CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2232|Reply: 0

[Sarawak] Penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak penting

[Copy link]
Post time 12-6-2024 06:31 PM | Show all posts |Read mode


Shafizan (duduk tengah) bersama penduduk rumah panjang semasa program berkenaan di Maludam, Sabtu lepas

BETONG: Ibu bapa harus mengutamakan pendidikan kanak-kanak sebagai salah satu bahagian pembangunan modal insan untuk memacu pembangunan negara pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli memberitahu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memantau kanak-kanak terutamanya semasa di rumah mahupun di luar rumah.

Menurutnya, tugas ibu bapa bukan hanya menghantar anak-anak ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan, sebaliknya apabila anak-anak berada dalam kawasan rumah, peranan yang sama juga perlu diberikan kepada anak-anak seperti guru-guru mereka di sekolah.

"Apabila di rumah, ibu bapa akan menjadi guru kepada anak-anak termasuklah memastikan anak-anak mereka menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh pihak sekolah dan sebagainya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Ramah Mesra Hari Gawai Dayak Bersama Pemimpin di Rumah Minin di Kampung Tanjung Baru, Maludam pada Sabtu lepas.

Beliau menambah, kerajaan Sarawak sedia bersedia untuk membantu serta memberi inisiatif kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Ini adalah kelebihan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat," jelasnya lagi.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri juga berusaha untuk membangunkan sektor pertanian seperti penanaman padi agar Sarawak mampu membekalkan padi untuk keperluan rakyat negeri serta meningkatkan pendapatan.

Hadir sama pada majlis berkenaan,  wakil Pegawai Daerah Pusa Iszarul Japar serta ketua kaum dan ketua masyarakat yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053816 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list