CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6407|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita suspek simbah air panas ditahan

[Copy link]
Post time 20-4-2024 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Wanita suspek simbah air panas ditahan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 20, 2024 @ 10:  bhnews@bh.com.my@bh.com.my




Tangkap layar CCTV memaparkan seorang wanita menyimbah air panas ke arah pemuda OKU dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas.





BAYAN LEPAS: Suspek simbah air panas terhadap lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) sindrom down di Jalan Rajawali I-Park, di sini, semalam sudah ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain, berkata wanita berusia 39 tahun itu ditahan di bawah apartment berkenaan pada jam 9.12 malam.

"Polis menahan wanita itu di bawah apartment berkenaan ketika mahu pulang ke rumahnya.

"Kita turut merampas beg tangan dan bekas air yang disyaki digunakan oleh suspek dalam kejadian.

"Suspek dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai seorang lelaki OKU berusia 33 melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat disimbah dengan air panas oleh jirannya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada dalam keadaan stabil.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 20 saat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058259 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list