CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini

[Copy link]
 Author| Post time 29-5-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #179 shawbrother's post

a ah

amek kat paper je

heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2008 12:34 PM | Show all posts
Ceh, ingat korg ni memang org lama dlm industri hiburan ni...:@

Tapi bagus jugaklah korg tempek keratan sok kabar ni, so generasi muda mudi skrg ni boleh membaca dan tak yah pi library lagi..heheheh

*Aku ni pun suka kompol jugak keratan sok kabar yg best2 ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 09:06 AM | Show all posts
Norma Yuzie maut nahas jalan raya
Oleh Hardi Effendi Yaacob



Petikan akhbar mengenai tragedi yang menimpa Norma Yuzie pada 20 Julai 1977

KEMATIAN pelakon dan penyanyi terkenal, Norma Yuzie, selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 3 1/4, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada 20 Julai 1977 menjadi berita muka depan kebanyakan akhbar harian utama tempatan, termasuk Berita Harian ketika itu.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, kereta jenis Fiat Sport yang dipandu Norma terbabas sebelum melanggar tiang lampu berhampiran sebuah kuil di laluan berkenaan, menyebabkan kereta terbabit remuk teruk, malah salah satu tayar depannya tercabut.

Ketika kejadian, beliau dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Setapak Garden selepas menghadiri satu majlis di ibu negara.

Norma Yuzie, 29, atau nama sebenarnya, Norma Basaruddin yang dilaporkan mengalami kecederaan teruk di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur. Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Butterworth sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan Dalam bersebelahan pusara ayahnya.

Turut menziarahi jenazahnya ialah beberapa rakan seangkatannya termasuk biduanita, Sharifah Aini (kini Datuk), Azean Irdawaty, DJ Dave, Hail Amir dan Saloma (Allahyarham).

Difahamkan, pada hari kejadian, Allahyarham baru saja menyambut ulang tahun hari jadinya ke-29 kira-kira lapan hari sebelum kemalangan itu.

Sepanjang terbabit dalam bidang seni, Norma yang juga anak keempat dari lima beradik pernah berlakon dalam filem Cinta & Lagu dan sering muncul dalam drama televisyen, manakala, filem terakhir lakonannya ialah Pendekar terbitan Deddy M Borhan dari Sabah Films.

Allahyarham juga seorang ibu tunggal meninggalkan dua anak lelaki, Zaini Yuhyi dan Zahani Yuhyi, yang masing-masing ketika itu berusia 10 dan 8 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 07:32 PM | Show all posts

Reply #20 Syd's post

comeynya sofea jane masa umo 3 tahun tu!! rasa nak geget geget je pp dier!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 04:00 PM | Show all posts
good info gak nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 10:11 AM | Show all posts
Selamat tinggal seniman terbilang

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my



HASRAT seniman Datuk Ahmad Mahmood untuk menghembus nafas terakhir di rumah yang selama ini memayungi diri dan keluarga, terlaksana jua.

Beliau yang popular menerusi karakter Dr. Ismadi melalui filem Ibu Mertuaku, akhirnya meninggal dunia di kediaman yang terletak di Kampung Tunku, Petaling Jaya kelmarin kira-kira pukul 10 malam.

Tentunya rumah itu memiliki kenangan atau cerita sendiri, lantas mencanting bermacam sejarah kepada empunya diri yang memikul tanggungjawab sebagai anak seni, suami, bapa dan datuk.

Menurut anak kedua Allahyarham, Siti Fatimah Ahmad, 54, semasa bapanya masih sihat, beliau pernah menyuarakan niat untuk menghembuskan nafas terakhir di rumah.

Mengenang semula saat arwah bapanya dibawa pulang dari hospital menuju ke rumah dengan menaiki ambulans, ungkap Siti Fatimah, bapanya yang tidak boleh membuka mata terus berkelakuan lain.

"Lepas menaiki van untuk balik ke Kampung Tunku, mata beliau terbuka sedikit seakan-akan ingin melihat keadaan sekeliling sambil tersenyum sendirian ketika di dalam perjalanan pulang itu.

"Memang nampak pelik, sedangkan semasa di ICU dia tidak boleh membuka mata langsung.

"Saya nampak beliau macam beria-ria mahu pulang ke rumah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," jelasnya menahan sedih.

Siti Fatimah dan keluarga bagaimanapun mengakui, mereka menerima segala ketentuan Ilahi itu dengan perasaan penuh reda dan pasrah.

"Memang sedih kehilangan beliau, namun saya bersyukur dan tidak ralat kerana seluruh keluarga menjaga beliau sepenuh perhatian sepanjang sakit.

"Bukan itu saja, kami juga menggunakan khidmat seorang jururawat peribadi di rumah bagi membantu apa-apa yang diperlukan.

"Kami berpuas hati dapat menjaga dan lihat sendiri keadaan beliau semasa hayatnya, malah kami beranggapan telah memberikan rawatan yang terbaik sepanjang beliau menghidap penyakit buah pinggang.

"Saya ingin ucap terima kasih kepada semua individu yang membantu, terutama doktor serta para petugas di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar," ungkapnya sambil menguntum senyuman.

Sambung anak kedua daripada tiga beradik ini, selama usia 54 tahun hidup bersama, arwah diibaratkan seorang bapa yang tidak garang, namun tegas dalam melaksana apa jua tindakan.

"Apabila membuat sesuatu keputusan atau pandangan, beliau akan kekal dengan hujahnya, tanpa punya sebarang keraguan.

"Kami juga bukan macam sesetengah anak yang takut hendak bertentang mata bersama bapa, sebaliknya kami tiga beradik sangat mesra dan rapat dengan beliau.

KARYAWAN seni seperti Aziz Sattar, A. Rahman dan Shuhaimi Baba hadir ke majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Mahmud.

"Kami boleh berjenaka dan tertawa tanpa ada perasaan malu apabila bertemu. Itulah kelebihan beliau yang sungguh kelakar dan periang," pantas bibir Siti Fatimah mengulas personaliti arwah.

Bahkan kata Siti Fatimah lagi, sepanjang pengalaman dia dan ahli keluarga lain menjaga arwah yang sedang sakit, bapanya sering bercanda dan berjenaka walau dalam keadaan dirinya uzur.

"Kalau biasanya orang sakit tidak bermaya dan nampak uzur, tetapi beliau seboleh-bolehnya mahu kelihatan baik dan selalu bergurau dengan orang sekelilingnya.

"Itu antara kenangan termanis buat saya dan seluruh keluarga yang tidak dapat dilupa sampai bila-bila," akui Siti Fatimah.

Selain itu, Siti Fatimah memberitahu perangai lain arwah. Katanya: "Arwah merupakan orang yang sentiasa beringat kerana itu, beliau kerap menasihati kami supaya menyimpan wang dan tidak berbelanja berlebih-lebihan."

Dalam pada itu, isteri arwah iaitu Datin Khatijah Mohamed, 80 berkata, beliau dan seluruh keluarga berada di samping suami ketika menghembus nafas terakhir.

"Saya bersyukur kerana semua famili ada bersama sebelum beliau pergi buat selama-lamanya. Sebelum beliau meninggal dunia, tiada sebarang pesanan ataupun amanat yang ditinggalkan untuk saya dan keluarga.

"Lagipun beliau kelihatan biasa-biasa saja, cuma dia tidak boleh bercakap beberapa hari ini. Begitu pun, saya reda dengan pemergian beliau," jawab Khatijah dalam nada perlahan.

