CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faiz_azrai

Koleksi Jersi

[Copy link]
Post time 18-9-2006 01:35 PM | Show all posts
Tak Kuar gambar

upload pakai

----> http://www.imageshack.us/

----> http://i4.tinypic.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2006 10:38 AM | Show all posts
geram betul aku tengok jersi Adidas Retro Czechoslovakia nak beli ke tak nak nih...??







http://www.ebay.com.my/viItem?ItemId=110037366088

[ Last edited by  HangPC2 at 26-9-2006 10:46 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 26-9-2006 10:38 AM
geram betul aku tengok jersi Adidas Retro Czechoslovakia nak beli ke tak nak nih...??



http://img157.imageshack.us/i ...


HangPC2......mahal la harga jersey ni kat internet....dulu aku nampak jersey ni dijual kat Isetan Bukit Bintang murah ja, RM 60.....jersey ni tak laku sgt, tu yg harganya murah......tak mcm jersey adidas original untuk German, France, Italy etc......ini pendapat aku sebab aku ni memang collector jersey2 adidas original :nerd:....MY ADIDAS :pmuka::pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 07:10 AM | Show all posts
Originally posted by aizusan at 27-9-2006 09:57 AM


HangPC2......mahal la harga jersey ni kat internet....dulu aku nampak jersey ni dijual kat Isetan Bukit Bintang murah ja, RM 60.....jersey ni tak laku sgt, tu yg harganya murah......tak mcm jer ...


rugi tak beli sebab negara tuh dah tak wujud sebab berpecah  kepada 2 Republik Czech dengan Slovakia
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 07:48 AM | Show all posts
aku penah ada baju ni dlu...
aleh2 kena rembat time jemur kt luar rumah...
hangin tul....




Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by sesusah jer at 28-9-2006 07:48 AM
aku penah ada baju ni dlu...
aleh2 kena rembat time jemur kt luar rumah...
hangin tul....





ishh sayang tul ni mesti mat pet rembat nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2006 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 28-9-2006 07:10 AM


rugi tak beli sebab negara tuh dah tak wujud sebab berpecah  kepada 2 Republik Czech dengan Slovakia


ya ka dah berpecah....aku tgk ada ja Czechslovakia dalam peta dunia yg baru ......:hmm::hmm:

[ Last edited by  aizusan at 28-9-2006 01:45 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2006 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by sesusah jer at 28-9-2006 07:48 AM
aku penah ada baju ni dlu...
aleh2 kena rembat time jemur kt luar rumah...
hangin tul....





Kalau ko nak, aku leh tolak kat ko.. Geli aku simpan baju ni.. aku kan man utd fan.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2006 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by aizusan at 28-9-2006 01:44 PM


ya ka dah berpecah....aku tgk ada ja Czechslovakia dalam peta dunia yg baru ......:hmm::hmm:


Sebab negara dah berpecah la.. lagi unik baju ni. Kalau jual kat market ebay sure mahal lagi di masa akan datang... Rare item.

Kalau dapat jersi betul2 player tu pakai, lagi unik...

Geng, aku tengah tangkap gambar koleksi jersi2 aku.. nanti aku akan post kesemuanya kat sini.. untuk tatapan anda semua... sorrylah, busy sikit sejak akhir2 ni.. janji nak show kat korang hari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 01:20 AM | Show all posts
Originally posted by faiz_azrai at 28-9-2006 06:03 PM


Kalau ko nak, aku leh tolak kat ko.. Geli aku simpan baju ni.. aku kan man utd fan.. hehe



aku pon pk camtuh gak... mat pet nye kejer...
ko nak tolak baper...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 01:41 AM | Show all posts
Originally posted by sesusah jer at 29-9-2006 01:20 AM



aku pon pk camtuh gak... mat pet nye kejer...
ko nak tolak baper...?


Nanti pm aku, kita discuss.. aku tak pentingkan keuntungan..

Baru tadi masa tengok Astro, channel 82... FA Cup best matches... Liverpool vs Portsmouth 1992 FA Cup Semi (kalau tak silap aku). Liverpool time tu pakai baju ni. Aku tengok design dia mmg sebijik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:25 AM | Show all posts
owh ye ke...
aku pon kt opis lg ni...
xsmpat nk jengah Astro lg ni...  hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 02:49 PM | Show all posts
Ok geng.. Akhirnya.. Aku paparkan di sini koleksi-koleksi jersi original yang aku ada....

