View: 19673|Reply: 121
|
Lambat, Ubai baru tahu Shila Amzah ‘superstar’ di China
[Copy link]
|
|
Lambat, Ubai baru tahu Shila Amzah ‘superstar’ di China
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... superstar-di-china/
Oleh MUHAMMAD HAIKAL RAMLI
18 Februari 2024, 11:59 am
Ubai sama sekali tidak menyangka isterinya, Shila Amzah sangat terkenal di China.
PETALING JAYA – Pertama kali menemani si isteri menjayakan persembahan di luar negara, pempengaruh media sosial, Ubai terkejut apabila menyedari suri hatinya, Shila Amzah bertaraf ‘superstar’ di China.
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, itu, sama sekali tidak menyangka Shila turut menerima sambutan luar biasa dan mendapat layanan lima bintang di negara republik tersebut.
“Hari ini baru aku tahu, isteri aku ini ‘big superstar’. Pertama kali ikut Shila buat persembahan luar negara.
“Dia ni ‘superstar’ rupanya dekat Macau, Hong Kong, Taiwan China dan seangkatan dengannya, Lain macam woah. Pengawal keselamatan ramai dan penonton penuh! Hari ini konsert di Macau, Mac di China.
“Konsert ini sempena Tahun Baharu Cina di The Londoner, Macau,” katanya menerusi satu hantaran dalam platform media sosialnya.
Tidak senada dengan Ubai, semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata netizen tidak terkejut kerana sudah lama maklum populariti Shila di sana.
“Lambatlah Ubai, orang dah tahu lama, Shilla memang popular di China, ramai orang sana menghargai bakatnya, apatah lagi dia fasih berbahasa Mandarin,” komen netizen itu.
“Shila rendah diri dan tidak pernah menunjuk kehebatan mahupun pencapaian yang diraih di luar negara, kadang-kadang lupa dia ni sudah berada di tahap antarabangsa seperti Yuna, bangga dengan dia,” demikian komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China dan sejak daripada itu namanya terus meledak selain digemari ramai pencinta muzik disana.
Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Shila kemudian, sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama. – KOSMO! ONLINE.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eh Ubai! Bukan ko citer minatkan sila ni dr kecik ke
Hilang ingatan dah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti tak tahu dia boleh cakap London accent kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
tah bodohnya...takkan la peminat tapi tak tahu pasal shila hamzah. aku bukan peminat pun tahu...
nampak sangat content je
|
|
|
|
|
|
|
|
merrissa replied at 18-2-2024 03:48 PM
tah bodohnya...takkan la peminat tapi tak tahu pasal shila hamzah. aku bukan peminat pun tahu... ...
Haaa kaaannn…
Kita yg bkn peminat pun tau |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin maksud dia, dia tak sangka bini dia tu such a big name terima respon terpaling positif di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingatkan bini dia pemes di China tara penyanyi mall je kot. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-2-2024 04:19 PM
Mungkin maksud dia, dia tak sangka bini dia tu such a big name terima respon terpaling positif di sa ...
Aku pun pikir mcm ni. Dia xsangka org China sana sambut bini dia mcm retis kpop dtg Msia. Dia igt shila setakat masuk pertandingan gitu gitu je
Sbnarnya aku pun xtau shila hebat gitu sekali. Siap concert siap depa sedia bodyguard semua |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingatkan level Asia Bagus je....eh superstar ye kat sana..nak tengok dlm YT lah camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Penah tgk vklip SA nyanyi kat china....lagu tu sedih (aku x paham bhs cina)..tp SA nyanyi feeling betul n sume audiens ms tu siap nangis2 lg as if lagu dan lirik tu mmg sampai betul ke hati diorg ala2 touching gitu la.
So x heran la kalo SA punya show mmg fullhouse |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-2-2024 04:20 PM
Dia ingatkan bini dia pemes di China tara penyanyi mall je kot.
Aku pun ingat dia level2 popular stakat penyanyi mall je...tp penah tgk gak cara sambutan diorg bila nama SA diumumkan utk nyanyi atas stage, sume mcm terkesima
So x heran la kalo dia mmg kaya raya n jd main breadwinner family dia
Mmg bleh kaya la sbb market kat sana kan besar |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 18-2-2024 04:55 PM
Aku pun ingat dia level2 popular stakat penyanyi mall je...tp penah tgk gak cara sambutan diorg bi ...
Yup, SA kalau betul2 elok2 planning kerjaya dia kat sana time tgh laku ni mmg boleh kaya raya. Sana rakyat ramai , kaya2 pulak tu. Dapat tackle 1% rakyat prc tu pon dah boleh buat duit. Indon yg rakyat x seramai prc boleh boleh kaya jadi tiktoker, inikan prc |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ke dia mmg peminat shila? Tiber tak tauu. Aku x minat pun tauu je |
|
|
|
|
|
|
|
likilu replied at 18-2-2024 03:45 PM
Mesti tak tahu dia boleh cakap London accent kan kan
Ubai tgh bljr abc kot ms xila beraccent london |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-2-2024 04:20 PM
Dia ingatkan bini dia pemes di China tara penyanyi mall je kot.
Level2 penyanyi plaxa pheonix cheras |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 18-2-2024 05:11 PM
Yup, SA kalau betul2 elok2 planning kerjaya dia kat sana time tgh laku ni mmg boleh kaya raya. San ...
Ya..dpt tekel 1% market sana je pun dah ok sgt kan.,sbb ms dia support family dia dulu, bukan senang nk kene menten duk banglo bagai...dgn segala bil letrik bagai lg
Dpt lak siblings lain semua biawak hidup
Mmg byk le duit SA nk kene jaga satu family ni
So x heran le kalo dia mmg kaya sbb market sana mmg sgt besar |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 18-2-2024 06:03 PM
Ya..dpt tekel 1% market sana je pun dah ok sgt kan.,sbb ms dia support family dia dulu, bukan sena ...
Tu lah…harap2 bila dgn ubai ni jadi lebih better. Ubai pon nampak matang |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak expect lah kot wife dia taraf artis yang kalau buat konsert penuh stadium kat China. Maybe dia ingat taraf Nek Ani je. |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 18-2-2024 05:11 PM
Yup, SA kalau betul2 elok2 planning kerjaya dia kat sana time tgh laku ni mmg boleh kaya raya. San ...
I pon terkejut dia plih nk kahwin masa tgh top tu kt china. Omputih berlumba2 nk tembus pasaran sana sbb ramai, dia dah dpt sibuk nk kahwin lps tu terus tggal gitu je. Dah la xberbaloi utk jantan mcm ex dia tu tgk muka pon nmpk kelembaman
I yg xminat dia pon tau mmg hype gila xila ni kt china. Motip ubai yg peminat dia dari kecik xtau level superstar? |
|
|
|
|
|
|
|
bila agaknya xila nak rilis album baru cina...pastu banyakkan lagu cina rancak iya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|