CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5575|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita mangsa penipuan haji buat laporan polis di Shah Alam

[Copy link]
Post time 3-6-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Rose membuat laporan di balai polis Seksyen 9 Shah Alam selepas diperdaya pakej haji bayaran rendah oleh sebuah syarikat pelancongan pada Mei lalu. FOTO Ihsan Pembaca

Putrajaya: Seorang wanita yang menjadi mangsa penipuan haji membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, hari ini, dengan mendakwa diperdaya sebuah agensi pelancongan.

Pekerja swasta yang ingin dikenali sebagai Rose, 50-an, dari Klang berkata, dia membuat laporan bagi dirinya dan kakak terhadap seorang wanita yang juga pengendali sebuah agensi pelancongan tempatan.

Menurutnya, rakannya yang turut bersamanya ketika menyertai pakej haji itu dua minggu lalu akan membuat laporan sama di balai polis di Kedah, esok.

"Saya mengambil tempoh panjang untuk bertenang dan selepas stabil, baharulah kuatkan semangat untuk membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Pada 27 Mei lalu, media melaporkan niat tiga wanita mengerjakan haji musnah selepas individu yang menawarkan pakej haji serendah RM25,000 dengan menjanjikan kemudahan pengangkutan persendirian, visa haji 'Nusuk' dan tempat tinggal di hotel lima bintang berhampiran Masjidilharam lesap tanpa dikesan.

Mereka bertolak ke Jeddah pada 9 Mei lalu dengan penerbangan AirAsia dan pulang semula ke Malaysia pada 19 Mei lalu selepas individu yang menguruskan perjalanan mereka ke Makkah tidak dapat dihubungi ketika tiba di lapangan terbang di Jeddah.

Menurut sumber, wanita yang menguruskan pakej haji itu pernah didakwa di Mahkamah Selayang pada 2023 kerana disyaki memperdayakan orang ramai menerusi modus operandi sama.

Rose berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas individu berkenaan.

Menurutnya, dia hampa kerana hasratnya menunaikan haji dan berdoa di hadapan Kaabah agar anaknya yang menghidap penyakit kronik sembuh tidak tercapai.

"Selepas menyedari ditipu, kami membuat laporan dengan pihak berkuasa Arab Saudi di Jeddah dan mereka berjanji akan membantu menyelesaikan masalah itu sekiranya dapat menemui wanita berkenaan.

"Sebagai merawat duka, sepanjang berada di Tanah Suci kami sempat mengerjakan umrah dengan mengeluarkan duit sendiri untuk membayar hotel, membeli makanan dan kos tambang pengangkutan dan tiket penerbangan pulang ke Malaysia berjumlah RM1,600 setiap seorang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -polis-di-shah-alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052401 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list