Edited by nazzse at 27-5-2020 04:50 AM
KUALA LUMPUR: Sambutan Aidilfitri tahun ini nyata istimewa buat bekas gimnas negara, Dr Farrah-Hani Imran apabila dilantik sebagai Profesor Madya oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jumaat lalu. Difahamkan, beliau yang bertugas sebagai Pensyarah Kanan dan Ketua Pembedahan Plastik, Unit Kebakaran dan Penjagaan Luka, Fakulti Perubatan UKM, menjadi bekas atlet pertama yang menerima pengiktirafan tertinggi itu.
"Pengiktirafan ini diterima bersama rakan seperjuangan yang lain selepas berusaha bertahun-tahun dan setia berkhidmat demi negara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Ini kali pertama bekas atlet negara menerima pengiktirafan sebagai Profesor Madya pembedahan, dan bekas gimnas negara pertama sebagai Profesor Madya dalam apa-apa bidang,".
Dr Farrah, 43, yang menjadi gimnas pertama beraksi di Kejohanan Dunia 1993 di Sepanyol berharap pengiktirafan itu dapat memberikan inspirasi kepada atlet lain untuk meraih kejayaan di peringkat tertinggi.
"Walaupun berdepan rintangan yang tidak berasas, teruskan usaha gigih, rajin kerja, ikhlas dan buktikan kewibawaan jati diri dengan jujur dan berpegang kukuh kepada amanah yang diberikan," katanya yang juga Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).
Beliau turut menitipkan nasihat kepada atlet lain supaya memasang impian bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. "Jangan takut bila orang 'target' anda. Sebagai atlet negara, ada yang salah anggap jalan hidup kita senang. "Justeru, kita perlu lipat gandakan usaha dan elak jalan pintas. Usahakan yang terbaik dan hasilkan keputusan 'personal best' anda sebagai profesional. Jadi, versi juara terbaik diri anda," katanya
Seorang lagi atlet yang hebat, Dr M.Jagathesan, The Flying Doctor. Jawatan akhir sebagai Pengarah IMR & Timb. Pengarah KKM sebelum bersara. Ada atlet deserve our respect.
|