CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4894|Reply: 0

[Sarawak] Bapa kanak-kanak pandu kereta di Sibu disaman

[Copy link]
Post time 7-6-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang memandu kereta di Jalan Kampung Nyabor, di sini seperti tular di media sosial pada Rabu telah dikenakan saman.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata pihak polis telah berjaya mengesan kanak-kanak tersebut bersama ibu bapanya pada jam 6.50 petang hari yang sama.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke Pejabat Trafik untuk membantu siasatan.

"Hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan tersebut adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang menghidap penyakit Autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Zulkipli berkata, pihak polis juga telah mengeluarkan saman di bawah Seksyen 26(1)B Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada bapa kanak-kanak tersebut.

Beliau turut menekankan tindakan itu diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, serta mengingatkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka dalam memantau anak-anak mereka.

Masyarakat juga diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video yang tular tersebut.

Katanya, orang ramai diminta memberi kerjasama dalam mengekalkan ketenteraman awam dan membiarkan pihak polis menjalankan tugas mereka secara profesional.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.139057 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list