CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

About vc 'VK Lingam': Latest -6 Individu Takkan Disiasat -

[Copy link]
Post time 17-1-2008 09:57 AM | Show all posts
Bekas KSN dulu pun kena panggil nampaknya utk beri keterangan...


BERI KETERANGAN: Samsudin hadir memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Diraja rakaman klip video Lingam, semalam.


Bekas KSN keliru bagaimana Lingam dapat rahsia sulit kerajaan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, tidak tahu bagaimana Datuk VK Lingam mengetahui keputusan sulit kerajaan berhubung pelantikan hakim kerana beliau sendiri tidak mengenali peguam itu.

"Secara jujurnya saya benar-benar tidak tahu. Setahu saya, perkara itu memang sulit kerana ia (komunikasi mengenai pelantikan hakim) hanya diketahui saya dan Perdana Menteri.

"Saya menegaskan bahawa kami (kerajaan) mempunyai tahap keselamatan tinggi untuk memastikan maklumat sulit sentiasa dilindungi. Banyak perkara penting perlu dirahsiakan.

"Dalam hal (Lingam tahu mengenai pelantikan hakim) ini, saya juga keliru," katanya ketika ditanya anggota Suruhanjaya Diraja, Datuk Mahadev Shankar, bagaimana nama dua peguam yang dicadangkan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah kepada Perdana Menteri untuk dilantik sebagai hakim, tetapi tidak diterima Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu, boleh sampai ke pengetahuan Lingam.

Mahadev berkata, berdasarkan keterangan Samsudin, adalah jelas maklumat mengenai keputusan Dr Mahathir menggugurkan nama dua peguam yang dicalonkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi itu, tidak pernah diumumkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2008 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by zamirra at 17-1-2008 09:57 AM
Bekas KSN dulu pun kena panggil nampaknya utk beri keterangan...

http://www.bharian.com.my/Thursd ... 80116230542/mainpix
  BERI KETERANGAN: Samsudin hadir memberi ke ...



Correspondence antara ex-KSN and ex-PM. ex-KSN kata dia tak tahu macamana boleh terdedah....takpa.....kita tanya pulak ex-PM..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 04:25 PM | Show all posts
pung pang pung pang.. last2 lepas pasal evident tak strong.. disebabkan oleh keterreran Mr. Lingam... lawyer yang dia upah pun tunggu instruction dia.. orang dalam video tu "macam" dia... statement berbelit.. in the future ada CCTV pun tak guna...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 09:14 AM | Show all posts
http://www.bharian.com.my/Friday ... 80117223658/mainpix

Dr Mahathir nafi keputusan pelantikan hakim dipengaruhi

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menafikan ada orang lain mempengaruhi keputusannya berhubung urusan pelantikan hakim walaupun beliau mendapat pandangan beberapa pihak lain mengenai perkara itu.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak tahu bagaimana isu sulit berhubung pelantikan hakim boleh diketahui oleh peguam, Datuk VK Lingam sehingga perkara itu dibincangkannya seperti yang dirakam dalam klip video.

Malah, Dr Mahathir memberitahu prosiding siasatan Suruhanjaya Diraja yang masuk hari keempat, di sini, semalam bahawa beliau hanya mengenali Lingam selepas melantiknya sebagai peguam untuk kes saman malu terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menjawab soalan Peguam Pemerhati Majlis Peguam, Christopher Leong, Dr Mahathir menjelaskan beliau tahu mengenai Lingam melalui akhbar dan tidak menafikan mungkin kali pertama menghubungi peguam itu melalui ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

"Beliau masih peguam saya. Saya banyak mendengar dan membaca mengenai Lingam dalam akhbar. Beliau banyak menang kes dan saya andaikan beliau seorang peguam yang bagus.

"Dakwaan (dalam transkrip dan rakaman klip video itu) bahawa Vincent Tan membawa Lingam ke rumah saya beberapa kali adalah tidak benar," kata Dr Mahathir.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 09:14 AM | Show all posts
Menjawab soalan Leong sama ada Lingam tidak pernah ke rumahnya, Dr Mahathir menjawab: "(Beliau datang) selepas saya melantiknya sebagai peguam dan itu pun adalah selepas semua ini (tarikh rakaman)."

Leong: Bolehkah Tun ingat sama ada Tun Dzaiddin (Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah) menyebut mengenai cadangan pelantikan enam hakim ke peringkat Mahkamah Rayuan dalam tempoh itu (rakaman dibuat pada 20 Disember 2001).

Dr Mahathir: Saya tidak ingat.

Leong: Enam nama yang disebut itu memang dilantik Hakim Mahkamah Rayuan pada Jun 2002, iaitu enam bulan selepas perbualan ini dirakam. Setuju tempoh pencalonan dan pelantikan hakim akan mengambil kira-kira tiga atau empat bulan?

Dr Mahathir: Setuju.