Berbicara lebih lanjut mengenai suaminya, beritahu Khatijah lagi, banyak perkara yang berlaku sepanjang usia 58 tahun mereka mendirikan mahligai perkahwinan.

"Biasalah, kalau jadi isteri kepada pelakon terkenal suatu ketika dahulu memang ada banyak cabaran dan rintangan mendatang.

"Nasib baik saya bukan orang yang kuat cemburu sana-sini, terutamanya jika arwah bersama pelakon wanita lain atau bersama para peminat.

"Ada juga pengalaman beliau digoda perempuan lain, tetapi saya terus gertak beliau - jangan sampai pegang tangan Pak Imam (bernikah).

"Saya sengaja mengacah. Bukannya gertak betul-betul, tetapi saya dapat lihat beliau sebagai suami yang penyayang dan berjiwa romantik.

"Walau usia kami sudah menjangkau lebih satu dekad, kami masih jalan berpegangan tangan," imbas Khatijah berkaitan perilaku si suami yang pernah mendapat jolokan hero kacak tahun 50-an.


WAJAH tegas seorang ketua keluarga tetapi dalam masa yang sama mempunyai sekeping hati yang lembut dan selalu berjenaka.

Bagi pengarah dan penerbit terkenal, Ruhani Abdul Rahman, beliau antara individu paling rapat dengan arwah dan isteri sebelum ini.

"Kami selalu berjumpa di dalam acara berprestij umpama Festival Filem Asia Pasifik. Arwah dan isteri selalu datang memberi sokongan dalam majlis tersebut.

"Gaya mereka yang kelihatan macam pasangan muda, dengan berpimpin tangan dan nampak romantik, membuatkan dua jiwa ini sering jadi perhatian umum.

"Justeru, saya suka mengusik tentang kebahagiaan dan kemesraan mereka walaupun memasuki tempoh 58 tahun mendirikan rumah tangga," kata Ruhani berterus-terang.

Sambung pemilik syarikat produksi, Nizarman (M) Sdn. Bhd. ini lagi, beliau sering menjadikan Ahmad Mahmud dan Nordin Ahmad sebagai hero kegemarannya.

"Saya minat sangat dengan dua pelakon ini. Ahmad Mahmud boleh dikategori sebagai pelakon berbakat besar dan hebat.

"Kalau beliau membawakan watak Sultan, memang nampak semulajadi, ditambah dengan kredibiliti dan lagaknya," bicara Ruhani.

Sementara itu, Datuk Aziz Sattar pula memberitahu, beliau kehilangan seorang teman seperjuangan paling rapat semasa melibatkan diri dalam seni perfileman Melayu di Singapura.

"Pemergian beliau umpama gambaran sedih dan duka buat saya. Bukan mudah hendak jumpa dengan kawan yang sebaik arwah.

"Selain jadi seorang teman baik, beliau juga sering memberi panduan dan nasihat kepada saya agar menyimpan wang untuk kegunaan kemudian hari.

"Buktinya, hari ini beliau sudah mampu hidup senang dengan hasil berjimat-cermat yang diamalkan semasa bergelar pelakon," ujar Aziz yang pernah bergandingan dengan arwah dalam filem Ribut di bawah Shaw Brothers pada tahun 1955.

Jenazah Ahmad Mahmud disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara selepas solat zuhur semalam.

Selamat tinggal seniman terbilang semoga rohmu ditempatkan di kalangan insan-insan kesayangan Tuhan. Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-10-2008 10:31 AM | Show all posts
Raffi bersemadi di hari lahir

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my



RAFFI Hussain (kanan) dan Rosnah Mohd. Nor dalam filem Hantu Siang.

RAFFI HUSSAIN
(1959 - 2008)

SEMALAM, seharusnya menjadi hari yang bahagia buat seniman berjiwa besar, Raffi Hussain kerana ia merupakan hari ulang tahun kelahirannya ke-49.

Dan sudah tentu, isteri, anak-anak dan seluruh kaum keluarga aktor itu tidak mahu ketinggalan daripada menyatakan hasrat dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi kesempatan kepada Raffi untuk bernafas sehingga ke usia sedemikian.

Namun, ajal dan maut di tangan Tuhan. Sudah menjadi hukum dunia, kehidupan regunya kematian.

Begitu juga dengan ketentuan Ilahi buat Raffi. Dia dipinjamkan buat sementara waktu di muka bumi ini untuk berkongsi kasih dan kebahagiaan bersama keluarganya.

Hakikatnya juga, sudah tertulis di loh mahfuz, kehidupan pelakon yang begitu masyhur sekitar tahun 1980-an itu menemui titik noktahnya sehari sebelum ulang tahun kelahiran selepas sesak nafas.

Dan semalam yang sepatutnya menjadi hari gembira buat keluarga Allahyarham bertukar menjadi kesedihan kerana Raffi berangkat ke kehidupan baru yang kekal dan abadi.

Anak seni unik ini pernah hadir memeriahkan pentas seni tanah air.

Meminjam karakter legenda Hollywood, Elvis Presley sebagai pengenalan diri, Raffi Hussain memahat nama sebagai artis yang unik dan tersendiri.

Lakonannya sebagai remaja nakal dalam filem Azura pula akan sentiasa menjadi ingatan ramai.

Namun kini, nama Raffi hanya akan terus kekal dalam direktori industri hiburan sebagai antara pejuang seni yang memiliki iltizam yang begitu tinggi terhadap kerjaya yang diceburinya.

Semua itu diterjemahkan oleh Allahyarham menerusi keazaman dan cita-cita besarnya menerbitkan filem The Chini menerusi syarikatnya, Raffi Hussain Corporation.

Hampir lapan tahun Allahyarham menjaja ideanya untuk menghasilkan filem The Chini selain tidak pernah segan memohon pelbagai pinjaman semata-mata untuk memastikan hasratnya direalisasikan.

Sehinggalah pada 21 Ogos lalu, kekecewaan dan kesedihan Allahyarham bertukar menjadi gembira apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) meluluskan pinjaman RM1.5 juta untuk membolehkan Raffi menerbitkan filem itu.

Dalam temu bual terakhir dengan majalah hiburan popular, URTV (terbitan Kumpulan Utusan) edisi 15 Julai lalu, Allahyarham Raffi bercerita mengenai hasratnya untuk memastikan filem itu dihasilkan tahun ini juga.

Selama menanti jawapan positif daripada pihak-pihak yang berwajib, Raffi tampil dengan imej berjambang dan rambut yang panjang.

"Selama ini imej saya berambut panjang dan menyimpan jambang itu kerana bernazar. Saya berniat, selagi tak dapat surat pinjaman wang untuk terbitkan filem dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selagi itulah, saya tak akan cukur jambang atau memotong rambut.

"Lepas dapat surat daripada Finas terus saya botak dan cukur jambang saya sebagai tanda kesyukuran," cerita Allahyarham mengenai imejnya yang berubah sebagai tanda nazarnya selepas mendapat khabar gembira itu.

Pada awal kemunculannya, penyanyi dan pelakon terkenal ini pernah dilabelkan sebagai lelaki paling berani kerana imej yang ditonjolkannya.

Artis serba boleh ini juga pernah diberi gelaran Elvis Presley Kelantan hanya kerana kehebatannya bergaya dan menyanyi seperti penyanyi legenda dunia itu.

Barangkali juga ramai yang tidak sedar, selama hampir 15 tahun, Allahyarham Raffi berdiam diri kerana mencari ilham untuk filem sulung yang bakal diarahkan dan diterbitkannya itu.

