Tindakan itu antara langkah dalam program transformasi ‘Goodyear Forward’ yang direka untuk mengoptimumkan operasi syarikat.
PETALING JAYA: Selepas lebih 50 tahun beroperasi di Shah Alam, syarikat tayar terkemuka Goodyear dilaporkan akan menutup kilangnya berkuat kuasa 30 Jun ini sekali gus menjejaskan 550 pekerja.
Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang, berkata tindakan itu antara langkah dalam program transformasi “Goodyear Forward” yang direka untuk mengoptimumkan operasi syarikat.
“Program ini termasuk tindakan khusus untuk mengurangkan kos tahunan sebanyak USD1 bilion (RM4.73 bilion) menjelang 2025, bagi memastikan kami kekal berdaya saing dan berada di kedudukan sebagai peneraju industri.
“Justeru, sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear membuat keputusan yang sukar tetapi perlu untuk menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan dijangka selesai menjelang akhir tahun,” katanya dalam kenyataan menurut Utusan Malaysia.
Mengetahui keputusan itu akan menjejaskan kira-kira 550 pekerjanya di negara ini, Nathaniel menjelaskan pihaknya komited mengambil kira kebajikan pekerjanya dalam proses berkenaan.
“Ia tidak dibuat dengan mudah, tetapi kami perlu mengambil keputusan itu untuk memajukan kepentingan jangka panjang perniagaan dan pelanggan kami,” katanya.
Bagaimanapun, Goodyear Malaysia kekal dalam pasaran tempatan dengan tayar yang akan dibawa masuk dari kilang lain di Thailand, Indonesia, China dan Taiwan.
Kilang Goodyear di Shah Alam dibuka sejak 1972.
Goodyear hadir ke Tanah Melayu seawal 1929 dan menjadi pembekal tayar untuk kereta pertama negara, Proton Saga dalam tahun 1985.
Diterbitkan: Mar 7, 2024 2:45 PM⋅
Dikemaskini: 2:45 PM
Bekas menteri Rafidah Aziz terkejut dengan hantaran tular di media sosial mengenai Goodyear Malaysia akan menutup kilang pembuatannya yang berusia 52 tahun di Shah Alam, Selangor, berkuat kuasa pada 30 Jun ini.
“Ia satu kejutan yang tidak dijangka untuk membacanya di media, mengenai entiti lama dalam sektor perindustrian, Goodyear telah memutuskan untuk menutup operasinya di Malaysia.
“Ia mesti membuatkan kita bermuhasabah untuk memahami sebabnya,” kata Rafidah kepada Malaysiakini.
“Kerajaan mesti segera bertindak balas terhadap perkembangan sebegini.
“Walaupun menggembar-gemburkan berbilion-bilion pelaburan yang mungkin, jangkaan sedang diperkatakan dan dibincangkan, adalah sangat penting agar entiti industri dan perniagaan yang sudah ada di sini tidak menutup kedai dan pergi ke negara lain,” katanya lagi.
Malaysiakini sedang menghubungi Goodyear untuk mendapatkan pengesahan.
Rafidah berkata Malaysia tidak boleh sama sekali bergantung kepada pemeteraian memorandum persefahaman untuk mengukur tahap pelaburan.
Namun, katanya kerajaan harus memastikan terdapat memorandum aku janji pelaburan yang serius yang merangkumi butiran sertakomitmen terhadap lokasi tapak dan tenaga kerja.
Kilang pindah ke mana?
“Lokasi tapak, struktur tenaga kerja, seperti pengurus dan eksekutif, pekerja mahir dan pekerja tidak mahir, sama ada produk itu berorientasikan eksport dan/atau untuk pasaran domestik.
“Jumlah dan nilai jangkaan jualan tahunan, sebarang usaha sama, dan maklumat lain yang berkaitan harus dimasukkan dalam mana-mana memorandum aku janji, terutamanya jika perdana menteri atau menteri menjadi saksi,” jelas Rafidah, yang berkhidmat sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri dari 1987 hingga 2008.
Memo dalaman yang dikatakan bocor itu memetik Presiden Asia Pasifik Goodyear Tyre & Rubber Company Nathaniel Madarang berkata penutupan itu merupakan sebahagian daripada "program transformasi" syarikat itu.
Dia berkata kira-kira 550 jawatan dalam operasinya di Malaysia akan terjejas.
Kilang Goodyear di Shah Alam dibuka 52 tahun lalu pada 1972.
Rafidah menggesa kerajaan mendedahkan berapa banyak syarikat yang telah menutup operasi di Malaysia.
“Ke mana mereka telah berpindah? Mengapa mereka berhenti operasi di Malaysia?
"Teliti apakah faktor pendorong yang mendorong mereka untuk tutup dan lebih teruk lagi, berpindah ke tempat lain," katanya.
Post time 7-3-2024 06:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Zaman kegemilangan Malaysia sewaktu Tan Sri dan Tun jd pengemudi Malaysia dah berlalu. Skrg Malaysia berada di dlmbrangan orang yg tidak berkebolehan mcm anda berdua dulu
Post time 7-3-2024 10:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asmurai replied at 7-3-2024 06:57 PM
Sekarang orang pakai tayar dari China murah
China ni dia produce synthetic rubber murahan pakai technology Emulsion SBR (styrene butadiene rubber)... its a swing plant dengan NBR utk buat low quality gloves jugak.. buleh swing ikut demans...
Ni tayar2 murahan utk lori2 or celup2 lah... mmg mass produced and over capacity being constructed kat china...
Tp utk buat tayar biasa kena mix jugak... 30% natural rubber, 70% synthetic rubber..
Kalo tayar BMW, Mercedes segala bedah run flat tyres tu plak pakai SSBR (solution styrene butadiene rubber)...
Kalo high quality gloves yang malaysia champion pulak pakai synthetic rubber NBL (nitrile butadiene Latex)...yang ni high quality and durabiltiy buleh pakai utk medical grade mcm buat operation, surgery, chemotherapy etc....