CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1845|Reply: 0

Onagadori, baka ayam unik Jepun

[Copy link]
Post time 2-3-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode

Onagadori terkenal kerana memiliki ekor ayam yang panjang. - Wikimedia Commons

Onagadori, baka ayam unik Jepun

TOKYO – Sejenis baka ayam di Jepun yang dikenali sebagai Onagadori dilabel antara yang paling cantik di dunia  kerana memiliki ekor yang boleh mencecah panjang 10 meter, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Berbanding 17 baka ayam yang dianggap sebagai khazanah negara Jepun, Onagadori adalah satu-satunya yang mempunyai status istimewa.

Sejak menerima status ini pada 1952, eksport burung dan telur Onagadori telah diharamkan, justeru  sukar menemui spesies ini di luar Jepun.

Baka ini terkenal dengan ekor ayam jantan yang tidak bercabang dan sangat panjang serta boleh tumbuh sepanjang hayat burung tersebut.

Menurut beberapa pakar, ayam betina Onagadori mengeram telur secara normal,  manakala ayam jantan pula hanya melucutkan  bulunya setiap tiga tahun.

Tabiat ini adalah salah satu sebab mengapa penternak Eropah tidak begitu menyukai baka Onagadori kerana unggas ini akan menyimpan bulu yang kusut dan rosak untuk jangka masa lama.

Untuk diklasifikasikan sebagai Onagadori tulen, ayam jantan itu mesti mempunyai ekor sepanjang sekurang-kurangnya 1.5 meter.

Rekod ekor ayam Onagadori buat masa ini adalah sepanjang 11.3 meter. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... ka-ayam-unik-jepun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.067611 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list