CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2005|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hampir 4 juta pekerja berisiko miskin di hari tua

[Copy link]
Post time 4-6-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hampir empat juta pekerja tidak formal berdepan risiko jatuh miskin di hari tua akibat kekurangan caruman mandatori kepada program persaraan atau pencen.

Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, sebagai sebuah institusi yang menguruskan pendapatan di hari tua, pihaknya menyedari bahawa cabaran dalam memastikan jaminan pendapatan persaraan.

Menurutnya, sehubungan itu, kerajaan telah meningkatkan simpanan persaraan dalam sektor tidak formal melalui i-Saraan, menggalakkan caruman KWSP secara sukarela melalui insentif kerajaan sehingga RM500 setahun.

“KWSP juga meneroka inovasi untuk menampung sektor tidak formal dengan lebih baik sejajar matlamat Ekonomi Madani untuk memperluaskan perlindungan sosial.

“Bahkan pada Mei lalu, kita turut melancarkan Penstrukturan Semula Akaun KWSP untuk ahli di bawah usia 55 tahun dengan pengenalan Akaun Flesksibel,” katanya berucap pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa KWSP 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2043, yang mana 14 peratus daripada penduduk terdiri daripada populasi yang berusia 65 tahun ke atas.

“Menjelang tahun 2060, Malaysia dijangka mempunyai tiga orang dewasa umur bekerja bagi setiap warga emas berbanding 10 orang dewasa umur bekerja bagi setiap warga emas pada tahun 2020.

“Walaupun peningkatan jangka hayat adalah salah satu penanda kemajuan sesebuah negara, perubahan demografi ini juga akan menimbulkan cabaran kepada masyarakat Malaysia.

“Ini khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan, kemudahan penjagaan warga emas dan jaminan pendapatan persaraan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... miskin-di-hari-tua/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.513041 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list