Karnival Kesihatan Mini sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Peringkat IPD Kanowit pada 15 Jun ini.
SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit dengan kerjasama Pemuda dan Wanita Persatuan Foochow Kanowit akan menganjurkan Karnival Kesihatan Mini sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217.
Aktiviti yang tersenarai termasuk kempen derma darah bagi membantu Bank Darah Hospital mendapatkan bekalan darah untuk kegunaan Hospital Sibu.
Turut diadakan ujian pap smear, pemeriksaan dan rawatan pergigian, saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah.
Menerusi kenyataan hari ini, program akan diadakan di Dewan Persatuan Foochow Kanowit pada 15 Jun dari jam 8 pagi hingga 4 petang.
"Karnival Kesihatan Mini ini terbuka kepada semua orang. Jom datang beramai-ramai memeriahkan program ini," ujarnya.
Sementara itu, kriteria sebagai penderma adalah sihat tubuh badan, berumur antara 18 hingga 70 tahun untuk yang pernah menderma.
"Berumur antara 18 hingga 60 tahun untuk pertama kali menderma dan umur 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga," jelasnya.
Selain itu, penderma perlu memiliki berat badan 45 kilogram dan ke atas, tidur minimum lima jam dan tiada masalah kesihatan.
"Mereka yang ingin menderma juga telah makan sebelum menderma darah dan pendermaan terakhir tiga bulan lepas," ujarnya.
|