Sebab banyak sangat gambar aku post, so aku pecah-pecahkan kepada kategori-kategori tertentu:

1. JERSI HOME MANCHESTER UNITED


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1992-1993 & 1993-1994
Jersi ni adalah jersi yang paling aku nak dapatkan... sebab dia adalah jersi pertama home Manchester United yang Cantona pakai. Aku beli dari ebay.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1994-1995 & 1995-1996
Jersi ni lawa gak sebab ada latar belakang gambar old trafford (sebelum ditambah expansion). Kolar dia design macam tu semata-mata kerana Eric Cantona suka lipat kolar dia ke atas. Aku cadang nak pasang nama nombor Cantona 7 (guna design nama nombor lama Umbro) dan badge EPL Champions 1993-1994. Dah order kat Hong Kong, tunggu diaorang pos.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: IRWIN 3 (No Badge)
Season Used: 1994-1995 & 1995-1996
Jersi ini pemberian seseorang dari Manchester. Aku berminat nak jual jersi ini. Kalau ada sesiapa berminat nak beli, PM aku.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1996-1997 & 1997-1998
Jersi ini dipakai Eric Cantona pada musim terakhir di Manchester United (1996-1997). Most United fans claim this is one of the worst home jerseys they had.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1998-1998 & 1999-2000
Jersi favourite aku jugak dan juga jeri favourite most United fans. Why? Sebab United menang treble masa pakai jersi ni. Kolar berzip. Memang canggih dan inovatif.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1997-1998, 1998-1999 & 1999-2000
Jersi ni hanya dipakai United masa lawan dalam UEFA Champions League. Selepas menang Champions League pada 1998-1999, baju ini dijual dengan tulisan embroidery 'UEFA Champions League Winners 1999' dan juga logo bintang pada crest kelab ditambah menjadi dua.


Manufacturer: Nike
Size: XXL
Name/Number/Badge: FERDINAND 6 & UEFA Champions League Badge
Season Used: 2002-2003 & 2003-2004
Jersi ni adalah jersi nike pertama Manchester United. Masa tu Rio pakai no 6 (Blanc pakai no 5). XXL dia besar (tak macam jersi-jersi nike skrg)


Manufacturer: Nike
Size: XXL
Name/Number/Badge: ROONEY 8 & FA Barclays EPL Badge (Replica Size)
Season Used: 2004-2005 & 2005-2006
Jersi ni la masa Rooney first time join Manchester United. Aku ada tunjuk steps camna nak pasang nama nombor kat first page posting topic ni.


Manufacturer: Nike
Size: XXL
Name/Number/Badge: ROONEY 8 & FA Barclays EPL Badge (Player Size)
Season Used: 2006-2007 & 2007-2008
Jersi ni bakal menjadi barang hantaran aku masa kenduri kahwin aku nanti (27 Nov). Aku kena claim kat tunang aku ni... hehehe..

[ Last edited by  faiz_azrai at 29-9-2006 04:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by faiz_azrai at 29-9-2006 02:49 PM
Ok geng.. Akhirnya.. Aku paparkan di sini koleksi-koleksi jersi original yang aku ada....

Sebab banyak sangat gambar aku post, so aku pecah-pecahkan kepada kategori-kategori tertentu:

1. JERS ...


semua size xxl jer... :nyorok:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 03:04 PM | Show all posts
2. JERSI AWAY MANCHESTER UNITED


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1992-1993
Jersi pertama yang dipakai Manchester United pada musim pertama pengenalan English Premier League (1992-1993). First match, United vs Sheffield United. United pakai jersi ni la. Pattern dia menarik, macam harimau..


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: No name/number (setakat ni) & FA Premier League Champions Badge 1993-1994
Season Used: 1993-1994 & 1994-1995
Jersi paling famous di ebay dan di kalangan peminat Manchester United. Dipakai oleh Eric semasa kungfu kick dia. Sekarang aku baru pasang badge dia, tapi aku plan nak pasang nama Cantona 7 kat belakang. Dah order dari Hong Kong dan dalam proses.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1995-1996
Jersi paling glamer sebab dikatakan 'invisible' bila players pakai. Manchester United tak pernah menang bila pakai jersi ni (kecuali semasa lawan Pilihan Selangor di Malaysia tak lama dulu). Dibuang pada second half semasa lawan Southampton (United ketinggalan 3-0 pada first half).


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1996-1997
Jersi ni dijual sebagai pengganti kepada jersi away kelabu United. Sebab sepatutnya jersi kelabu tu digunakan selama 2 musim, maka musim kedua jersi kelabu tu diganti dengan jersi putih ni. Simple tapi smart.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: No name/number & FA Premier League Champions Badge 1996-1997
Season Used: 1997-1998 & 1998-1999
Jersi putih ni dihasilkan sebab ramai United fans nak warna putih dikekalkan sebagai warna away jersey United selepas tragedy baju kelabu Manchester United.


