CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: budakpoyokiut

[MERGED] All about KESUBURAN

[Copy link]
Post time 5-6-2006 06:17 PM | Show all posts

Reply #12 nessa's post

nessa,
pernah lekat, masa tu  lepas 4 tahun kawin, tapi masih malang nasib ku sebab mengandung di luar rahim iaitu di salur fellopian belah kiri...sedih gila masa tu...tapi alhamdulilah hubby banyak bagi perangsang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2006 06:26 PM | Show all posts

Reply #11 mix_chinese's post

yes, i will pray 4 u :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:55 PM | Show all posts

Reply #13 shinky_pinky's post

shinky...buat treatment apa masa lekat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 05:25 PM | Show all posts
nessa,
sebenarnyer memacam yg shinky usahakan, cara tradisional kat mesia, kat pakistan, then with doctor, lastly ngan pakar sakit puan kat pakistan ni, he is my gynae, professor dr. syafiq ahmad, dia yg bagi threatment kat i.
kenapa nessa? u ada problem to conceive ker? sorry bertanya sebab shinky tak pernah borak ngan u sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 11:36 AM | Show all posts

Reply #16 shinky_pinky's post

yep..this year dah masuk 5 years nessa kahwin...g Dr... semua kata normal...both of us...even g bidan pun kata camtu...mungkin belum rezeki nessa
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 06:25 PM | Show all posts
nessa,
sebelum ni pernah gugur ker apa ker tak? dah buat ultrasound scan? what ur doc said about ur fellopian tube? hmmmm cian u...takper...sabar tu separuh dari iman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2006 08:30 PM | Show all posts
Hi Shinky :tq:

Nis dah tengok baby you memang comel. Tak sangka shinky pun macam Nis kene tunggu lama baru lekat tapi Nis sampai skrg belum lekat lagi. Tak pernah gugur dan doctor kata both of us are normal. Masa your last treatment kat pakistan, doctor ada bagi apa2 tips atau pil tak? yang berlainan dengan doc.2 yang sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 02:05 AM | Show all posts
hi nis
my gynae suh i kuruskan badan sebab masa tu badan i memang debap betul, (siap dia tulis besar besar DIET kat i punya report..he he) then dia suruh i makan folic asid, then dia suruh relax bebanyak. dan lagi satu dia bagi i makan satu pil tapi i dah lupalah nama dia...aisey...ni yg silap nih. well i will try to contact my gynae and ask him...but it will takes time....i will pm u okay. apapun bebanyak berdoa dan buat sembahyang hajat..insyaAllah akan diperkenankan oleh Nya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2006 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by shinky_pinky at 8-6-2006 02:05 AM
hi nis
my gynae suh i kuruskan badan sebab masa tu badan i memang debap betul, (siap dia tulis besar besar DIET kat i punya report..he he) then dia suruh i makan folic asid, then dia suruh re ...



Apa maksud doctor relax banyak2..?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by shinky_pinky at 8-6-2006 02:05 AM
hi nis
my gynae suh i kuruskan badan sebab masa tu badan i memang debap betul, (siap dia tulis besar besar DIET kat i punya report..he he) then dia suruh i makan folic asid, then dia suruh re ...



Thanks Shinky :love:
I'm on treatment right now, jumpa new gynea. I dgn hubby lain pulak. kami both kurus (ada jugak orang cakap kalau kurus pun susah nak pregnant). Tapi dah 2 bulan ni weight Nis dah bertambah, sekarang dah 47kg , tinggi 5'5 tapi ramai cakap kurus lagi :hmm:.

Anywhere, kalau shinky ingat nama ubat tu  p.m. kat Nis ye. Akan ku cari sehingga dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 08:42 PM | Show all posts
it's my pleasure.
eh rasanya dengan ketinggian u kan...kira kurus benar tu...hmmmm....
well i will pray for u okay.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 08:53 PM | Show all posts

Reply #21 mix_chinese's post

as it was so complicated for me to get conceive...so my gynae asked me to take as much rest as i can because if u r tired u can't ML at nite am i right? you need to be very calm and relax while ML with your hubby. then it will help u to get conceive. i sure u know about this better than me.

