CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 3

[Tempatan] 27 ‘influencer’ ditahan kerana promosi judi online

[Copy link]
Post time 14-6-2024 06:51 PM | Show all posts |Read mode
27 ‘influencer’ ditahan kerana promosi judi online

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... romosi-judi-online/

Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
14 Jun 2024, 4:40 pm


Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 27 pempengaruh media sosial termasuk 23 wanita ditahan polis di lapan negeri semalam selepas disyaki aktif mempromosikan kegiatan judi haram dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya melaksanakan serbuan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang semalam selepas dua bulan risikan.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 23 wanita dan empat lelaki tempatan yang berusia antara 21 dan 35 tahun.

“Modus operandi digunakan adalah mereka (pempengaruh) akan dipilih oleh sindiket yang menilai mereka dari jumlah pengikut di laman sosial. Lagi ramai pengikut lagi tinggi amaun bayaran diberikan.

“Hasil siasatan mendapati setiap pempengaruh dibayar antara RM1,500 hingga RM8,000 di satu platform media sosial, bergantung jumlah pengikut mereka di media sosial.

“Siasatan mendapati setiap pempengaruh aktif sekurang-kurangnya di dua platform media sosial,” katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily memberitahu, pihaknya bertindak merampas sebanyak 30 unit telefon bimbit berlainan jenama milik semua suspek seterusnya diserahkan kepada forensik untuk tindakan lanjut.

“Selain menjual produk-produk seperti produk kecantikan dan lain-lain, pempengaruh ini juga mempromosi laman kegiatan judi dalam talian.

“Semua pempengaruh dipercayai dibayar oleh beberapa sindiket judi berlainan sejak lebih setahun lalu,” jelasnya.

Jelas beliau lagi, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sindiket judi yang menjadi dalang utama dalam kes tersebut.

“Sindiket belum dikenal pasti sama ada warga tempatan atau warga asing. Perkara ini masih dalam siasatan.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2024 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahan influencer ja???tak kenal pasti lgi warga tempatan atau warga asing???biar betik sohai ni..bepuluh fon boleh rampas dan sindiket dan ketua tak tau sapa???pelik betoiii????
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang patut polis tangkap sindiket dan gang2 diaorang....hmm... lain macam ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
gelak2 je tokey big bos judi ni tgk depa kena tangkap
esok2 depa pi amik lagi org lain utk promote gitu ulang2...yg kayo ttp diatas fuhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062395 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list