"Pada awalnya orang tak percaya dengan kebolehan saya untuk mengarah filem ini.

"Itu sebabnya saya ambil masa yang lama untuk yakinkan (Finas) dan kementerian bahawa saya memang ada bakat untuk mengarahkan filem tersebut," luah Allahyarham Raffi lagi.

Sepanjang bergelar pelakon, selain Azura, antara filem lain yang dibintangi Allahyarham Raffi ialah Di Ambang Kasih, Tujuh Biang Keladi, Mr. Os, Si Jantung Hati dan Hero.

Seniman yang pada usia mudanya terkenal kerana ketampanannya itu juga pernah popular dengan lagu Luka Lama Berdarah Kembali dan Satu Percintaan.

Sebagai penyanyi, Raffi pernah muncul dengan tiga buah album iaitu Raffi 1 pada tahun 1981, Raffi 2 (1983) dan sebuah album kompilasi (1984).

Dalam kehidupan peribadinya, Allahyarham Raffi yang mengahwini Zaiinuni Mohd. Ramly sejak 17 tahun lalu dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd, Indraputra, 15; Puteri Ratna Sari, 14; Mohd. Razafiq Putra, 11 dan Mohd. Warith Iqbal Putra, 6.

Isteri Allahyarham juga kini sarat mengandung tujuh bulan anak kelima mereka.

Damailah Allahyarham di sana. Kami di sini sentiasa mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. - Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #187 Syd's post

dah beberapa tahun ni aku dok cari nama Allahyarham ni... baru malam tadi aku tau nama dia Raffi Hussien..

Takziah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2008 10:53 AM | Show all posts

Reply #188 MsAnonymous's post

laaa

ni la raffi hussin tu naa

ko tak cam eh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #189 Syd's post

aku tau... ensem dia nih.... hikss


selalu jadi org jahat
cuma tatau nama dia je sebelum ni.. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 11:32 AM | Show all posts

Reply #190 MsAnonymous's post



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by sok_suci at 29-5-2008 11:01 AM semoga spirit(   ) Allahyarhamah Ibu Yusni mendapat rahmat daripadaNya..





tu la...sayu bile kenangkan kisah hidup dia b4 dia meninggal...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:22 PM | Show all posts
cara kak ogy pakai tdg dulu n skg lain sgt
muka kak ogy pon makin bseri2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2009 07:36 AM | Show all posts
Razis Ismail kini tauke kantin

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
lin@utusan.com.my

WALAUPUN ada cakap-cakap kononnya namanya semakin melonjak naik apabila penyanyi Jamal Abdillah ditahan di Kuching pada 1986, kerana kes penyalahgunaan dadah, namun apa yang nyata penyanyi berasal dari Pulau Mutiara ini mencipta nama dengan bakat dan kebolehannya sendiri.

Dengan suaranya yang lunak, wajahnya yang tampan, Razis Ismail, artis rakaman WEA Records (kini Warner Music) mencipta popularitinya sendiri dengan lagu-lagu syahdu dan cinta antaranya Hadirmu Membawa Sinaran, Kepulangan dan Mawar Oh Mawar.

Bermula dengan sebuah album ke album yang lain, Razis mendaki tangga-tangga kejayaan.

Tidak ketinggalan popularitinya melonjak selepas disunting oleh syarikat produksi, RJ Filem untuk membintangi filem Mawar Merah bergandingan dengan Allahyarham Mustafa Noor dan Raja Ema pada tahun 1987.

Nyata, kehadirannya dalam filem itu sebagai pelakon pembantu membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Namun begitu, bidang nyanyian menjadi keutamaannya untuk dilalui bersama penyanyi seangkatan antaranya Shidee, Ibnor Riza, Zamri, Azlina Aziz dan Mazuin Hamzah yang sering digandingkan dalam rancangan hiburan terbitan RTM, Mekar Sejambak.

"Itu semua cerita lama, 11 tahun dulu. Saya tak mahu ingat lagi. Sekarang saya lebih selesa dengan kehidupan saya hari ini. Walaupun ada yang kata dunia saya hari ini tidak glamor tapi saya bahagia," ungkap lelaki berusia 49 tahun itu ketika ditemui di kediamannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Siapa sangka, penyanyi yang pernah mencuri hati gadis-gadis yang meminati suara lunaknya itu, lebih selesa menjalani hidup sebagai pengusaha kantin sekolah yang jauh daripada hiruk pikuk dunia seni.

"Sudah dua tahun saya berniaga di kantin Sekolah Menengah Seksyen 5, Wangsa Maju.

"Rutin harian saya memang berbeza, tetapi saya seronok melayan anak-anak sekolah dan guru-guru yang rata-rata sukakan menu yang saya hidangkan," kata Razis berkongsi cerita kerjaya barunya itu.

Lazimnya, setiap pagi selepas solat Subuh, dia dan isteri, Zuraini Zakaria bertolak ke sekolah yang jarak perjalanannya tidak sampai 10 minit.

"Kalau dulu saya merasa lega apabila nyanyian saya diterima peminat tetapi kini keseronokan yang dirasai melebihi maksimum.

"Bayangkan anak-anak sekolah begitu berselera menikmati masakan daripada dapur kantin yang saya uruskan, ketika itu saya rasa begitu bahagia sekali," cerita Razis sambil tersenyum.

Menurut Razis, walaupun mungkin ada yang beranggapan dia mendapat tender mengusahakan kantin itu kerana 'namanya', hakikatnya dia menjalani prosedur yang sama seperti pengusaha kantin yang lain.

"Sebenarnya bukan mudah untuk mendapat tender ini. Tetapi kerana minat, saya sanggup berusaha menghidangkan menu-menu yang lazat dan akhirnya saya berjaya.

"Saya bersyukur dengan pekerja seramai lapan orang termasuk Chef Normah. Semuanya orang tempatan kami dan syukur kami dapat memenuhi selera dan cita rasa murid-murid dan guru-guru di sini," kata Razis.

Menurutnya lagi, selain menghidangkan makanan untuk anak-anak sekolah, kantin yang diusahakannya turut menampilkan menu ala carte.

"Alhamdulillah sejak mula hingga hari ini pendapatan mengusahakan kantin itu membolehkan saya membayar gaji semua pekerja dan menyara keluarga," cerita ayah kepada lima orang anak ini lagi.

Kebahagiaan Razis terserlah ketika bercerita mengenai anak-anaknya yang merupakan permata hatinya.

Mereka ialah Mohamed Haikal, 21, (kini menuntut di Uniten dalam jurusan Sains Komputer), Farah Liyana, 17, Mohamed Hazim, 16, Mohamed Hariz,14, dan Fatin Amira, 8.

Razis yang pernah bekerja di bahagian kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selama sembilan tahun bermula 1988, ketika ditanya mengenai bidang seni menjelaskan:

"Entahlah saya tak tahu kenapa hati saya sudah tertutup untuk seni. Seingat saya sekembalinya dari menunaikan haji pada tahun 1998, minat saya dalam bidang seni terus hilang.

"Saya tidak memandang serong pada dunia seni tetapi minat itu hilang secara tiba-tiba dan persembahan saya di Pulau Pinang pada 31 Ogos 1997, itulah kali terakhir saya menyanyi di pentas."