[ Last edited by  shinky_pinky at 8-6-2006 08:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 09:17 AM | Show all posts
Belajar mengira hari subur anda
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

PERANCANGAN keluarga secara semulajadi adalah berdasarkan kepada ketentuan masa hubungan kelamin semasa kitaran haid seseorang wanita.

Ia juga dikenali sebagai kaedah beritma ataupun kaedah masa selamat. Kaedah perancangan keluarga ini membantu sekiranya pasangan tersebut mengikuti tatacara jadual haid dengan tegas setiap masa.

Kejayaan kaedah ini bergantung pada:

* Mengenali bila telur akan dikeluarkan

* Menggunakan kaedah lain, seperti kondom pada hari kesuburan, ataupun tidak mengadakan hubungan kelamin langsung.

揢ntuk memastikan keberkesanan kaedah ini, seseorang wanita itu harus tahu fungsi dan perubahan yang terjadi pada badan manakala suami pula berserta isteri mesti mengikuti pola-pola perubahan dengan tepat dan betul.

揗asih ada kebarangkalian untuk mengandung, jadi was-was itu mesti juga ditingkatkan,拻 kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Kaedah perancangan secara semulajadi di mana julat masa untuk hubungan kelamin menjadi pendek dan juga aktiviti kelamin secara spontan terencat ini memungkinkan pasangan enggan mengamalkan kaedah ini.

揔eberkesanan kaedah semulajadi ini tidak seperti kaedah-kaedah yang lain.

揝atu perempat dari mereka yang mengamalkannya mungkin termengandung,拻 tegasnya.

Kaedah semulajadi ini tidak sesuai untuk mereka yang

* Tidak sepatutnya mengandung disebabkan oleh masalah perubatan.

* Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan ramalan masa subur tidak dapat dilakukan

* Masalah dengan pendarahan abnormal dari faraj, radang faraj dan juga pangkal rahim, menyebabkan penentuan kesuburan melalui lelehan mukus serviks tidak tepat

* Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik, antitiroid dan juga antihistamin yang mungkin mengubah sifat tabii rembesan faraj, mengakibatkan kesukaran interpretasi mukus

* Keadaan yang tidak berkaitan dengan kemandulan seperti demam yang dapat mengubah suhu badan asas.

Memahami kaedah perancangan secara semulajadi

Wanita mempunyai dua ovari. Setiap satu darinya berada di sisi rahim. Saban bulan, ovari akan mengeluarkan telur yang kemudiannya akan memasuki tiub fallopio.

Ini dipanggil ovulasi dan ia berlaku pada 12 hingga 14 hari sebelum bermulanya pendarahan haid.

Menurut Dr. Shah Reza, wanita boleh mengandung sekiranya hubungan kelamin berlaku sekitar ovulasi - persenyawaan berlaku di antara telur dan sperma yang diejakulasi ke dalam faraj.

揌asil persenyawaan ini akan bergerak melalui tiub fallopio untuk disematkan di dinding rahim yang kemudiannya membesar sebagai janin.

揔aedah perancangan secara semulajadi ini merujuk ke kitaran haid, mengenalpasti hari kesuburan yang perlu dielakkan,拻 katanya.

Ovulasi

Bagi kebanyakan wanita, ujar beliau, telur dikeluarkan dari ovari sekitar dua minggu sebelum haid bulan berikutnya.

Telur ini berupaya untuk disenyawakan dalam tempoh 24 jam selepas dikeluarkan manakala sperma pula dapat bertahan selama tiga hari.

Jenis-jenis kaedah perancangan secara semulajadi

Wanita akan ditunjuk ajar oleh profesional perubatan ataupun kaunselor perubatan bertauliah serta harus tekal terhadap penghayatan kaedah yang dipilih.

Kaedah Mengesan Suhu Badan Asas

Sejurus selepas ovulasi, suhu badan wanita akan meningkat sedikit.

