Edited by blastoff at 1-5-2023 03:32 PM
Kes 39 : mati dah 3 hari baru ditemui dlm keta berkunci pd 12.3.23 , dikatakan hilang pd mulanya rakannya cari tak jumpa.
Sudah tiga hari meninggal dalam kereta berkunci (hmetro.com.my)
Seremban: Seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kereta dekat parkir di Garden Homes, Seremban 2, di sini, malam ini, dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari lalu. Lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan hilang sejak beberapa hari lalu dan rakannya cuba mencari sebelum menemui kereta mangsa di lokasi kejadian kira-kira jam 7.30 malam. Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Kimar berkata, kereta Proton Wira itu dalam keadaan berkunci sebelum pihaknya melakukan operasi membuka pintunya. "Pasukan kami menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta berkunci di tempat parkir hadapan sebuah pasar raya dekat Garden Homes jam 7.31 malam.
"Sebaik tiba, seorang lelaki memaklumkan rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta berkunci.
"Difahamkan kenderaan itu sudah berada di lokasi sejak tiga hari lalu, " katanya. Beliau berkata, selepas pintu kereta dibuka, pihak kesihatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia. "Lelaki ini dipercayai warga tempatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
|