CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 0

[Sabah] Program JIWA MADANI perlu diperhebat di kawasan luar bandar

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Suryady (tiga kanan) menerima cendera kenangan daripada Azuary.

TAWAU: Program JIWA MADANI anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) perlu sentiasa diperhebat terutamanya di kawasan luar bandar bagi memberikan informasi yang tepat kepada rakyat di negara ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, melalui program ini dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada golongan sasar.

Katanya, masih ramai lagi masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak mendapat maklumat jelas berkaitan dasar kerajaan kerana kekangan dari segi akses jaringan telekomunikasi.

“Malah, ada masyarakat yang tercicir mendapat bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan disebabkan tidak mendapat informasi tepat dari mana-mana pihak.

“Justeru, inisiatif JaPen mengadakan program turun padang sebegini sangat tepat dan mampu membantu masyarakat di peringkat kampung khususnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian ketika ditemui dalam program JIWA MADANI peringkat Parlimen Kalabakan, di sini hari ini.


ALBUM: Suryady bersama sebahagian penduduk yang hadir dalam program berkenaan.

Mengulas lanjut, katanya, banyak dasar dan polisi yang kerajaan telah buat untuk membantu rakyat sama ada dari segi bantuan, subsidi mahupun geran perniagaan.

“Saya berharap JaPen dapat meneruskan usaha melalui kerjasama dengan agensi lain bagi memberikan penerangan terus kepada rakyat dari semasa ke semasa.

“Program ini juga sekali gus dapat menangkis tohmahan pihak tidak bertanggungjawab terhadap dasar kerajaan dan menjawab persoalan yang sering timbul dalam kalangan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Tawau, Azuary Abdul Azis berkata, untuk zon Tawau, program ini sudah dilaksanakan sebanyak 14 kali di kawasan yang berbeza.

Katanya, program ini akan diteruskan dalam fasa dua bermula bulan hadapan dengan melibatkan pelbagai lagi agensi kerajaan di daerah ini.

“Kita melihat program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk kampung dan ia perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

“Ia juga merupakan satu platform supaya pemimpin dapat turun padang berjumpa dengan rakyat dan memberi peluang agensi kerajaan menyalurkan maklumat secara terus kepada klien,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.064971 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list