Manufacturer: Umbro
Size: XL
Name/Number/Badge: FAIZ 7 & FA Premier League Champions Badge 2000-2001
Season Used: 1999-2000
Aku minat jersi ni sebab kain dia semacam.. bukan macam kain jersi biasa, tapi berbulu. Dia guna cotton (sportswool). Masa aku pasang nama nombor dulu, memang sangap gila sebab badge champions 1999-2000 dah habis dijual kat al-ikhsan, jadi aku beli je badge champions 2000-2001 (masa tu tak reti nak guna ebay). Antara satu-satunya jersi Man United aku yang bersaiz XL (walaupun XL tapi kain dia boleh kembang sikit sbb guna sportswool).


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: V. NISTELROOY 10 & FA Premier League Champions Badge 2000-2001
Season Used: 2001-2002
Jersi favourite aku jugak. Jersi last Umbro untuk Manchester United. Boleh diterbalikkan dan menjadi warna putih atau emas. Very creative and inovative.

[ Last edited by  faiz_azrai at 29-9-2006 03:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 03:14 PM | Show all posts
3. JERSI THIRD MANCHESTER UNITED


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1992-1993 & 1993-1994
Aku minat jersi ni sebab dia pakai tali kat kolar macam baju home Umbro 1st United dan juga sebab warna hijau kuning dia ikut tradisi (first jersy Manchester United semasa dikenali sebagai Newton Heath adalah berwarna hijau kuning). Cantona pakai jersi ni masa dia skor volley menarik vs Wimbledon masa FA Cup 1993-1994.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1994-1995 & 1995-1996
Semasa jersi ni keluar, menjadi bahan utama berita kat UK. Manchester United didakwa sebagai kelab yang nak rip-off fans dia sebab suka sangat keluar jersi. Jadi bahan jenaka jugak sebab jersi ni seakan-akan jersi Sheffield Wednesday. Baju ini dibuat sempena Kemenangan United pada 1968 European Cup. Tertulis ECF bermaksud European Cup Final serta logo daerah Manchester serta senarai nama-nama pemain United dari dulu hingga waktu tersebut.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1996-1997 & 1997-1998
Simple je. Biru. Tapi menarik. United pakai jersi ni sewaktu menang 3-0 menentang Feyenoord semasa UEFA Champions League 1997-1998.


Manufacturer: Umbro
Size: XL
Name/Number/Badge: FAIZ 7 & FA Premier League Champions Badge 1996-1997
Season Used: 1996-1997 & 1997-1998
Baju ni aku beli masa 1998. Lama dah. Masa tu lah first time berjinak2 nak pasang nama nombor dan badge. Sanggup dari Ipoh naik bas ke KL, cari kedai Al-Ikhsan, pasang badge dan nama pastu balik ke Ipoh naik bas. fuh.... Dulu aku kasi baju ni kat tunang aku. Last2 dia simpan dalam almari je. Aku ambil balik jersi ni, kesian aku tengok kat dia.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1998-1999
Jersi ni special sikit. Sebenarnya pattern baju ini adalah pattern baju training Manchester United. Tapi, jersi ketiga diaorang juga menggunakan pattern sama. Tapi logo Umbro dia berbeza. Bukan logo diamond besar macam kat baju training, tapi logo diamond kecik dan perkataan UMBRO, macam kat jersi home yang berkolar zip tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2006 03:25 PM | Show all posts
4. JERSI GOALKEEPER MANCHESTER UNITED

-> dipakai masa ->
Manufacturer: Umbro
Size: XL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1994-1995 & 1995-1996
Baju goalie ni memang aku suka collect gak, sebab aku memang main posisi goalkeeper bila main futsal atau bola padang besar. Jersi ni dipakai oleh hero aku, Peter Schmeichel masa dia menjaringkan satu-satunya gol dia semasa lawan SC Rotor Volgograd dalam UEFA Cup 1995-1996. Baju ni dipakai masa United memakai jersi home 1994-1996.

-> dipakai masa ->
Manufacturer: Umbro
Size: XL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1993-1994 & 1994-1995
Baju ni dipakai masa United memakai jersi hitam Sharp Viewcam.

-> dipakai masa ->
Manufacturer: Umbro
Size: L
Name/Number/Badge: No Name/Number & FA Premier League Badge (Replica Size)
Season Used: 1995-1996
Baju ni dipakai masa United memakai jersi kelabu Sharp Viewcam.