Menurut Razis, walaupun kini Warner Music mengeluarkan album kompilasinya yang mengandungi lagu-lagu popularnya tetapi sejak 11 tahun lalu, dia sudah menandakan noktah dalam diari seninya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 07:33 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 16-10-2008 10:31 AM
Raffi bersemadi di hari lahir

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my


http://www.utusan.com.my/pix/2008/1016/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.1.jpg
RAFFI Hussain (kanan) da ...



Segak betul Allahyarham masa muda2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2009 03:02 PM | Show all posts
Mahu menghadap Tuhan begini - Sidek

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
(muzlina.bakar@utusan.com.my)


MENYIMPAN barang-barang lama menjadi minat Sidek Husin antaranya biola dan kamera.

KETULAN daging seberat satu kilogram yang di pipi kanan menjadi pengenalan diri buat aktor Sidek Husin.

Bermula dengan saiz sebesar bola golf, semakin hari, ketulan daging itu makin membesar.

Pada sebilangan besar daripada kita, kewujudan ketulan daging itu sudah tentu merimaskan.

Sebolehnya, ada yang akan berikhtiar dan berusaha untuk membuangnya.

Namun pada tuan punya diri, apa perlu dia 'mengkhianati' kurniaan llahi.

Reda dengan ketentuan itu, Sidek semakin menyedari hikmah yang ada di sebalik apa yang Allah berikan kepadanya.

Lalu, dengan penuh rasa yakin seniman berkulit sawo matang mahu mengekalkan 'kelebihan' yang ada pada wajahnya.

Paling utama juga, aktor tersohor itu mahu menghadap Yang Maha Esa seadanya tanpa perlu melakukan transformasi.

"Biarlah saya mengadap Tuhan dengan muka begini. Ini pemberian Tuhan dan saya tidak akan mengubahnya," itu ikrar Sidek dalam satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Pertemuan itu diatur membolehkan kami mendasari suara hatinya.

Sebetulnya, sudah lama hajat kami ingin berkongsi perasaannya mengenai kehidupan yang dilalui sebagai satu-satunya seniman tanah air yang memiliki 'kelebihan' tersendiri.

Kata Sidek, dia tidak ada rasional yang kukuh untuk melakukan pembedahan membuang ketulan daging yang tumbuh pada wajahnya memandangkan, ketumbuhan itu langsung tidak menjejaskan kehidupan sehariannya.

"Kalau benda (ketulan) ini menyakitkan atau menyebabkan migrain, mungkin saya jalani pembedahan, tetapi ia langsung tidak menjejaskan kehidupan seharian saya.

"Melainkan kalau ia tumbuh di kaki dan menyekat pergerakan mungkin saya akan buang . Saya lebih suka membiarkannya.

"Lagipun senang bila saya mati nanti sudah ada bantal, jadi tak payahlah letak tanah nanti," sempat lagi seniman itu berseloroh pada pertemuan yang berlangsung di kediamannya di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sebetulnya, Sidek dan ketumbuhan di pipinya itu bukanlah cerita baru bagi sebilangan besar masyarakat atau peminat seni tanah air.

Cuma persoalannya, benarkah seperti yang diceritakan oleh ramai artis kononnya Sidek enggan membuang ketumbuhan itu kerana berpendapat ia membawa tuah dan rezeki buatnya?

Ada juga yang lebih nakal. Dakwa mereka, Sidek pernah melarikan diri dari hospital kerana takut dibedah!

Mana satu yang betul?

Menjawab soalan yang diajukan, Sidek sekadar menggeleng kepala sebelum menyambungnya dengan kenyataan-kenyataan sebegini:

"Mengarut semua cerita itu. Bukan saya tak pernah buang ketulan ini.

"Pada tahun 1979 ketika ketumbuhan itu sebesar bola golf, saya menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

"Tetapi selepas tiga tahun ia tumbuh balik. Kini setelah 30 tahun ia menghiasi wajah saya, biarlah ia kekal begini. Sekurang-kurangnya Sidek Husin ada identiti tersendiri!" sambungnya lagi.

"Biarlah kalau ada yang anggap jijik"

Sudah lebih tiga dekad hidup dengan 'kelebihan' pada wajahnya, sebagai manusia yang waras pemikirannya, Sidek tidak pernah berkecil hati jika ada yang takut untuk mendekatinya.

Bahkan, Sidek juga sudah lali dengan pandangan negatif padanya.

Kalau sekalipun ada yang berasa jijik untuk berdepan dengan Sidek, pelakon berusia 58 tahun itu tidak langsung terguris.

"Saya tidak kisah jika ada pelakon yang menganggap diri mereka superstar memandang jijik dengan ketulan pada wajah saya.

"Ini kerana saya percaya semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah. Lagipun ia (ketulan) tidak kacau orang," ujar beliau menarik perhatian penulis dan jurugambar mengenai pandangan negatif sesetengah karyawan seni padanya.

Benarlah kata Sidek dalam temu bual itu, dia tidak pernah berhenti memohon doa daripada Allah agar memudahkan perjalanan hidup dan kariernya.

Suatu hari, hikmah yang dijanjikan padanya hadir tanpa beliau duga sama sekali.

Ketika ada rakan pelakon yang 'geli' melihat ketulan daging di pipinya, dia didatangi sepasang hamba Allah yang mahu membantu memulihkan semula wajah Sidek.

Khuniza Abdullah bersama suami yang menetap di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur merupakan salah seorang peminat Sidek.

Selepas menonton lakonan Sidek dalam drama Cantiknya Buruk yang ditayangkan di saluran Ria, Astro pada musim raya tahun lalu, pasangan itu berusaha menjejaki Sidek untuk menaja pembedahannya.

"Bayangkan mereka sanggup bersusah payah mencari saya. Setelah berjumpa, mereka memberitahu yang mereka telah mengatur temu janji dengan doktor untuk pembedahan membuang ketulan daging di pipi saya.

"Bukan itu saja, pasangan itu juga sanggup memberi saya RM25,000 untuk menanggung kos pembedahan dan selebihnya mereka hadiahkan kepada saya untuk menunaikan umrah.

"Tapi semuanya saya tolak kerana saya tidak mahu mengambil kesempatan atas anugerah Tuhan kepada saya.

"Saya sarankan kepada mereka agar sedekahkan duit itu kepada mereka yang memerlukan," Sidek berkongsi cerita keluhuran pasangan yang sudah dianggap sebagai rakan baiknya.

Sekali lagi Sidek menjelaskan, bukannya beliau enggan membuang ketumbuhan berkenaan.

Sebaliknya, Sidek pernah merujuk kepada doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.

Doktor berkenaan menasihatkan Sidek supaya tidak membuang ketulan daging itu kerana ia akan memberi kesan kepada penglihatannya khususnya pada sebelah mata kanan.

Saranan yang serupa diberikan anak bongsu Sidek, Mohd. Adam yang merupakan penuntut dalam bidang perubatan di Universiti Malaya.

Kini, diam tak diam sudah hampir sepuluh tahun ketulan daging pada wajah Sidek sudah berhenti daripada terus membesar.

Jiwa sensitif Sidek

Walaupun dalam drama atau filem, Sidek terkenal dengan watak antagonisnya tetapi mengenali lelaki ini sejak tahun 1982 menerusi drama popular, Anjang Aki, itu bukanlah perwatakannya yang sebenar.

Sidek yang dibenci kerana watak Malek yang memfitnah Anjang Aki hingga dipenjara dalam penjara buluh di hujung kampung, sebenarnya seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan romantis.

Barangkali, ramai yang tidak tahu, andai terlihat sesuatu insiden atau tragedi yang menyentuh hati berlaku di depan matanya, air mata lelakinya sudah tentu akan membasahi pipi.

