CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 0

[Sarawak] Tiga sekolah di Parlimen Sibu kini nikmati kemudahan lebih selesa

[Copy link]
Post time 13-6-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode


Laluan konkrit dibina bagi mengantikan jambatan kayu yang sudah reput dan membahayakan pelajar SK Kampung Bahagian Jaya, terutama ketika cuaca hujan.
SIBU: Tiga buah sekolah di kawasan Parlimen Sibu, di sini, kini menikmati kemudahan yang lebih baik selepas kemudahannya selesai dinaik taraf menggunakan dana dari Program Mesra Rakyat (PMR).

Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia Jaya telah melaksanakan penggantian laluan dari kayu kepada konkrit untuk memastikan kestabilan dan keselamatan murid-murid.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling menjelaskan, bahawa langkah ini penting untuk menggantikan jambatan kayu yang sudah reput dan membahayakan pelajar terutama ketika cuaca hujan.

"Kini dengan adanya laluan baru ini, pergerakan murid-murid ke bilik darjah menjadi lebih selamat dan selesa," ujar Ling.

Di SK Batu 10, penambahbaikan kemudahan difokuskan kepada pemasangan pendingin hawa dan kipas dinding baru.

Ling berkata, sebanyak 10 unit pendingin hawa telah dipasang di auditorium, bilik komputer dan pejabat sekolah sementara tujuh kipas dinding turut dipasang untuk meningkatkan keselesaan di ruang-ruang tersebut.

Menurut beliau, keselesaan adalah faktor penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan penambahan kemudahan ini Ling berharap ia dapat mencipta persekitaran yang lebih baik bagi guru dan pelajar sekolah.

Sementara di SK Batu 15, dana PMR digunakan bagi penyediaan perabot baru seperti meja dan kerusi untuk pejabat sekolah serta set televisyen untuk bilik darjah digital.

Pembelian komputer, kipas, pendingin hawa dan mesin fotostat turut dilakukan untuk memenuhi keperluan teknologi dan pentadbiran di sekolah.

"Ini adalah langkah positif untuk pendidikan di kawasan kita. Dengan fasilitas yang telah diperbaiki, kami berharap dapat memberikan sokongan yang lebih baik kepada pendidikan tempatan," tambah Ling.

Katanya, peningkatan kemudahan di tiga sekolah ini menunjukkan komitmen beliau dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan keselesaan bagi komuniti pendidikan di Sibu.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057395 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list