-> dipakai masa ->
Manufacturer: Umbro
Size: L
Name/Number/Badge: No Name/Number & FA Premier League Badge (Replica Size)
Season Used: 1994-1995 & 1995-1996
Baju ni dipakai masa United memakai jersi third Manchester United 1994-1996

-> dipakai masa ->
Manufacturer: Umbro
Size: L
Name/Number/Badge: SCHMEICHEL 1 & FA Premier League Badge (Replica Size)
Season Used: 1996-1997 & 1997-1998
Baju ni dipakai masa United memakai jersi third Manchester United 1994-1996

[ Last edited by  faiz_azrai at 29-9-2006 03:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 03:40 PM | Show all posts
5. JERSI HOME ENGLAND

Aku ni peminat England kalau international football. Jadi aku ada lah kumpul beberapa jersi England:


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1992-1993 & 1993-1994
Baju ni england pakai masa tak dapat qualify ke World Cup USA 94.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1994-1995 & 1995-1996
Baju ni dipakai England masa Euro 96. Kain dia sebenarnya tebal sikit. Lain sikit kain dia daripada jersi biasa yang tak tebal sangat.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1996-1997 & 1997-1998
Baju ni dipakai England masa France 98. Masa ni la Beckham sepak (atau cuit) kaki Diego Simeone and kena kad merah.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1998-1999 & 1999-2000
Baju ni dipakai masa Euro 2000


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: ROONEY 9 & No Badge
Season Used: 1998-1999 & 1999-2000
Baju ni dipakai masa World Cup 2006 hari tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 03:47 PM | Show all posts
6. JERSI AWAY ENGLAND


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1992-1993 & 1993-1994
Aku Suka Jersi ni.. pattern dia cantik.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1994-1995 & 1995-1996
Jersi ni warna dia macam kelabu sikit, ada orang kata biru pucat. Baju ni dipakai England masa Euro 96 semasa lawan Germany pada semi final.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1996-1997 & 1997-1998
Jersi ni dipakai masa France 98 dan juga Le Tournoi Match in France (masa tu England, France, Itali dan Brazil masuk. Masa tournament ni la Roberto Carlos sepak banana kick yang memperdaya Barthez).


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1998-1999 & 1999-2000
Jersi ni dipakai masa EURO 2000

[ Last edited by  faiz_azrai at 8-10-2006 02:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 04:00 PM | Show all posts
7. JERSI LAIN-LAIN NEGARA/KELAB

Aku juga suka mengumpul jersi yang nampak cantik dan menarik dari Manchester United/England. Tapi aku takkan beli jersi Liverpool, Chelsea, Manchester City dan Arsenal.. paling pantang baju Liverpool. Hehe.. (tapi still sesat sehelai baju Liverpool kat umah aku. tobat aku taknak pakai)

Aku kumpul jersi-jersi ini atas sebab design/pattern dia cantik.


Manufacturer: Umbro
Size: XL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1995-1996 & 1996-1997
Baju away Nottingham Forest.


Manufacturer: Asics
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1993-1994 & 1994-1995
Baju away Newcastle United. Mak aku kata lawa design dia. Kain dia pun lembut semacam.


Manufacturer: Umbro
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1995-1996 & 1996-1997
Baju home FC Celtic. Aku minat design dia dan pattern dia.


Manufacturer: Puma
Size: XL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 1996-1997 & 1997-1998
Baju home Czech Republic. Dipakai masa Euro 96. Tag Puma dalam baju ni dekat kolar dia dah tertanggal, tapi aku jamin memang baju ni ori. Aku beli kat Pertama Kompleks, masa tu harga dia murah giler, RM50 jer. Harga asal RM159.90. Sapa berminat nak beli baju ni, aku leh tolak.


Manufacturer: Adidas
Size: XL
Name/Number/Badge: FAIZ 7
Season Used: 1998-1999 & 1999-2000
Haha.. Baju ni kelakar sikit. Aku pasang nama FAIZ 7 guna nama dan nombor untuk EPL.


Manufacturer: Adidas
Size: XXL
Name/Number/Badge: None
Season Used: 2002-2003 & 2003-2004
Baju home France masa Euro 2004 dulu. Sapa berminat nak beli baju ni, aku leh tolak.

So itulah gambar-gambar koleksi jersi yang aku ada. Kalau sempat, aku nak post gak gambar-gambar jersi yang dulu pernah aku kumpul tapi aku dah jual pada orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.155642 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list