揝atu jangka suhu khas digunakan untuk menyukat suhu badan wanita sejurus bangun tidur dan bacaannya diplotkan sebagai satu graf. Suhu diambil setiap hari.

揝uhu badan seseorang wanita itu turut dipengaruhi oleh demam, tidur yang terganggu serta jadual pekerjaannya terutama yang bersyif,拻 kata Dr. Shah Reza.

Pasangan yang menggunakan kaedah suhu ini tidak boleh mengadakan hubungan kelamin sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.

Kaedah Mengenalpasti ovulasi secara penelitian mukus pangkal rahim

Melibatkan perubahan jumlah mukus yang terhasil serta penelitian pada ketekalannya.

揕azimnya, wanita akan berasa kelainan pada lelehan mukus yang keluar melalui faraj semasa ovulasi. Perubahan inilah yang harus ditelitikan.

揃agi kebanyakan wanita, faraj terasa kering sejurus selepas haid sebelum lelehan mukus menjadi lebih bergetah kemudiannya拻 Sebelum ovulasi, mukus ini bertukar menjadi lebih basah dan melicin.

Hari-hari terakhir kebasahan mukus ini selari dengan hari kemuncak ovulasi, kemudiannya mukus akan menjadi lebih kental, mungkin juga langsung hilang dan kekeringan dirasai kembali.

Dr. Shah Reza berkata, masa selamat bermula pada 10 atau 11 hari dari penghujung haid dan juga semasa faraj dirasai kekeringan.

揗asa kesuburan iaitu masa wanita tidak boleh melangsungkan hubungan kelamin bermula dengan petanda pertama mukus dan berlangsung sehingga empat hari selepas hari kemuncak ovulasi.

揥alaupun semasa pendarahan dianggap selamat, mengandung mungkin juga boleh berlaku semasa pendarahan disebabkan oleh penghasilan mukus yang mungkin bertindih dengan masa haid.

揑ni sekali gus memberikan perlindungan dan juga tempat untuk sperma berlabuh selamat. Jadi, wanita haruslah berwaspada,拻 jelasnya.

Mengulas lanjut, kaedah mukus tidak menggunakan alat penyukat suhu badan - memberikan satu kelebihan untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.

Bagaimanapun, lelehan mukus ini mungkin tercelaru dengan infeksi faraj, keghairahan seksual, penggunaan bahan pelicin serta ubat-ubatan yang dimakan.

Kaedah Simptotermal

Menggabungkan kedua-dua kaedah suhu dan penelitian mukus. Sebagai tambahannya, seseorang itu harus berwaspada pada tanda-tanda lain ovulasi seperti:

* Kesakitan di bahagian abdomen mungkin juga disertai oleh kekejangan.

* Darah menitik melalui faraj

* Perubahan dengan kedudukan serta keteguhan, kekukuhan pangkal rahim

揥anita perlu menahan diri dari hubungan kelamin bermula dari kehadiran mukus atau rasa basah sehinggalah hari ketiga selepas peningkatan suhu badan atau pun empat hari selepas kemuncak penghasilan mukus.

揇isebabkan banyak faktor yang dimasukkan ke dalam kaedah ini, jadi kaedah ini lebih berkesan berbanding kaedah-kaedah sebelumnya. Namun begitu, batasan yang mempengaruhi juga adalah sama,拻 Dr. Shah Reza.

Kaedah Kalendar

Juga dikenali sebagai kaedah beritma di mana wanita harus merekodkan dengan pasti kitaran haid selama enam bulan.

Kemudiannya, satu pengiraan sifir mudah digunakan. Kitaran haid dikira dari hari pertama pendarahan hinggalah ke hari pertama haid yang berikutnya.

Kitaran haid biasanya selama 28 hari tetapi julatnya boleh di antara 23 hingga 35 hari, masih dikira sebagai normal. Cara kiraannya:

* Untuk kitaran haid terpendek, tolak harinya selama 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.

