View: 1855|Reply: 6
|
[Jenayah]
"Kalau Terbayang Lain" - Sengaja Membayangkan Perempuan Lain Ketika Berjimak Dengan Isteri, Ustaz Kata Bukan Dosa Besar Tapi Hukum Tetap Haram!
[Copy link]
|
|
Setiap pasangan yang sedang hangat bercinta, pasti mempunyai impian untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama-sama.
Di dalam Islam, kahwin adalah sunnah Rasulullah SAW dan terdapat banyak hikmah di dalam perkahwinan.
Umum mengetahui, perkahwinan merupakan cara yang halal untuk pasangan tinggal bersama selain memenuhi kehendak nafsu dan dapat mengelak daripada melakukan kemaksiatan.
Haram hukumnya suami atau isteri bayangkan individu lain ketika melakukan hubungan seks
Pun begitu, terdapat persoalan mengenai hukuman sekiranya suami membayangkan wanita lain ketika sedang bersetubuh dengan isterinya.
Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI menjelaskan bahawa haram hukumnya jika suami atau isteri membayangkan individu lain ketika kedua-duanya sedang berjimak.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @akmal_pro, UAI menjelaskan tentang hukum tersebut setelah diajukan soalan berkaitan perkata terbabit dalam satu majlis sesi soal jawab agama di sebuah masjid di Kedah pada baru-baru ini.
“Paling banyak yang dapat pahala yang tanya (soalan) ini, nampak je soalan dia nakal tapi jangan main-main, asbab dia bertanya kita berkongsi pengetahuan,” kata UAI.
Hukum haram telah dijelaskan oleh ulama menerusi kitab-kitab lama dan baru
Menurutnya, hukum haram bagi perbuatan tersebut telah dijelaskan oleh ulama menerusi kitab-kitab lama seperti kitab Turath dan juga kitab baru.
“Haram kita membayangkan orang lain ketika bersetubuh atau berseronok, mengambil kesedapan suami isteri.”
Jelas UAI, perbuatan membayangkan individu lain ketika bersetubuh bersama pasangan itu dianggap sebagai berseronok dengan orang lain melalui fikiran.
Hanya dosa kecil namun hukumnya tetap haram
Berkongsi lanjut, UAI berkata perbuatan tersebut dikira sebagai dosa kecil dan bukanlah dosa besar, namun hukumnya tetap haram.
“Bukan dosa besar tapi dosa kecil, tetapi hukumnya tetap haram. Kalau terbayang lain, ini kerana sengaja membayangkan,” ujar UAI.
Memetik Maktabah Al-Bakri, perbuatan membayangkan diri sedang bersama orang lain ketika berjimak sangat dekat ke arah zina hati yang jelas pengharamannya di dalam al-Quran. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau suami membayangkan lelaki lain? |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 15-6-2024 12:45 AM
kalau suami membayangkan lelaki lain?
T,p?
Verse?
|
|
|
|
|
|
|
|
Type M benda basic camni pun nak kena ajar.... x habis2 bangang... |
|
|
|
|
|
|
|
UAI explain berkenaan 'membayangkan' wanita lain, bukan 'terbayang'. tajuk TT tulis 'terbayang. berbeza. |
|
|
|
|
|
|
| |
|