CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

[Penerbit] ** ALAF21 (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 29-7-2011 11:16 AM | Show all posts
Reply 280# asyriqa

lau nk cpt beli onlinela riqa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 11:26 AM | Show all posts
klu beli online novel2 ni mmg x dpt diskaun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:37 AM | Show all posts
Reply 281# reenz013

nyesal giler tak beli online... tak pe la... bertabah jek la kekdahnye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:26 PM | Show all posts
sok nak cari novel terbaru AS kt mph seremban 2...
mintak2 dah sampai kt seremban...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 10:27 PM | Show all posts
ye ye dah dapat beli novel terbaru AS...


asyriqa : cuba cari kt mph...aku cari kt mph seremban tadi banyak giles novel AS...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 02:41 AM | Show all posts
korang, disebabkan aku tak sabar nak tahu kesudahannya, aku bacalah beberapa bab terakhir..ok epy ending...

dan yang paling menariknya adalah kemunculan lukman & farah serta 4 anak mereka dan adam & hawa (tgh peknen kali ke-2) serta anak mereka arissa dalam novel ni...best lagi sebab tiada perubahan pada watak asal novel AS

ok sekarang nak sambung baca dari awal balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2011 10:29 AM | Show all posts
tgh baca uda dan dara..beli smalam kat minerva jln tar..asal nak carik bukan kerana sayang..tp abis...tokey kedai kata tgh re-print..so dlm this week ada lah tuh...nak gi lgk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:11 PM | Show all posts
Trionovel Ogos 2011 + Novel Extra



Harga:RM22.00
Halaman: 536
Penulis: Liyana Zahim

ISBN: 978-983-124-704-4

Sinopsis:

Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangatrapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 02:13 PM | Show all posts
Trionovel Ogos 2011



Harga: RM21.00
Halaman: 528
Penulis: Aini Marisha

ISBN: 978-983-124-692-4

Sinopsis:

‘Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.’

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:14 PM | Show all posts
Trionovel Ogos 2011



Harga:RM21.00
Halaman: 528
Penulis: Mila Yusof

ISBN: 978-983-124-718-1

Sinopsis:

Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:16 PM | Show all posts
Bonus Bulan Ogos



Harga: RM21.00
Halaman: 544
Penulis: Nuriz Aida

ISBN: 978-983-124-587-3

Sinopsis:

Demi insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Namun dia ‘teguh’ kerana ada Aiman, sahabatnya di sisi. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta Balqis berbunga untuk Hafizul. Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Mengapa hati mesti berbohong?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 05:02 PM | Show all posts
dah abes baca uda&dara - aisya sofea
3.5 bintang

banyak yang diketengahkan dalam novel kali ni...dendam masa kecil, ah long, campur tangan keluarga...part campur tangan keluarga tu terus teringkat kisah apek&elia yg hangat di bod gosip skrg ni

paling best adalah kemunculan watak novel lama AS iaitu lukman&farah (jendela hati) serta adam&ain (adan & hawa)
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:55 AM | Show all posts
baru pas baca uda n dara...best
x sangka lukman hafizi bos mar..hehehe

aku geram tol ngn kak yah tu...sibuk sgt ckp pasal amanah....sj bt x fhm yg man tu syg sgt kt mar....last2 bila org tu dh tolong anak dia baru nk minta maaf
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:45 AM | Show all posts
akhirnya baru jek khatam uda dan dara... kesimpulannya sangat best... tak rugi beli... novel triologi ogos tuh semua penulis baru ke... sorang pun tak kenal... sapa2 yang dah beli bolehlah review nnti ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 12:09 PM | Show all posts
jawapan yang pasti - eka fahara
2.9 bintang

bila baca sinopsis, lebih kepada perhubungan cinta antara ariff dan kyra...jadi masa baca kepala aku tertumpu kepada perhubungan diorg berdua...tapi bila kt tengah2 masuk pulak bab ayah dan mak kandung kyra..sinopsis tak terangkan semua
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:18 PM | Show all posts
buku bulan september



Penulis: Zuri Yanie
Harga: 19.90
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-716-7

Sinopsis: BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 03:22 PM | Show all posts
buku bulan september



Penulis: Murni Aqila
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-721-1

Sinopsis: Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.

Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:28 PM | Show all posts
buku bulan september



Penulis: Arfa Ardiya
Harga: RM19.90
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-706-8

Sinopsis: Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambarkan sekeping hati yang dimiliki oleh insan bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya. Selama 29 tahun, dia hidup bagai orang terbuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insan bergelar ibu telah lama mati.

Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jiran telah berjaya membuatkan hati kerikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga berjaya membuatkan Nusrah mengakui cintanya milik lelaki itu. Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah, telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam. Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagiaan orang yang disayangi? Dia rela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:30 PM | Show all posts
bonus buku bulan september



Penulis: Serunai Faqir
Harga: RM15.00
Halaman: 352
ISBN: 978-983-124-719-8

Sinopsis: Kitab itu sudah jatuh ke tangan Namtar! Jin itu kini sangat angkuh dengan kuasa daripada ilmu kitab tersebut. Kerana kuasa kitab itu... makhluk dari alam jin mahu merampasnya daripada Namtar. Marcel dikerah mendapatkan kitab itu. Jika tidak, maut menantinya. Kerana kuasa kitab itu juga... Pakku mahu hak diambil semula sebelum jin ‘menggoncang’ dunia manusia. Lalu dia mengaturkan hala. Tunku, Nik, Hizal, Suraya, Tengku Fauzi, Meor dan Syed disatukan. Mereka bertujuh bergabung. Istana Namtar harus ditempur, demi kitab warisan Laksamana Amar Diraja. Kala mantera alam ghaib ditentang mantera alam nyata, raungan yang kedengaran amat mengerikan. Dan nyawa... nilainya sudah tidak bermakna.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 05:56 PM | Show all posts
wow!!! macam best jek novel2 bulan september nih... sapa2 yang dah baca tuh... harap boleh ler reveal kat sini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.213376 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list