CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9768|Reply: 85

[Tempatan] di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik

  [Copy link]
Post time 7-6-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-6-2024 11:29 PM

Kuala Lumpur: "Emak kenapa kami tak dapat belajar? Apa salah kami? Boleh ke kami capai cita-cita?"





Begitu kata-kata sering diungkapkan anak wanita etnik Rohingya, Amirah Anisah Samad, 35, hingga mendorongnya berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat (AS) selepas lebih tiga dekad menetap di Malaysia.

Kini, Amirah sudah berada di negara Uncle Sam itu sejak lebih sebulan lalu dan tidak berseorangan kerana ditemani suami serta empat anaknya berusia 11 hingga 17 tahun.

Kisahnya juga mendapat perhatian warganet selepas Amirah berkongsi kisah mengenai penghijrahannya di TikTok

Menceritakan kisahnya, Amirah mengakui berat hati meninggalkan Malaysia yang menjadi tempatnya membesar daripada kecil hingga dewasa.

Bagaimanapun, Amirah yang pernah bekerja sebagai jurubahasa selama tujuh tahun itu nekad berhijrah demi masa depan yang lebih cerah.

"Saya dilahirkan di Kelantan dan membesar di sana sehingga usia 17 tahun sebelum berpindah ke Pulau Pinang pada tahun berikutnya serta duduk di sana hingga bulan lalu.

"Alhamdulillah, kehidupan di Malaysia sangat menyeronokkan kerana aman damai, jiran semuanya baik, boleh keluar ke mana saja dengan bebas... penempatan, makan minum, semua okey.

Cuma saya tak dapat belajar dan keistimewaan kerana status sebagai pelarian dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) tapi faham serta menghormati undang-undang Malaysia," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menceritakan soal penghijrahannya, Amirah berkata, dia sekeluarga ada membuat permohonan ke negara ketiga pada 2013.

Selepas tiga tahun iaitu pada 2016, permohonannya diterima dan melalui tiga sesi temu duga di pejabat UNHCR dengan yang ketiga bersama pihak imigresen AS.

Menurut Amirah, dia dan keluarga juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dihantar mengikuti kursus cara menaiki pesawat serta berkaitan selepas melepasi sesi temu duga.

"Kami sekeluarga melepasi semua peringkat hingga lulus, tapi itu namanya rezeki.

"Sebelum berhijrah ke sini (AS), memang banyak perkara kami fikirkan antaranya macam mana nak hidup di negara bukan majoriti Islam seperti di Malaysia.

"Tapi, Alhamdulillah, kami sekeluarga diterima baik, malah sebaik tiba di sini, kami disambut oleh 12 orang yang pegang pemidang sambil membawa jambangan bunga sebagai tanda menyambut kedatangan kami.

"Mereka sangat mesra, cuma saya hanya dapat sesuaikan diri pada hari ke-10 kerana banyak berubah termasuk perubahan waktu tidur," katanya.

Berkongsi perancangannya, Amirah berkata, dia dan suami akan berusaha membesarkan anak-anak di AS dan paling penting memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna.

Selepas hampir tiga dekad tinggal di negara ini, Maira Zara Mohd yang juga entik Rohingya berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) pada 17 Oktober tahun lalu.

Kini sudah tujuh bulan Maira Zara, 30, menetap di negara terbabit dan mengakui sudah dapat membiasakan diri dengan kehidupan di tempat barunya itu.

Katanya, penerimaan masyarakat juga sangat baik dan memberi semangat kepadanya untuk memulakan hidup baru di AS.

"Terharu kerana walaupun bukan sama bangsa dengan saya dan tahu saya orang luar namun mereka (warga AS) beri layanan baik.

"Mereka tak bezakan biarpun saya sekeluarga adalah pelarian. Setakat ini okey, anak pun seronok sudah masuk ke sekolah.

"Suami pun bekerja di bahagian pembungkusan di kilang pembuatan piza. Kami mahu berusaha supaya dapat beli aset seperti rumah, juga kereta di sini," katanya ketika
dihubungi di sini.