Dan bertitik tolak dari jiwanya yang sensitif itulah lahirnya skrip Panggilan Ilahi.

Melalui telefilem itu, Sidek yang membawa watak lelaki buta bernama Sudin berjaya membawa transformasi karakter berbanding watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

Malah apa yang nyata, seniman berwajah bengis ini berjaya membuat ribuan penonton meratapi 'kematiannya' dalam drama berkenaan.

"Saya tahu saya tak handsome... tapi bukan nak cakap besar, saya yakin kalau saya berlakon pasti penonton mengalirkan air mata. Saya juga boleh tepis lakonan pelakon-pelakon popular hari ini,

"Saya juga tak kisah kalau digandingkan dengan pelakon lelaki popular hari ini, saya percaya mereka boleh tenggelam cuma berani atau tidak mereka untuk berlakon dengan saya," kata Sidek yang kini tidak gemar menonton drama di TV kerana katanya drama-drama terbitan hari ini asyik menampilkan wajah pelakon yang sama.

Untuk rekod, Sidek mula berlakon pada tahun 1972 menerusi drama sulung Hujan Batu Di Rantau arahan Allahyarham Roslee Jalil.

Menyusul selepas itu, Sidek bersama-sama pelakon seangkatannya, Razali Buyong dan Omar Abdullah sering diberi kepercayaan menerajui drama-drama terbitan RTM ketika itu antaranya drama bersiri Potret Pekerti.

"Sebenarnya saya kecewa dengan senario hari ini, penerbit hanya sanggup membayar bayaran tinggi kepada pelakon cantik, muda dan handsome walaupun lakonan mereka stereotaip.

"Pelakon-pelakon macam saya, jangan mimpi nak dapat bayaran yang setimpal dengan bakat dan pengalaman.

"Saya tidak mahu bandingkan diri ini dengan pelakon Hollywood yang semakin tua lagi dihargai, cuma saya mempersoalkan kenapa mentaliti penerbit dan stesen TV tidak berubah?" kata Sidek meninggalkan tanda tanya.

Bulan Jatuh Ke Bumi

Bukan sekadar layanan dingin daripada pengusaha stesen TV atau penerbit drama dan filem sahaja yang diterima, sebaliknya, mungkin juga ada yang terlepas pandang bahawa Sidek juga sering dilupakan dalam pelbagai acara glamor.

Tanpa berselindung, seniman itu meluahkan kebenaran yang beliau tidak pernah diundang menghadiri apa-apa acara anugerah atau festival filem walaupun sudah 26 tahun berlakon.

Justeru, tidak hairanlah kenapa selama hampir sedekad, Sidek membuat keputusan berhijrah ke Ipoh, Perak.

Kebetulan isterinya, Sabiah Sulaiman, 54, bertugas di Pos Malaysia cawangan sana.

Namun, usaha bersungguh-sungguh sutradara Rashid Sibir menjejakinya di Ipoh membuatkan Sidek tidak mampu menolak tawaran membintangi Cantiknya Buruk.

Kini, minat dan kecenderungan Sidek lebih terarah menulis skrip selain berlakon.

Buat masa sekarang, Sidek sedang menyiapkan skrip Sejenis Air Mengalir yang memaparkan kisah percintaan antara jururawat desa dengan pengemudi bot penambang yang berakhir dengan kematian.

"Saya juga akan menulis skrip komedi Bulan Jatuh Ke Bumi yang mengisahkan tiga orang gila yang bercakap mengenai bulan," ujarnya.

Bagi Sidek, walaupun sejak muda hingga kini dia menyara hidup keluarganya dengan berlakon namun bersyukur kerana lima orang anaknya berjaya menamatkan pengajian di menara gading.

Empat cahaya matanya daripada perkahwinan pertama iaitu Siti Hajar, 28, lulusan Universiti Teknologi Mara kini bertugas sebagai seorang guru.

Kata beliau, Umi Kalsom, 27, juga merupakan seorang pendidik yang menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.

Sementara Khairul Mizan, 23, pula bertugas di Bank Negara dan Siti Mariam, 22, yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia bertugas di sebuah syarikat pengiklanan.

Manakala Mohd. Adam, 18, yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya pula merupakan anak Sidek hasil perkahwinannya dengan Sabiah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 11:53 PM | Show all posts
Best tread nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:53 AM | Show all posts
Penyanyi Dwen kini jurulatih tae kwan-do

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

BENARLAH kata pepatah Melayu, sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu jugalah dengan kehidupan ini.

Jika suatu waktu dulu, Dwen atau nama sebenarnya Ridzuan Abu Hassan, 50, lebih meminati bidang seni suara dan selesa menyanyi tetapi waktu telah mengubah segalanya.

Penyanyi berasal dari negara Brunei Darussalam, yang mula mencipta nama pada tahun 1986 dengan lagu Satu Penantian, tidak pernah menduga hidupnya akan berubah jauh daripada apa yang dicita-citakan.

Berbekalkan album berjudul Satu Penantian, Dwen merantau ke Kuala Lumpur dengan bantuan penerbit album itu, Fauzi Marzuki. Mereka menjaja album tersebut dengan harapan impiannya untuk menjadi penyanyi terkenal akan tercapai.

Siapa sangka album yang dijaja ke sana ke sini, akhirnya dibeli oleh syarikat rakaman EMI dengan bayaran sekali gus sebanyak RM17,000, di mana ia akhirnya telah meletakkan nama Dwen di persada seni suara tanah air.

"Masa itu memang tidak ada syarikat rakaman yang teringin nak beli album itu. Akhirnya Fauzi ajak saya berjumpa seorang pegawai di EMI, saya ditawarkan RM17,000.

"Walaupun tawarannya rendah tetapi saya terima kerana janji mereka jika album berkenaan mendapat sambutan, saya akan diambil menjadi artis EMI.

"Sudah memang rezeki saya, lagu Satu Penantian benar-benar mengubah hidup saya. Daripada seorang kerani di pejabat guaman di Brunei, akhirnya saya dikenali sebagai penyanyi rakaman," cerita Dwen yang ketika itu mengikat kontrak untuk tempoh tiga tahun dengan EMI.

Bersama EMI, Dwen muncul dengan dua buah album iaitu Suatu Waktu Dahulu (1986) dan Memburu Mimpi (1987)

Lagu ciptaan Fauzi Marzuki dengan lirik Habsah Hassan itu bukan sahaja telah mempopularkan Dwen malah ia turut dicalonkan dalam rancangan Muzik Muzik 1987.

Bagaimanapun pada tahun 1989 ketika namanya masih di puncak, Dwen meninggalkan bidang seni kerana mengikuti sebuah kumpulan tabligh.

Tetapi Dwen tidak lama di situ, apabila akhirnya dia meninggalkan kumpulan tersebut dan menjadi keluarga kerja di TV3 pada tahun 1997.

"Ketika itu saya bekerja bersama-sama kawan yang seangkatan dengan saya iaitu Aziz Desa, Nizam Mohamad, Omar Abdullah dan allahyarham Karim Mohamad.

"Bagaimanapun selepas tiga tahun saya ditukar ke bilik berita. Pada tahun 2000, apabila TV3 menawarkan penamatan perkhidmatan secara sukarela (VSS) saya terus terima kerana saya tidak minat dengan tugas tersebut," cerita Dwen ketika ditemui di kelas tae kwan-do.

