CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2181|Reply: 0

[Sarawak] 104 bakul makanan dihantar kepada mangsa banjir di Baram

[Copy link]
Post time 12-6-2024 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-6-2024 10:18 AM



Operasi penghantaran bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir di Long Sait dan Long Kerong, Baram petang tadi berjalan lancar.

MIRI: Sebanyak 104 bakul makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dihantar kepada mangsa banjir di Kampung Long Sait dan Long Kerong, Baram hari ini.
   
Operasi penghantaran bakul makanan itu menggunakan pesawat Mi-171 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan sembilan orang kru dari Pangkalan Operasi Udara Wilayah Sarawak.
   
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Maureen Sim berkata, penerbangan berlepas jam 12.46 tengah hari tadi membawa sebanyak 53 dan 51 pek bakul makanan diagihkan kepada mangsa terjejas banjir di Long Sait dan Long Kerong.
   
Penyerahan bakul makanan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala yang turut serta dalam operasi tersebut.
   
Operasi penghantaran bakul makanan akan disambung esok.
   
Pada Jumaat lepas, sekitar jam 2 pagi, berlaku banjir kilat di dua kampung terbabit sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk selain merosakkan harta benda serta tanaman.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076890 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list