Bercerita lanjut, Maira Zara yang dilahirkan di Terengganu berkata, dia sangat seronok menetap di Malaysia sebelum ini kerana dikelilingi orang yang baik.

Menurutnya, layanan baik yang diterima juga menyebabkannya tidak berasa terpinggir walaupun berstatus pelarian.

"Saya dibesarkan di Kuala Besut dan sejak kecil sampai besar, saya tak dapat layanan buruk.

"Jiran dan orang kampung semua sayangkan kami sampai ajak pergi kenduri hingga saya tak rasa ada beza walaupun tahu saya ini etnik Rohingya yang mereka gelar orang Burma.

"Tapi, selepas emak dan ayah berhijrah ke Amerika Syarikat dengan empat adik-beradik saya yang lain, saya ambil keputusan pindah supaya dekat dengan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR)," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/06/1097384/hidup-baru-bermula-di-amerika

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2024 04:04 AM | Show all posts
baru tengok live dia tadi.. mmg fluent qlate dgn peneng.. yelah berpuluh tahun dok sini kan.. tp still rasa homesick sbb makanan semua lain kan

all the best lah to her and family, everyone is looking for a better future in life, God bless..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Slamat menjalani idup di sana..
Deme dok sana bleh blajaq keje sumer kan.. ok la
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 07:03 AM | Show all posts
Yang cerdik bersih seperti ini ok lah jadi orang Malaysia.

Ini yang pengotor gigi merah nak jadi orang Malaysia susahlah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 12:01 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Pi dok sana jgn balik sini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 12:01 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 8-6-2024 07:03 AM
Yang cerdik bersih seperti ini ok lah jadi orang Malaysia.

Ini yang pengotor gigi merah nak jadi or ...

Undang2 hutan aja yg berkesan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpa. US ramai Bangladeshi macam uols.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya hampun muka Maira ni tade beda dengan muka mamak or Melayu (berdarah mamak) Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka betul merempat negara kapir...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
All the best.


Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 12:45 PM | Show all posts
dia sbnrnya pegang kerakyatan mana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mcm mamak. Cara cakap pun dekat2
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ms anak sulung iolss di SJKC dl...penah sekali iolss ckp anak iolss je ke dpt msk bertanding dlm kategori bukan Cina..cikgu ckp ye..iolsss sebut nama bff anak iolss..cikgu ckp dia tu mak Indon...nanti dah belajar pandai2 balik negara dia..agungkan negara dia..Bt rugi Malaysia modal tuk bg seorg anak murid berjaya bukan murah...saya selagi parent rakyat Malaysia x kira Melayu,Cina atau India saya anggap sama je...semua hak rakyat Malaysia...kalau x nanti dah besar ckp negara sana lebih baik dr sini..tu la ni la...pdhal ms kecik susah kita yg tlg...begitu la cikgu anak iolss membebel .iolss rs mcm kn penampar pulak ms tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
chicago mmg tmpt berbilang kaum di us. semua ada mcm rojak
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
puak rohings ni nk juga dtg  Malaysia sebelum ke us. berbondong2 dtg  Malaysia. org kita pun jns gila kan duit juga bg pinjam lesen itu ini bg sewa rumah asal brg jd duit n nk duit mudah.  pyh jns selfish ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la semua dihimpun ke sana
American dream kata nyehhhh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg kat sana peringkat awl ni NGO bg rumah duduk free ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jadi inspirasi pd rohinya yg lain utk berhijrah ke amerika. Jgn dtg Msia balik
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-6-2024 12:15 PM
Ya hampun muka Maira ni tade beda dengan muka mamak or Melayu (berdarah mamak) Malaysia.

Rohingya kan muka bangla...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 03:26 PM | Show all posts
"...kami disambut oleh 12 orang yang pegang pemidang sambil membawa jambangan bunga sebagai tanda menyambut kedatangan kami"

menagis acik2 forum anti rohingya apply US Visa pun tak lepas bila baca ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.218727 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list