tanah ketika stesen minyak beroperasi di sini, membawa kepada serbuan pihak berkuasa, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, minyak yang disedut didapati dipindahkan ke dalam badan lori tangki terbabit.

Ketua Sektor Operasi Seksyen Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata Pejabat KPDN Kuala Kubu Bharu menerima kes serahan daripada Perisikan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Katanya, polis menyerbu sebuah stesen minyak di Shah Alam dan menghentikan proses menyedut diesel selepas mengesan wujudnya aktiviti mencurigakan.


Beliau berkata, maklumat kes diterima hasil maklumat orang awam manakala siasatan dibuat mengikut Ops Tiris 3.0.

Mohd Shahran berkata, pihaknya merampas lori tangki bersama muatan diesel, peralatan seperti pam bermotor dan hos penyambung, tangki bahan api bawah tanah serta pump island.

Katanya, arahan mengisytiharkan stok dan mengemukakan maklumat mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 dikeluarkan kepada pemandu lori dan pemilik stesen minyak pada hari sama.

"Anggaran keseluruhan bahan api membabitkan kenderaan dan tangki bahan api dalam tanah stesen minyak mencecah lebih 50,000 liter dengan nilai subsidi diselamatkan dianggar lebih RM100,000

"Keseluruhan sitaan dianggar RM200,000," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Shahran berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan tumpuan mengenal pasti individu atau syarikat serta rantaian pengedaran bekalan diesel subsidi termasuk sumber diperoleh dan diedarkan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tangki-bawah-tanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061598 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list