Edited by maklukpenggoda at 20-2-2024 10:14 PM
PETALING JAYA: Aktres Emma Maembong, 32, menganggap dakwaan terbabit dengan aktiviti tidak bermoral iaitu 'swinger' atau bertukar pasangan bagi tujuan hubungan seks adalah isu picisan.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata gosip yang heboh diperkatakan dalam media sosial itu tidak berasas dan bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya keterlaluan.
"Orang akan cakap saya macam-macam. Kalau perkara ini tidak ada kena mengena dengan saya, buat apa saya nak respons? Saya tidak akan layan.
"Buat apa saya hendak melatah sebab tuduhan ini tak benar. Kalau betul, ia sudah viral sejak dulu lagi.
"Sejujurnya, saya malas hendak layan. Tapi, kalau keterlaluan sangat sudah tentu saya ambil tindakan. Kita ada undang-undang, kenapa hendak takut?
"Tapi saya fikir, ada duit ke hendak bayar jika saya saman? Kalau boleh saya tidak mahu ia berpanjangan," katanya ditemui pada sidang media dan majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya.
Biarpun sedar tuduhan berkenaan, pelakon kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu memilih tidak memanjangkan isu kerana enggan anak-anak dibayangi dengan cerita tidak baik mengenainya.
"Saya sudah ada anak. Jadi, saya tidak mahu anak baca berita tidak elok mengenai ibu mereka bila besar nanti. Kalau perkara benar, saya sendiri akan cakap sama ada betul atau tidak.
"Banyak lagi kontroversi yang datang 'tembak' saya sejak dulu. Sebelum berkahwin lagi saya akan cuba elak terpalit dengan macam-macam cerita.
"Saya manusia biasa dan bukannya robot yang tidak buat apa-apa. Sebenarnya, saya dan fitnah sudah seperti kawan baik," katanya.
Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan seorang artis wanita berkulit putih dan memiliki dua cahaya mata terbabit aktiviti bertukar pasangan untuk melakukan hubungan seks.
Dakwaan turut mengatakan, artis berkenaan menawarkan rakannya melakukan seks dengan suaminya ketika hamil.
Gara-gara itu, nama Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar secara tidak langsung dipetik dan didakwa terbabit dengan aktiviti tidak bermoral itu. Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli yang juga juruterbang pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq, 3, dan Shakil Aryan Shah, 1.
|