CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharlenetexas

[SENTIASA UPDATE]Jejak Kasih Artis2 '80an (dah jumpa gambar Nadia Kasim m/s 28)

  [Copy link]
Post time 10-1-2013 09:50 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 10-1-2013 09:45 PM
kamu telah mengelirukan saya..ingatkan saya silap yg hal Kak Melah eksiden skali ngan azmeer tu :h ...



kak melah yang penuh ngan warna warni gosip katanya..

itu lom campur gosip pasal laki dia dulu tu lagi..

sian kak melah...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 09:54 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 10-1-2013 09:50 PM
saya ada prasan Kak Pojiah Latip ada muncul sbg cameo dalam filem Os ke Salih Yaakob (tak ingat file ...

filem pak tam duda la...lakonan ar badul. dia nyanyi lagu first dia digamit memori...pastu dia muncul dlm filem ogy & umie - memori...tak pernah berlakon pun jee time tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 09:54 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 10-1-2013 09:45 PM
kamu telah mengelirukan saya..ingatkan saya silap yg hal Kak Melah eksiden skali ngan azmeer tu :h ...





19 Jun 1990 berlaku pula kemalangan yang melibatkan penyanyi Azmeer (kini pencipta lagu) dan Ramlah Ram. Kereta yang mereka naiki bersama ketika itu dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama Hamdan Harun. Mereka bertiga dalam perjalanan untuk keluar makan apabila kemalangan itu berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam. Akibat kemalangan tersebut, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan cedera serius di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.

Azmeer dibawa ke wad kecemasan Hospital Universiti pada pukul 12.33 tengah malam. "Menurut keterangan yang dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Universiti, Dr. Gurmukh Singh, bahagian muka Azmeer dipenuhi kaca ketika dibawa ke wad kecemasan hospital tersebut". Pada awal pagi 20 Jun itu Azmeer terus menjalani pembedahan pertama yang tamat pada pukul 3.30 pagi. Pada petang hari yang sama keluarga Azmeer yang berasal dari Singapura telah mendapat kebenaran daripada Hospital Universiti untuk memindahkan Azmeer ke Hospital Besar Singapura. Azmeer dibawa keluar dari Hospital Universiti dengan kawalan rapi oleh ahli keluarganya yang menghalang para jurugambar daripada merakamkan wajah Azmeer secara dekat. Untuk pengetahuan, kemalangan tersebut bukanlah yang pertama buat Azmeer kerana beliau "pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat"

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:00 PM | Show all posts
Azmeer, juri kesukaan @AppropriateNick
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:00 PM | Show all posts
How about rima Rashidi, ujud lagi kah beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:05 PM | Show all posts
Changa posted on 10-1-2013 10:00 PM
How about rima Rashidi, ujud lagi kah beliau?

Rima terpinggir kerana gemukOleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

KELUARGA  BAHAGIA... Rima Rashidi (kanan) di samping suami, Adnan Noah dan dua anak mereka, Adrrel Rashdy Noah (dalam dukungan Adnan) dan Adrenna Rose Noah.


HANYA kerana badannya yang gempal, Rima Rashidi terpaksa terus melupakan bidang nyanyian yang menjadi minatnya setelah menamatkan pengajian tingkatan lima di Sekolah St. Mary, Kuala Lumpur.


Meskipun penolakan itu sesuatu yang sangat pahit untuk diterima, tetapi sebagai manusia yang percaya kepada ketentuan Allah, Rima terpaksa akur dengan kata putus pengurusan sebuah syarikat rakaman yang memilih untuk menamatkan kontraknya hanya kerana saiz tubuhnya itu.


Lebih mengguris perasaannya ialah, pengurusan syarikat rakaman itu mendakwa, albumnya sukar untuk dipasarkan hanya kerana saiz tubuhnya yang kononnya tidak dapat diterima ramai.


"Saya tiada pilihan selain harus akur menerima keputusan itu. Walaupun saya kecewa tetapi saya hairan kenapa masyarakat kita begitu skeptikal terhadap orang gemuk seperti saya," luah penyanyi yang pernah menempa kemasyhuran menerusi lagu Kasih Berbunga Lalang sekitar awal tahun 1990-an.


Menurut Rima, apa yang turut dikesalkannya ialah apakah golongan yang mempunyai tubuh yang gempal hanya layak untuk dijadikan bahan ketawa.


