CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2245|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Khidmat P.212 Sibu anjur aktiviti jualan barangan bersubsidi khas sempena Aidiladha

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:23 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Sempena dengan sambutan Hari Raya Haji akan datang, Pusat Khidmat P.212 Sibu akan menganjurkan aktiviti jualan barangan bersubsidi khas di Pasaraya Bisonte, Jalan Kuda pada 15 Jun ini.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, sebanyak 800 set barangan bersubsidi ditawarkan kali ini untuk memberi manfaat kepada rakyat sempena Hari Raya Haji.

"Program ini akan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Setiap isi rumah hanya boleh membeli satu set barangan bersubsidi yang ditawarkan," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Ling, harga asal barangan bersubsidi ini adalah RM45.60 dan selepas diberi subsidi sebanyak 32 peratus, orang ramai hanya perlu membayar RM30 sahaja.

Barangan bersubsidi yang ditawarkan termasuk beras putih Mei Syukur (5kg), minyak masak (1kg), 30 biji telur, lima bungkus mee segera dan gula (1kg).

"Makanan subsidi ini tidak dijual secara pukal dan mesti dibeli secara tunai," jelasnya.

Sementara itu, orang ramai juga akan mendapat satu kupon petrol bernilai RM5 bagi pmbelian satu peket susu tepung sama ada untuk kanak-kanak atau warga emas yang berharga lebih RM20.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062463 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list