CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5557|Reply: 0

Sainz terdesak cari jalan selamatkan diri

[Copy link]
Post time 3-6-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode

SAINZ mempunyai beberapa pilihan pasukan lain untuk terus berlumba dalam saingan F1 musim depan. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Carlos Sainz dikatakan sedang mengintai peluang menyertai Red Bull pada 2026 tetapi buat masa ini dia lebih cenderung mahu menyelamatkan kariernya terlebih dahulu untuk menghadapi saingan Formula Satu (F1) tahun depan.

Sainz yang kehilangan tempat bersama Ferrari tahun depan selepas diambil alih oleh Lewis Hamilton dikatakan sedang melakukan perbincangan dengan beberapa pasukan yang sedia mendapatkan khidmatnya seperti Mercedes dan Audi.

Menurut laporan akhbar Itali, Gazzetta dello Sport, keutamaan Sainz adalah mendapatkan tempat bersama Red Bull pada 2026 selepas Sergio Perez dikatakan kekal bersama pasukan tersebut dengan lanjutan kontrak setahun lagi tahun depan.

Apabila peraturan F1 baharu diperkenalkan pada 2026, Red Bull dipercayai bakal membuat rombakan sekali gus menarik minat Sainz untuk menyertai pasukan itu.

Ketika ini, jenama automobil Jerman, Audi yang bersetuju untuk mengambil alih penuh pasukan F1 iaitu Sauber menjelang musim tahun 2026 juga menunggu peluang untuk mendapatkan khidmat Sainz.

Bagaimanapun, Audi meletakkan syarat ketat apabila ingin mendapatkan Sainz dengan kontrak jangka panjang terutama membantu meningkatkan prestasi pasukan tersebut selepas pengenalan peraturan baharu.

Satu lagi pilihan Sainz adalah Williams yang mungkin dapat memberikan kontrak selama satu tahun kepadanya dengan tambahan pilihan setahun lagi. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... an-selamatkan-diri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.079042 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list