CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5767|Reply: 0

[Selangor] 'Alhamdulillah Hafiy semakin sihat, terima kasih semua penyumbang'

[Copy link]
Post time 2-6-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode

PENGHIDAP sindrom Antley Bixler, Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif semakin sihat dan aktif. FOTO ihsan Nor Akma Aini Azmee

Shah Alam: "Hafiy sihat dan semakin aktif, syukur Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada Harian Metro (HM) kerana bantu siarkan kisah Hafiy hingga ramai datang menyumbang," kata Mohd Hasiif Mohd Hasbi, 31, ketika berkongsi perkembangan anaknya, Muhammad Hafiy Affan, 4, atau Hafiy yang menghidap sindrom Antley Bixler atau kecacatan pada muka dan bentuk tengkorak sejak lahir.

Mohd Hasiif berkata, Hafiy masih tidak boleh makan dan sekadar minum susu menerusi tiub yang disambungkan pada hidung.

"Buat masa ini, keadaan Hafiy stabil cuma ada lagi pembedahan akan dijalankan membabitkan jari tangan kanan dan kirinya yang bengkok serta menutup lubang trakea.

"Tapi kos pembedahan belum dimaklumkan lagi dan masih dalam perbincangan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Mohd Hasiff berkata, setakat ini, Hafiy menerima elaun bulanan RM500 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, elaun itu diberikan kerana keadaan Hafiy yang juga dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU) kelewatan pembangunan global atau Global Developmental Delay (GDD).

"Selain itu, Hafiy ada juga dapat sumbangan barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu terutama selepas ceritanya tersiar dalam HM.

"Rezeki Hafiy dapat semua itu....buat masa ini, saya cari rezeki dengan menjual nasi ayam goreng cincang gulai Kelantan dan nasi lemak di sebuah gerai berhampiran rumah.

"Manakala, isteri (Nor Akma Aini Azmee, 28) tak kerja kerana jaga Hafiy dan seorang lagi anak kami yang berumur dua tahun," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan derita ditanggung Hafiy menyebabkan doktor terpaksa menjahit sebahagian kelopak mata kiri serta kanannya daripada tersembul keluar.

Lebih menyedihkan, Hafiy juga mengalami kesukaran bernafas kerana saluran pernafasannya terlalu sempit selain kaki dan tangannya tidak boleh membengkok.

Ketika berusia lima bulan, Hafiy pernah menjalani pembedahan memasukkan tiub yang dipasang di bahagian kepala hingga perut bagi mengalirkan lebihan cecair yang terdapat di kepalanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ih-semua-penyumbang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067441 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list