Menurut Dwen, setelah berhenti dari TV3 dengan duit simpanan dan pampasan yang diberikan oleh pihak TV3 beliau membuka kelas tae kwan-do pada tahun 2001.

Bermodalkan RM40,000, Dwen memberanikan diri membuka kelas tae kwan-do, Independent Martial Art Academy yang bertempat di Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Mungkin bagi mereka yang tidak mengenali Dwen menganggap penglibatannya dalam bidang seni mempertahankan diri terlalu baru.

Tetapi sebenarnya pada tahun 1990, Dwen sudah pun mula mengajar anak-anak Melayu yang meminati tae kwan-do.

Dengan latar belakang seni mempertahankan diri tae kwan-do, Dwen mendalami lagi ilmu tersebut sehingga dia memperolehi 7 dan Degree Black Belt (tali pinggang hitam) yang melayakkan dirinya menjadi tenaga pengajar dan Presiden Persekutuan Tae-kwan-do Antarabangsa Malaysia.

"Saya dapat tali pinggang hitam bukan dalam masa singkat tetapi selepas 25 tahun saya mendalami tae kwan-do. Semuanya bermula ketika saya masih di Brunei kerana sejak di sekolah lagi saya memang meminati seni mempertahankan diri.

"Kini dengan ilmu dan kelayakan yang ada, saya mempunyai pelajar lebih 300 orang yang mana kesemuanya Melayu dan ini memang menyeronokkan," kata Dwen.

Sememangnya ayah kepada enam orang anak - Nik Muhaimin,22, Mohd. Al-Jufri,20, Muhd. Abu Sufian,18, Umi Afiqah,17, Saidah Nafisah,15, Muhd. Aminullah,11, hasil perkahwinan dengan Dayang Junaidah Haji Awang,44, ini bangga dengan pencapaiannya itu.

Selain murid sekolah agama yang menjadi muridnya, Dwen juga mengajar tae kwan-do kepada 64 orang Penguatkuasa JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) sejak 1 April lalu.

"Syarat menjadi Presiden ITF bukan sahaja memiliki black belt tetapi saya juga mesti menghadiri kursus tenaga pengajar antarabangsa," kata Dwen yang meminati sukan motor berkuasa tinggi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 07:07 AM | Show all posts
Klthsom dikenang kerana namanya

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my


WAJAH terbaru Klthsom.

UNIK, pelik, kelakar dan macam-macam tafsiran masyarakat di sebalik namanya sebaik dipaparkan di kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar dan majalah.

Masakan tidak, hanya kerana ejaan namanya yang berbeza daripada ejaan lazim menyebabkan dia dengan pantas meraih populariti.

Anda masih ingat pada penyanyi lagu Ku Redha Sendiri, Klthsom?

Ya, Klthsom, bukan Kalsom seperti yang sering kita ketahui.

Kerana ejaan namanya yang unik dan pelik, membuatkan ramai yang memanggilnya dengan pelbagai sebutan.

Ada yang memanggilnya dengan panggilan Keltom. Tidak kurang yang penuh yakin menyapanya Kaltom.

Sudah tentu yang paling mencuit hati tuan punya badan ialah panggilan Kelchom.

Hakikatnya, panggilan buat Klthsom bunyinya Kalsom.

"Ejaan nama saya yang 'pelik' bukan lagi perkara asing bahkan sejak dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang pun orang masih hairan lagi.

"Ketika di sekolah dahulu, cikgu sampai menulis nama saya dalam ejaan 'pelik' itu di papan hitam dan menyuruh saya menyebutnya. Biarpun ejaan yang 'pelik' namun panggilan buat saya berbunyi Kalsom," kata penyanyi yang sudah lama menyepi daripada buruan wartawan dan jurugambar pada satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Kekeliruan pada ejaan namanya seperti yang disebut di awal tadi menyebabkan penyanyi yang terkenal kerana imej yang sederhana itu disenangi ramai.

Sebetulnya, kehadiran Klthsom dalam gelanggang seni tidak membawa banyak perubahan besar, selain suaranya yang lunak dan sedap didengar.

Populariti yang diraihnya sekitar tahun 1991 hanya untuk seketika sahaja biarpun bakat seninya mula dikesan sebaik dia menyertai Bintang RTM tahun 1986.

Geli hati

Cerita mengenai ejaan nama Bintang RTM '86 atau nama sebenarnya Klthsom Abdul Kadir, juga mencetus perdebatan di kalangan media pada tahun 1991.

Semuanya berlaku pada majlis sidang media album sulungnya, Ku Meraguimu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Selain mengenai album berkenaan, Klthsom dihujani pelbagai pertanyaan oleh media kerana ejaan namanya itu.

Bagaimanapun, sebagai seorang yang sudah lali dengan keadaan itu, anak kelahiran Felda Cahaya Baru, Pasir Gudang, Johor ini tidak pernah melenting jauh sekali untuk berasa kecil hati.

Sebaliknya, dengan rasa bangga dia memaklumkan kepada wartawan, dia boleh disapa dengan panggilan Kalsom meskipun ejaannya Klthsom.

Kini pada usia 42 tahun, ibu kepada dua cahaya mata yang sudah lama tidak bersua dengan wartawan hiburan itu masih tidak mampu untuk menyembunyikan rasa geli hati dengan pengalaman-pengalaman silam.

Pada pertemuan itu, Klthsom ditemani suaminya, Sulaiman Abdul, 46, dan dua cahaya mata mereka, Nurul Fatin, 15, dan Mohd. Salehuddin, 10.

Mengimbas kembali rekod penglibatan Klthsom sebagai anak seni, dia secara serius aktif sebagai penyanyi selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Bintang RTM '86 bersama-sama Ramlah Ram.

Dalam pertandingan akhir itu, Klthsom menyanyikan lagu Jangan Menggoda yang dipopularkan Dayangku Intan.

Sayang sekali, nasib tidak menyebelahinya apabila rakan senegeri Ramlah Ram pula berjaya meraih gelaran juara yang menjadi idaman ramai.

Namun, sudah tertulis bahawa rezeki Klthsom sebagai penyanyi rakaman sudah ada. Dalam diam, dia dilamar syarikat rakaman WEA (kini dikenali sebagai Warner Music) untuk bernaung di bawah syarikat itu.

Bersama syarikat rakaman itu, bakat Klthsom digilap dan dia diberi peluang merakamkan album yang memuatkan lagu popular, Aku Meraguimu.

Tidak ketinggalan dalam album yang sama, Klthsom ada merakamkan semula lagu malar segar, Menanti Di Ambang Syurga.

Bertitik tolak daripada kelahiran album itu juga, kehidupan Klthsom berubah dalam sekelip mata.

Barangkali tiada siapa yang dapat menjangka anak seorang peneroka Felda, Klthsom muncul sebagai artis popular.

Menyusul selepas album pertama, Klthsom diberi satu lagi peluang merakamkan album kedua yang memuatkan lagu popular Ku Redha Sendiri setahun selepas itu.

Kali ini, rezeki Klthsom tambah berganda. Lagu ciptaan komposer A. Ali dan lirik ditulis oleh Habsah Hassan itu melonjakkan lagi kemasyhurannya.

Berbekalkan lagu Ku Redha Sendiri, Klthsom melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan carta lagu popular, Pujaan 10 terbitan RTM.

Bayangkan, penyanyi yang baru setahun jagung dalam bidang seni suara digandingkan bersama penyanyi yang telah lama mencipta nama seperti Jamal Abdillah, Nash, Hattan di samping Ziana Zain, kumpulan Exists dan kumpulan Fotograf.