* Untuk kitaran haid terpanjang, tolak harinya selama 11 hari. Ini memberikan hari terakhir kesuburan

Sebagai contohnya, jika sepanjang enam bulan penelitian kitaran haid didapati kitaran terpendek adalah 25 hari manakala yang terpanjang 35 hari:

Kitaran terpendek - 18 = 25 - 18 = 7 hari

Kitaran Terpanjang - 11 = 35 - 11 = 24 hari

Bermakna, hari kesuburan iaitu hari di mana hubungan kelamin perlu dielakkan bermula pada hari ketujuh dan berakhir pada hari ke-24.

Kaedah laktasi Amenorrhoea

揃ermakna, seseorang tidak akan datang haid disebabkan oleh perubahan hormon badan akibat menyusukan bayi.

揌ormon prolaktin meningkat, jadi kitaran haid dan juga ovulasi tidak berlaku, langsung kehamilan dapat dielakkan,拻 kata Dr. Shah Reza.

Untuk kaedah ini berjaya, penyusuan harus secara eksklusif tanpa gangguan pemakanan formula bayi.

揝elang di antara penyusuan tidak melebihi empat jam pada sebelah siangnya dan tidak pula melebihi enam jam pada malam hari.

揕agi khusus penyusuan dan lagi lama anak menyusu bada, lebih berkesanlah kaedah ini. Sekiranya penyusuan diselang-selikan dengan susu formula, lagi cepatlah kitaran haid akan bermula, lagi cepat jugalah kebarangkalian untuk mengandung.拻

Tambah beliau, kaedah laktasi amenorhea lebih berkesan untuk mereka yang berumur disebabkan oleh pertambahan faktor fisiologi kesuburan yang menurun dengan peningkatan umur.

Secara umumnya, kaedah ini mempunyai dua peratus kebarangkalian untuk mengandung pada enam bulan pertama selepas kelahiran, tetapi apabila sahaja pendarahan haid berlangsung, risiko mengandung memuncak.

Dr. Shah Reza turut menasihati para suami agar memberikan kerjasama sekiranya bilangan unit keluarga mahu ditetapkan.

揝ebagai ketua keluarga, mereka tidak sepatutnya menyalahkan isteri sekiranya kegagalan berlaku, juga tidak sepatutnya memaksa si isteri untuk mengamalkan mana-mana kaedah perancangan.拻
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 10:31 AM | Show all posts
Bermakna, hari kesuburan iaitu hari di mana hubungan kelamin perlu dielakkan bermula pada hari ketujuh dan berakhir pada hari ke-24.--->tk fhm ngan statment ni...elak tu mksdnya...elak dr mengandung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 08:04 PM | Show all posts
dira tgh cari satu topik yg ada letak web minggu ovulasi..
kat topik ni pun takde..
kengkwn plz help me..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by Asdira at 30-8-2006 08:04 PM
dira tgh cari satu topik yg ada letak web minggu ovulasi..
kat topik ni pun takde..
kengkwn plz help me..


Baby Hope nyer web ada .... kalau nk try lah...
Klik sini: BABY HOPE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 02:27 PM | Show all posts

Cara Untuk Menstabilkan Kesuburan

i nak tanye i ada anak pertama tapi sekarang untuk mendapatkan yang kedua
tapi haid tak stabil... adakah cara nie menyebabkan berlaku gangguan kesuburan

* sorry kalau subject tak sesuai......atau dah ada kat belakang

[ Last edited by  cantum at 31-10-2006 02:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 02:29 PM | Show all posts
xjumpa doktor ke? kalo belum, cuba mintak nasihat doktor...

haid xstabil tu cmana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by HerSheys at 31-10-2006 02:29 PM
xjumpa doktor ke? kalo belum, cuba mintak nasihat doktor...

haid xstabil tu cmana?


kitaran haid i selalu akan lewat pada tiap2 bulan
contoh kalau bulan lepas 20 ari bulan tapi bulan nie akan turun pada 25 atau 26 hari bulan setiap bulan gitu.........
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 03:10 PM | Show all posts
oic...
hormon dah giler..
cahaya lagi giler...
langsung tak mai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.079536 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list