CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9628|Reply: 0

MotoGP: Pertarungan sengit tiga pelumba

[Copy link]
Post time 9-6-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

MARTIN, Bagnaia dan Marquez dijangka terus mendominasi saingan dalam perebutan gelaran juara dunia musim ini. - AFP

LONDON – Bekas pelumba Ducati, Andrea Dovizioso percaya perebutan gelaran dunia pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024 akan melibatkan tiga pelumba iaitu Francesco Bagnaia, Jorge Martin dan Marc Marquez.

Pelumba satelit Pramac Ducati, Jorge Martin mendahului hampir sepanjang musim dengan 171 mata sekali gus meninggalkan Bagnaia dengan perbezaan 18 mata dan Marquez tempat ketiga dengan perbezaan 35 mata.

Walaupun Marquez menggunakan jentera Ducati musim 2023, namun juara dunia MotoGP enam kali itu membuktikan dia antara pencabar kelompok hadapan selepas beberapa kali berada di atas pentas podium.

“Ia benar-benar mengujakan kerana setiap perlumbaan mereka bertiga memiliki jentera yang serupa dan boleh bertarung secara maksimum musim ini.

“Walaupun mereka bertiga adalah pelumba yang berbeza dari segi umur, jentera tetapi apa sahaja boleh berlaku. Saya yakin perlumbaan musim ini akan menjadi lebih sengit,” katanya.

Dalam pada itu, Dovizioso sangat kagum terutama Marquez menyesuaikan diri dengan cepat Ducati sekali gus membolehkan pelumba Sepanyol itu meraih tempat duduk bersama pasukan utama Ducati pada tahun depan.

“Semua orang mengharapkan banyak daripada Marc (Marquez), termasuk saya. Marc adalah pelumba berbakat besar dan saya fikir apa yang dia lakukan dan seberapa pantas dia menyesuaikan diri dengan Ducati adalah sesuatu yang sangat istimewa.

“Walaupun motosikal itu antara yang terbaik, cara dia melakukan berbeza sama sekali dan dia terpaksa menukar cara tunggangannya pada tahap maksimum untuk menawan karakter jentera Ducati. Pada pendapat saya, Marc belum capai 100 peratus,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... engit-tiga-pelumba/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055104 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list