CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7203|Reply: 0

[Sarawak] Pemandu dan penumpang cedera kereta langgar pembahagi jalan

[Copy link]
Post time 9-6-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode


Dua cedera dalam kemalangan berhampiran simpang Kaki Wong, Saratok hari ini.

SARATOK: Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan yang mereka naiki terlibat kemalangan berhampiran simpang Kaki Wong dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Saratok PBK II Abdul Rahman Sabi berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu jam 12.23 tengah hari.

“Sejurus menerima panggilan itu, sepasukan anggota bomba bergerak ke lokasi kemalangan yang terletak 14 kilometer dari balai.

“Ketika sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati pemandu kereta terbabit dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan terus dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Saratok.

“Sementara itu, penumpang wanita dilaporkan tersepit di tempat duduk penumpang dan usaha mengeluarkan mangsa terus dilakukan oleh bomba yang mengambil masa 15 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dipercayai ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Betong menuju ke Saratok.

Menurut Abdul Rahman, kereta dinaiki mangsa merempuh pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, penumpang wanita terbabit mengalami kecederaan patah tangan dan turut dibawa ke Hospital Saratok mendapatkan rawatan," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8145 Replies : 71
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 8139 Replies : 140
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 51425 Replies : 322
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 213790 Replies : 5178
[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak kedua, Inara Raisa
doubleA[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak ke
Views : 32554 Replies : 119
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 8012 Replies : 6
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 12847 Replies : 51
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 2066 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74834 Replies : 3019
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30651 Replies : 193

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056070 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list