"Kebanyakan artis berbadan besar atau gemuk sering menjadi bahan ketawa sama ada dalam filem atau drama. Saya tidak mahu menjadi badut!" katanya lagi dalam nada sedih pada satu pertemuan dengannya di sebuah hotel di pinggir kota baru-baru ini.


Biarpun ditolak secara membabi buta namun kehidupan Rima, 37, kini sangat bahagia di samping suami tercinta Adnan Noah, 49, dan dua anak kesayangan mereka Adrenna Rose Noah,7, dan Adrrel Rashdy Noah, 11 bulan.


Disebabkan itulah, Rima yang pernah muncul dengan dua album bersama syarikat rakaman Sony Music dengan album pertama Engkau Yang Pertama dan lagu hitsnya, Kasih Berbunga Lalang terus melupakan bidang nyanyian.


"Kalau syarikat besar tidak yakin untuk menjual album saya, mana mungkin saya memasarkan album sendiri.


"Sejak itulah, saya mula beralih bidang. Daripada seorang penyanyi saya beralih ke bidang lakonan, walaupun sebelum itu saya berlakon tetapi selepas itu saya menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang lakonan," cerita Rima lagi.


Daripada filem ke drama, Rima yang memang berbakat dalam bidang lakonan menjadi pilihan penerbit dan pengarah.


Mr. Os, Musuh Dalam Selimut, Tuah, Bila Senja Berlalu, Di Sebalik Bayang, Lela Manja dan Roda-Roda Kotaraya merupakan antara filem dan drama lakonan Rima.


Bagaimanapun, setelah drama bersiri Roda-Roda Kotaraya ditamatkan dan digantikan dengan Gerak Khas, Rima Rashidi memilih untuk mengundurkan diri daripada bidang seni!


Apa lagi selepas dia bertemu jodoh dengan Adnan pada tahun 2000 setelah berkenalan selama lapan tahun.


Perkahwinan berdasarkan cinta itu kini membuatkan Rima merasakan hidupnya bagaikan seorang permaisuri yang dilayan dengan sempurna dan dimanjakan oleh suami tercinta yang juga seorang Penasihat Kontraktor.


"Selepas kahwin saya malas untuk aktif lagi apatah lagi suami memenuhi setiap keinginan saya, jadi untuk apa saya menyanyi atau berlakon?


"Saya tidak minta bulan atau bintang daripada suami saya tetapi saya amat bersyukur kerana dapat hidup selesa dan bahagia.


Bagaimanapun, menurut Rima, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suaminya mencuba nasib dalam bidang penerbitan tetapi sayangnya apa yang diusahakan kini musnah.


Kalau namanya orang seni, pastinya sukar untuk mereka mengikis minat dan kecenderungan dalam lapangan itu biarpun sudah lama tidak aktif.


Demikian juga dengan Rima. Dia dan suaminya mengambil inisiatif menerbitkan sebuah dokumentari untuk sebuah stesen TV.


Sayang sekali, harapan yang bermula dengan kemanisan bertukar menjadi pahit apabila program yang dirancang mereka ditolak bulat-bulat oleh pengurusan baru stesen TV selepas kelulusan dibuat oleh bekas pengurusan lama stesen itu.


"Bayangkan kami sudah mengeluarkan modal ratusan ribu ringgit setelah mendapat surat hitam putih daripada stesen TV itu tetapi alasan yang diberikan dulu lain, pemimpinnya sekarang lain. Sedih benar saya dengan keadaan itu," keluh Rima.


Program yang diberi judul Menceceh P. Ramlee itu merupakan sebuah rancangan hiburan yang memaparkan kisah Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan lagu-lagunya.


Rancangan sebanyak 26 episod terbitan Lumayan Digital Sdn. Bhd., itu dihoskan oleh Zainal Alam Kadir.


Setelah dikecewakan oleh stesen TV itu, Rima dan suami tidak pernah putus asa.


Cuba mengubah persepsi masyarakat terhadap orang-orang gemuk, tahun lalu Rima mengemukakan sebuah kertas kerja (proposal) kepada stesen TV yang sama.


"Sayangnya proposal itu ditolak mentah-mentah oleh panel stesen TV itu dengan alasan tidak ada orang yang mahu tengok rancangan seperti itu," Rima terus berkongsi kesedihan yang harus diterimanya.


Rancangan berteraskan talkshow yang diberi nama Big But Beautiful itu dicetuskan daripada naluri Rima sebagai artis yang dipinggirkan kerana gemuk.


