CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1480|Reply: 0

[Sarawak] MEITD komited rapatkan jurang pendidikan antara bandar, luar bandar

[Copy link]
Post time 12-6-2024 08:16 PM | Show all posts |Read mode


Sagah (kiri) mencuba peranti Raspberry Pi yang digunakan dalam program-program yang dilancarkan oleh kementeriannya pada majlis di Universiti Teknologi Swinburne, hari ini.

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) terus komited dalam merapatkan jurang pendidikan di antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ke arah itu MEITD dan Universiti Teknologi Swinburne akan bekerjasama dengan Hornbill Foundation untuk menyediakan kelas tuisyen Tingkatan 1 hingga 5 di sembilan sekolah di Baram untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat yang ketara kepada pelajar-pelajar luar bandar serta memastikan mereka mempunyai sumber dan sokongan yang diperlukan untuk cemerlang dalam bidang akademik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan majlis perasmian Raspberry Pi 2024 dan penyampaian sijil di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri MEITD Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap MEITD Adana Jed dan Pro Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor Lau Hieng Ho.

Dalam pada itu, Sagah menzahirkan penghargaan dengan penglibatan positif semua guru serta mereka yang terlibat di semua peringkat latihan dalam usaha menyokong matlamat negeri mempromosikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Pada tahun 2021, kementerian saya menetapkan matlamat kritikal untuk mempercepatkan inovasi dan kemahiran digital dalam kalangan pelajar sekolah rendah melalui penggunaan komputer bersaiz kad kredit berkos rendah yang dipalamkan ke monitor komputer.

“Ini bagi membolehkan mereka meneroka sistem pengkomputeran dan mempelajari bahasa pengaturcaraan seperti Scratch dan Python.

“Inisiatif itu dibuktikan apabila lebih 9,000 set Raspberry Pi, lengkap dengan monitor, papan kekunci dan tetikus telah diedarkan ke sekolah rendah di seluruh Sarawak yang memanfaatkan seramai 240,000 pelajar,” jelasnya.

Pada majlis itu, seramai 33 peserta terdiri daripada guru serta pegawai menerima sijil latihan Raspberry Pi yang bertujuan memperkasa serta memperluaskan pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negeri ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057443 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list