CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15528|Reply: 68

[Tempatan] Kajian skim pencen penjawat awam sudah di peringkat akhir, kata KSN

  [Copy link]
Post time 13-2-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Kajian skim pencen penjawat awam sudah di peringkat akhir - KSN

https://www.bharian.com.my/berit ... peringkat-akhir-ksn

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Februari 13, 2024 @ 4:47pm
bhnews@bh.com.my


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di peringkat akhir melaksanakan kajian berkaitan skim pencen penjawat awam sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata setakat ini tiada sebarang keputusan diambil berhubung skim berkenaan, termasuk untuk menggantikannya dengan kaedah lain.

"Apa yang berlaku oleh kerana tahun 2024, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diberikan peruntukan untuk melantik penjawat awam baharu, jadi kalau JPA tak keluarkan arahan, dikhuatiri masih kekal melantik secara tetap dan berpencen, ia akan 'defeat the purpose' (tak mencapai maksud) apa yang nak kita kaji.

"Sebab itu JPA arah melantik secara kontrak dahulu sehingga tempoh mungkin setahun, setahun setengah, sebab JPA di peringkat akhir kajian dan akhirnya kerajaan akan meneliti atau membuat keputusan berdasarkan apa yang diputuskan," katanya pada majlis amanat 2024 hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Ketika ini, inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan, juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Langkah itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, menerusi satu pekeliling baru-baru ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk semua perjawatan ka apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Misai
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 05:56 AM | Show all posts
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia kini sedang mengadakan kajian terakhir mengenai skim pencen bagi penjawat awam sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan akhir. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyatakan bahawa hingga kini, tiada keputusan telah dibuat mengenai skim tersebut, termasuk pertimbangan untuk menggantikannya dengan kaedah lain. Beliau menjelaskan bahawa keputusan ini menjadi penting kerana pada tahun 2024, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diberikan peruntukan untuk melantik penjawat awam baru. Tanpa arahan yang jelas dari JPA, terdapat kebimbangan bahawa sistem melantik secara tetap dan berpencen mungkin berterusan, yang akan bertentangan dengan objektif kajian yang sedang dijalankan.

Oleh itu, JPA telah mengarahkan melantik penjawat awam secara kontrak untuk tempoh awal, mungkin selama satu hingga satu setengah tahun, sementara kajian mereka berlangsung. Tujuan langkah sementara ini adalah untuk membolehkan JPA menyelesaikan kajiannya, dan setelah itu, kerajaan akan membuat keputusan berdasarkan hasil kajian tersebut. Media sebelum ini telah melaporkan bahawa lesco kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini. Inisiatif baru ini, yang masih dalam fasa pindaan undang-undang, juga dianggap dapat mengurangkan beban kewangan negara dalam jangka masa panjang. Langkah ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, melalui pekeliling baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 07:19 AM | Show all posts
cukai akan naik
minyak kereta akan tiada subsidi
pencen akan tiada
ringgit akan turun

semua cost akan naik & hidup bertambah susah

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:28 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 13-2-2024 08:40 PM
Utk semua perjawatan ka apa ni?

untuk lantikan baru bermula bulan ini,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 15-2-2024 09:28 AM
untuk lantikan baru bermula bulan ini,

Mmg betui la mesia tade duit
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa suruh tamatkan pencen penjawat awam?  Kan dah terpaksa makan rasuah demi meneruskan kelangsungan hidup, adan uke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2024 04:46 PM | Show all posts
Akta Pencen, setiap pindaan atau perubahan mestilah memberi manfaat kepada Pesara,
jika tidak memberi manfaat ianya terbatal.
Kena ujudkan skim yang lebih baik daripada sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 13-2-2024 08:40 PM
Utk semua perjawatan ka apa ni?

Ikut logik.. gomen tak mampu nak convert pencen ke EPF... takkan nak sepuk 500k setiap staff yang dah 15 tahun keje.. amek contoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 17-2-2024 04:51 PM
Ikut logik.. gomen tak mampu nak convert pencen ke EPF... takkan nak sepuk 500k setiap staff yang  ...

So pencen lagi murmur la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang Madani sunggoh..  Rupe2nye rakyat yang kene jadi Madani.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah UK Prince William terpaksa tunggu sampai 90 tahun huntok dapat pencen tersenyum sinissss

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana staf gomen takde ke yg nak bg sepatah dua kata ni...

Ada pindaan perlembagaan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 18-2-2024 10:39 AM

UPPPPP thread


Ada komen apa2 tak dari pekerja gomen

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 12:58 PM | Show all posts
"sistem melantik secara tetap dan berpencen mungkin berterusan, yang akan bertentangan dengan objektif kajian"

so objektifnya ialah untuk tidak melantik secara tetap dan berpencen la kan. Itu je objektifnya. Pusing2 sana sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Uppppp balik berita...



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 18-2-2024 10:23 PM

Anwar dah cakap... dia sendiri akan bentang pindaan AKTA PENCEN di parlimen...


Dan ini akan melibatkan sistem saraan baru yang cover KESEMUA PENJAWAT AWAM yang sedia ada dan politician...


Aku speku... aku speku.. akan convert skim EPF... HAPUSKAN PENCEN TOTALLY... naik pelarasan gaji 10% utk pegawai utk compensate gantian sistem EPF...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Drastik...


Tp it has to be done... tanggungjawab MORAL terhadap keadaan fiscal negara..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk lantikan baru. Mmg anak2 cucu xyah keje gomen lah. Baik keje swasta je lepas ni. Blh lompat2 demand gj. Klu gomen nak lompat2 camne.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.228712 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list