Biarpun lagu nyanyiannya tewas kepada lagu dendangan Jamal Abdillah, Kekasih Awal Dan Akhir untuk muncul sebagai juara Pujaan 10, namun pengalaman bertanding di gelanggang itu benar-benar menggembirakan Klthsom.

"Walaupun saya kalah tetapi saya tidak terkilan. Sebaliknya, saya bangga kerana dapat bertanding bersama Jamal Abdillah, Nash dan Hattan," cerita Klthsom sambil tersenyum.

Selepas album kedua mencipta kejayaan tersendiri, Klthsom memulakan rakaman untuk album ketiga.

Sayang sekal selepas tiga lagu dirakamkan bersama penerbitnya, Iwan, rakaman album itu terpaksa dihentikan kerana Klthsom disahkan hamil anak sulung dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia aktif.

Sangat bersyukur

"Saya pun tak ingat apa tajuk lagu-lagu yang sudah saya rakamkan. Yang saya tahu alih-alih saja rakaman dihentikan. Selepas Nurul Fatin dilahirkan, saya pula langsung tidak mendengar khabar berita daripada pihak WEA.

"Itulah rakaman terakhir saya. Sejak itulah saya menjalani hidup sebagai suri rumah sepenuh masa. Membesar dan menjaga rumah tangga kerana bagi saya ia adalah harta yang paling berharga," kata Klthsom mengenai penghujung nasibnya bersama syarikat rakaman popular itu.

Klthsom bertemu jodoh pada tahun 1992 dengan memilih Sulaiman yang juga rakan lamanya dalam kumpulan band Hijrah yang dianggotainya sejak 1983 hingga 1985.

Menceritakan hubungan mereka hingga membawa ke jenjang pelamin, sambil memandang suaminya, Sulaiman yang sentiasa di sisi, Klthsom tanpa berselindung berkata:

"Sebenarnya saya dengan abang (panggilan untuk suami) mulanya hanya kawan satu band. Disebabkan rumah saya jauh, abang selalu hantar saya balik.

"Sifat jujur abang membuatkan arwah ayah percaya dan membenarkan abang menghantar saya balik.

"Sejak itulah kami berkawan tetapi bukan bercinta. Saya sekadar menjadi penasihat abang apabila dia menghadapi masalah dengan kekasihnya," kata Klthsom mendedahkan cerita manis yang tersimpan elok dalam kotak fikirannya.

Siapa sangka daripada sering menjadi penasihat, rupa-rupanya ada naluri yang kuat mengikat kemesraan antara mereka berdua.

"Selepas puas menasihati abang, satu hari tanpa saya sedar saya terlepas cakap, susah-susah sangat kau kahwin dengan aku ajelah.

"Saya langsung tidak menyangka gurauan saya itu menjadi kenyataan. Tidak lama selepas itu, abang menghantar keluarga meminang saya dan selepas tiga bulan kami berkahwin," ujarnya rancak bercerita mengenai kebahagiaan rumah tangga yang berusia 17 tahun itu.

Kini, Sulaiman menjalankan perniagaan barangan elektrik bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Bagi Klthsom, walaupun hidupnya tidak dikelilingi kemewahan seperti mana yang pernah diraihnya seketika ketika menjadi artis popular dulu, namun dia sangat bersyukur kerana kehidupan dia sekeluarga begitu selesa dan bahagia.

Tambahan pula selepas mengikuti kursus mak andam, Klthsom mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dalam bidang andaman.

"Alhamdulillah kami mendapat banyak tempahan terutama pada musim cuti sekolah. Seronok juga jadi mak andam, cuma kadang-kadang saya terkedu juga apabila ada orang yang masih mengenali saya.

"Bukanlah saya malu dulu jadi penyanyi kini mengandam orang, tetapi apabila ada yang kenal dan minta bergambar terasa macam diri ini mencuri populariti pengantin pula," cerita Klthsom dalam nada ketawa yang masih tidak berubah seperti mana zaman kegemilangannya dulu.

Mengungkit kenangan silam ketika bergelar artis, Klthsom yang dikesan bakatnya oleh tokoh muzik, Datuk Nasser Abu Kassim dan Man Kidal berkata, seingatnya pengalaman pahit di Cameron Highlands amat sukar dilupakan.

"Ia berlaku padatahun 1991. Ketika itu saya berada di Cameron Highlands kerana diundang menyanyi bersama-sama penyanyi Zairani dan seorang model, Azizul Mohd.

"Bayangkan di tempat begitu, saya diserang histeria. Sudahlah jauh dari keluarga, yang ada pula cuma rakan-rakan artis dan Pegawai Perhubungan WEA, Kit.

"Syukur Alhamdulillah, akhirnya histeria saya dapat dipulihkan dan sampai hari ini bila ingat-ingatkan itu semua, rasanya macam baru semalam ia berlaku," kata Klthsom sambil memeluk anak bungsunya, Mohd. Salehuddin yang dikesannya berbakat dalam bidang nyanyian dan bermain alat muzik.

Dan kini, andai ada peluang merakamkan album, Klthsom tidak mampu untuk memberi kata putus sama ada dia mahu menerima peluang itu atau sebaliknya.

Apatah lagi dengan kecenderungan masyarakat memuat turun lagu selain keadaan ekonomi negara yang tidak menentu menyebabkan angan-angan itu kata Klthsom, sekadar tinggal angan-angan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2009 07:12 AM | Show all posts
Kasih seorang guru pada seni

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my


KEJELITAAN yang dimiliki oleh Orchid menyebabkan beliau sering menghiasi muka depan majalah hiburan di zaman kegemilangannya.

GENRE lagu-lagu ghazal, langgam dan pop yeh-yeh bukan sesuatu yang asing buat primadona ini.

Kesemua irama lagu berkenaan bagaikan 'makanan rugi' buat seniwati Datin Orchid Abdullah.

Lalu, andai dipelawa mendendangkan lagu-lagu sedemikian, amat sukar untuk Orchid mengatakan tidak.

Selain kemahirannya menguasai lagu-lagu warisan serta kelunakan vokalnya, apa yang menyebabkan Orchid terus masyhur di kalangan pencinta seni tanah air ialah wajah Pan Asia yang dianugerah Tuhan buatnya.

Bahkan, suatu hal lagi yang sukar mengikis ingatan orang ramai pada penyanyi veteran ini ialah, keunikan namanya, Orchid yang menyamai nama bunga Orkid.

Menyelak kembali lembaran sejarah silam Orchid dalam gelanggang seni tanah air ialah, penyanyi yang kini berusia 62 tahun itu mula menempa kegemilangan menerusi lagu-lagu seperti Seruan Kasih, Penawar Rindu, Carilah Ganti dan Idaman Dara.

Ketika itu, Orchid bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman EMI Singapura di era kegemilangan lagu-lagu pop yeh yeh.

Biarpun profil rekodnya menyenaraikan tujuh buah album pernah dirakamkannya selain Seruan Kasih menjadi lagu pertama rakamannya, namun hakikat yang sukar dinafikan ialah lagu Penawar Rindu meletakkan kedudukan Orchid pada kelas tersendiri.

Orchid sebelum bergelar artis ternama merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing.

Bakat dan minat tersebut bagaimanapun tidak pernah menghalang beliau aktif dalam kerja-kerja kesenian khususunya ketika melanjutkan pelajaran di salah sebuah Maktab Perguruan di Johor.