Big But Beautiful yang diharapkan dapat menggabungkan Rima, Adibah Noor dan Liza Aziz pada dasarnya dirancang dengan harapan dapat mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap orang-orang gemuk.


"Orang gemuk pun ada keistimewaan sendiri. Cuba beri kami peluang, Insya-Allah pandangan masyarakat akan berubah.


"Tapi nak buat macam mana dah begitu sikap mereka. Bagaimanapun, saya tetap berbangga dengan Adibah yang dulu bagai kini namanya sentiasa bermain di bibir peminat," ujar Rima lagi.


Kini kata Rima, dia lebih tenang menjalani hidup sebagai isteri dan ibu di samping memenuhi masa lapangnya dengan mempelajari seni mempertahankan diri aikido khas untuk wanita.


"Saya berharap suatu hari nanti, stesen TV kerajaan atau swasta atau berbayar dapat memberi ruang kepada orang-orang gemuk seperti saya," kata Rima sambil tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2013 10:13 PM | Show all posts
mirwaisahmadzai posted on 10-1-2013 05:16 PM
Tak boleh recall lah......
Xde clue langsung.....

Haaa Tantiana ni yg x silap aku ade blakon filem ape ntah..

Yg kene usik2 oleh mamat2 sape ntah pelakon2 lelaki tu..mcm Shah Reza tu ade gak time tu... Pastu Tantiana jerit "AYAAAAAAAAAAHHHH" bapak dia x silap aku Hamid Gurkha..alamak nostalgia sgt.. Rambut die ala2 keriting ngan bju kurung pesen kembang kat bahu tu kan x silap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 10:15 PM | Show all posts
@Syd mmg betul2 library cari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 10:17 PM | Show all posts
sok_suci posted on 10-1-2013 10:13 PM
Haaa Tantiana ni yg x silap aku ade blakon filem ape ntah..

Yg kene usik2 oleh mamat2 sape ntah ...



yang pakai baju biru..diapit liza dollah dan arwah berahim pendek

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:18 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 10-1-2013 10:15 PM
@Syd mmg betul2 library cari

aku ekceli tengah final exam..
ada satu paper lagi tak settle

tapi gigih mengajar korang kat sini



Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:22 PM | Show all posts
Syd=Arkib Negara
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:22 PM | Show all posts
korang iols suka sgt kat macik asmahani husin..try gugel nk tgk gmbo xde ler..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:23 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 10-1-2013 10:22 PM
Syd=Arkib Negara


credit tuk Arkib Negara X



Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:23 PM | Show all posts
nuhanis posted on 10-1-2013 07:54 PM
melati minang jangan dilupa uols.
dia ni spektra nya kaki. zaman 90 an la kot.
dia indon, tapi bi ...

hahaha mcm ingat2 lupa tp dulu maghrib2 x silap spektra ni. ni yg zaman crita Jaguh2 Rusdi Rameli tu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:27 PM | Show all posts
alin80jb posted on 10-1-2013 10:22 PM
korang iols suka sgt kat macik asmahani husin..try gugel nk tgk gmbo xde ler..

dia pandai berlakon..
muka bulat2
cakap sopan
ada gigih tingkeh sebelah kiri tak silap
senyum manis..

bila sebut asmahani husin neh, tingat kat pelakon tua seksi apa kena dia..

mahzan nama ayah dia...
aha azizah mahzan..

ada iras skit(skit jahhh)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 10:29 PM | Show all posts
Mak aku cite asmahani husin tangkap cintan ngan ahmad tarmimi siregar. Tapi tarmimi kawin ngan org lain. Frust menonggeng makcik tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2013 10:29 PM | Show all posts
Mak aku cite asmahani husin tangkap cintan ngan ahmad tarmimi siregar. Tapi tarmimi kawin ngan org lain. Frust menonggeng makcik tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 10:32 PM | Show all posts
Mak aku cite asmahani husin tangkap cintan ngan ahmad tarmimi siregar. Tapi tarmimi kawin ngan org lain. Frust menonggeng makcik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:34 PM | Show all posts
Syd posted on 10-1-2013 10:17 PM
yang pakai baju biru..diapit liza dollah dan arwah berahim pendek

ya tepat skaliyyy! badul rupanye hero! haha tantiana..

good2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:34 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 10-1-2013 10:32 PM
Mak aku cite asmahani husin tangkap cintan ngan ahmad tarmimi siregar. Tapi tarmimi kawin ngan org l ...

amboiiiii
sbb mak punye gosip
sampai 3x posting kuar



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.107437 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list