Sebagai seorang gadis remaja yang pernah menempa kejayaan pada salah sebuah pertandingan nyanyian, Orchid tidak menafikan gejolak jiwa ketika itu sukar dikikis untuk mengasah bakat ke peringkat yang lebih besar.

"Ketika menjadi guru sementara, saya pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan menyanyi di Johor pada tahun 1966.

"Esoknya apabila muka keluar di akhbar, gembiranya bukan kepalang kerana bakat saya dalam bidang ini sudah terbukti," Orchid bercerita penuh rancak momen-momen manis yang masih melekat di fikirannya.

Bagaimanapun, sebaik diterima mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian di Johor pada tahun yang sama, mula terbit kesedaran bahawa beliau tidak mampu untuk aktif dalam bidang seni.

"Maklumlah sebagai pelatih saya tidak boleh terlalu terdedah dalam bidang ini. Jadi ketika itu tumpuan dan perhatian saya hanyalah pada pengajian di maktab tersebut.

"Cuma bila tiba waktu cuti, saya cuba memenuhi undangan menyanyi kerana ia merupakan hobi saya," kata Orchid menyambung cerita.

Minat dan cinta Orchid pada bidang seni suara tidak terhenti setakat itu.

Sebaliknya, apabila menjadi guru sepenuh masa Orchid masih meneruskan minatnya itu.

Pada masa yang sama, Orchid sama sekali tidak mengabaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk mendidik anak-anak bangsa.

"Semasa menjadi guru, saya juga aktif menyanyi dan setiap kali cerita mengenai saya keluar di akhbar, anak-anak murid tumpang berbangga dengan saya.

Pilhan istana

"Secara tidak langsung ia mendekatkan anak-anak murid dengan saya," kata Orchid pada satu pertemuan yang indah di kediamannya di Ukay Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Orchid juga, penglibatannya dalam bidang nyanyian bukan sahaja dikagumi oleh anak-anak muridnya malah murid-murid sekolah bisu yang menjadi jiran sekolah tempatnya mengajar turut mengaguminya.

"Saya tidak pernah terfikir yang mereka juga meminati saya. Tapi bila saya muncul dalam rancangan terbitan stesen televisyen Singapura (RTS) dan RTM, dengan menggunakan bahasa isyarat mereka melahirkan rasa bangga dan kagum dengan bakat saya.

"Sebab itu walaupun nama saya popular sebagai penyanyi tapi saya enggan meninggalkan kerjaya saya sebagai guru.

"Saya cuma meninggalkan kerjaya itu apabila bersara kerana bagi saya antara guru dan menyanyi, kedua-duanya bidang yang amat saya sayangi," sambung bekas penyanyi utama kumpulan Les Coaster mengenai profesion perguruan yang menjadi kebanggaannya selama 20 tahun.

Mengimbas kenangan silam sebagai anak seni, Orchid berkata, ketika itu menceburi bidang seni tidak semudah yang disangka.

Menjadi anak seni ketika itu berdasarkan pengalaman beliau amat sukar kerana bakat merupakan keutamaan.

Paras rupas pula jelas Orchid, hanya sekadar bonus untuk mengiringi perjalanan seni seseorang itu.

"Dunia seni hari ini amat berbeza, dengan rancangan realiti yang banyak, kemunculan artis-artis baru bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan.

"Sebab itu kita tengok mereka yang jadi johan belum tentu boleh kekal lama atau diminati. Sebaliknya, mereka yang gagal, dapat mencipta nama dan mempertahankan populariti kerana bakat yang ada," komen Orchid mengenai trend semasa proses kelahiran bakat-bakat baru hari ini.

Selain memenuhi undangan menyanyi di RTS dan RTM, Orchid juga pernah melibatkan diri dalam dunia filem.

Seingat beliau, filem Ago Go Go '67 merupakan filem sulung lakonannya.

" Tapi penglibatan saya dalam filem itu bukan sebagai pelakon sebaliknya, sebagai penyanyi kelab malam yang mendendangkan lagu Ikatan Janji," kata Orchid yang juga pernah memegang karakter ibu kepada aktres Ziana Zain dalam filem Merah selain dalam drama Fitrah Kasih.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni juga, Orchid bukan sahaja sering menjadi pilihan RTM sebagai penyanyi undangan, bahkan beliau juga merupakan antara seniwati yang sering menjadi pilihan istana.

Menempa kemasyhuran di era industri muzik yang tidak sehebat masa kini, Orchid bagaimanapun tidak pernah kesal dengan ketentuan itu.

Jika mahu diukur pencapaian Orchid, tujuh buah album yang pernah dirakamkan sudah tentu dianggap sesetengah kita beliau mampu menikmati kemewahan yang bukan sedikit.

Hakikatnya, Orchid seorang yang sangat realistik mengakui, kehidupan beliau sebagai anak seni ketika itu tidak mendapat kemewahan yang total.

"Masa dulu-dulu sebaik habis rakaman kita diberi sejumlah wang sebagai hadiah. Macam album pertama Seruan Kasih dan yang terakhir Penawar Rindu saya cuma diberi ratusan ringgit sahaja.

"Walaupun saya mendapat tahu album itu berjaya dijual beribu unit tapi sudah begitu prosedurnya. Cuma keuntungan yang saya dapat sampai hari ini ialah lagu-lagu nyanyian saya masih diingati," luah Orchid mengenai perbezaan pengurusan industri hiburan lampau dan masa kini.

Kini, hubungan Orchid dengan industri hiburan semakin jauh.

Keutamaan yang diberikan oleh seniwati berdarah Arab dan Inggeris ini ialah kepada keluarganya.

Orchid sebetulnya sedang melalui kehidupan yang sungguh membahagikan di samping suaminya, Datuk Mokhtar Omar, 68, selain empat orang anaknya, Norshakina, 40, Mohd. Nor Shareen, 37, Mohd. Nor Shafri, 32 dan Nor Syafinaz, 29.

Keluarga beliau juga diserikan dengan kehadiran menantu serta empat orang cucu.

"Saya tidak pernah menyepikan diri dari bidang seni, cuma saya yang dipinggirkan oleh pihak stesen TV dan radio.

"Kadang-kadang saya rasa amat terkilan kerana bakat seni kami ini seolah-olah tidak dihargai.

"Dulu saya rasa seronok dan terhibur apabila membuka siaran FM Klasik kerana melalui saluran itu bukan sahaja saya dapat mendengar lagu-lagu lama saya, malah rakan-rakan yang lain juga.

"Sayangnya apabila Menteri Penerangan bertukar ganti siaran lagu-lagu klasik sudah tidak begitu meluas. Kalau dulu setiap hari kita boleh mendengarnya tapi sekarang hanya 15 minit sahaja dan dikongsi pula dengan lagu-lagu dari Indonesia," kata Orchid dalam nada berbaur kesal dan kecewa.

Sesekali, ada juga undangan nyanyian yang diterima Orchid.

Di akhir perbualan dengan Hits, Orchid melontarkan idea buat stesen televisyen khususnya RTM menerusi luahan rasa yang sudah lama terpendam di lubuk hatinya.

"Saya sangat berharap RTM akan membuat pertimbangan untuk menerbitkan semula rancangan Dendang Rakyat yang mana memberi peluang kepada penyanyi lagu-lagu ghazal, asli dan dondang sayang untuk muncul di kaca TV," ujar Orchid meluah rasa sebelum menoktahkan perbualan kami pagi itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.070643 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list