Leong: Jadi, sekali lagi nampaknya orang yang dirakam ini mempunyai maklumat yang sepatutnya hanya diketahui Tun dan Ketua Hakim Negara?

Dr Mahathir: Nampaknya begitu.

Leong: Tun tidak tahu bagaimana perkara itu boleh terjadi?

Dr Mahathir: Saya tidak tahu.

Terdahulu, Dr Mahathir mengaku beliau dan Vincent Tan adalah sahabat kerana sudah lama mengenali.

Dalam keterangannya pada awal prosiding, Dr Mahathir memberitahu Suruhanjaya Diraja bahawa beliau mempunyai kuasa mutlak memutuskan pelantikan hakim dan hakim kanan ketika memegang jawatan Perdana Menteri, tanpa dipengaruhi sesiapa.

Beliau bagaimanapun mengakui perlu mengambil kira pandangan dan percakapan orang berhubung calon yang dinamakan untuk jawatan itu termasuk dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis bagi memastikan calon yang dipilihnya tepat, tetapi menegaskan keputusan akhir tetap di tangannya.

"Biasanya saya kena dengar cakap orang. Walaupun saya tidak minta pandangan mereka tapi dalam perbualan dan perjumpaan sosiol ada orang bercakap dan saya ambil kira.

"Saya tidak dipengaruhi secara khusus tetapi seperti saya katakan tadi, saya memang mendengar pandangan secara tidak rasmi dalam perbualan saya sama ada ketika majlis sosiol dan saya ambil kira pandangan ini tapi keputusan akhir saya yang buat.

"Selalunya saya tidak memberi sebarang penjelasan untuk keputusan saya, walaupun kepada Ketua Hakim Negara.

"Saya juga mengambil pandangan termasuk daripada orang yang sudah bersara, yang mungkin lebih kenal calon berkenaan, malah ada kalanya saya bertanya jika perlu," katanya yang memberi keterangan sebagai saksi kelapan prosiding inkuiri itu.

Ketika disoal Leong sama ada beliau ingat sumbernya bagi maklumat mengenai calon hakim, sehingga mampu menyangkal pandangan Ketua Hakim Negara yang lebih arif mengenai kualiti dan peribadi hakim lain, Dr Mahathir memberikan jawapan sama.

Ditanya sama ada Vincent Tan adalah contoh 'maklumat' itu, Dr Mahathir menjawab: "mungkin".

Selain itu, Dr Mahathir juga diminta mengulas mengenai keputusannya menyingkirkan nama dua peguam, Dr Andrew Chew dan Zainudin Ismail, yang dicalonkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Mohamed Dzaiddin.

(Mengikut keterangan sebelum ini, Mohamed Dzaiddin mencadangkan dua peguam itu dijadikan hakim bersama dua pesuruhjaya kehakiman dan bekas Peguam Cara Negara Datuk Heliliah Yusoff. Bagaimanapun, Dr Mahathir menggugurkan nama dua peguam itu sebaliknya bersetuju melantik dua lagi pesuruhjaya kehakiman daripada satu senarai berasingan yang dikemukakan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman)

Menjawab soalan Pegawai Pengendali Timbalan Ketua Bahagian I (Polisi) Jabatan Peguam Negara, Datuk Nordin Hassan, Dr Mahathir sekali lagi mengaku tidak ingat alasan mengapa beliau tidak bersetuju dengan pelantikan dua peguam itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan itu dibuat berdasarkan sebab lain termasuk mengambil kira pandangan pegawai yang lebih mengenali mereka.

Dr Mahathir juga menafikan beliau menghubungi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (ketika itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) memintanya berbincang dengan Tan setiap kali menerima surat pencalonan hakim dari Mohamed Dzaiddin.

Selain itu, Dr Mahathir juga menafikan Tengku Adnan mempunyai akses kepada maklumat sulit berhubung pelantikan hakim walaupun ketika itu bertanggungjawab terhadap hal ehwal undang-undang di Jabatan Perdana Menteri.

"Dokumen sedemikian bukan saja dilihat oleh saya tapi juga jurutaip, setiausaha dan sesiapa saja yang mungkin ternampak dokumen di pejabat saya. Tetapi secara rasminya, beliau (Tengku Adnan) tidak mempunyai akses kepadanya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 10:41 AM | Show all posts
SESUNGGUH TUHAN ITU MAHA KAYA dan MAHA PETUNJUK....benda-benda yang tersembunyi selama ini yang tak diketahui oleh rakyat telah terbongkar satu persatu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2008 10:50 AM | Show all posts
Don be suprise.....

ade ler yg kate nanti.... saya tak kenal lingam...

take cover....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 15-1-2008 11:10 PM
                        Lingam: Kelihatan seperti saya, bunyi macam saya
                        15-01-2008 08:40:11 PM

                                                                          KUALALUMPUR:  "Ia memang kelihatan seperti saya, bunyinya macam saya" Itulah pendirian peguam Datuk V. ...


mebbi saye tengah mabok todi masa tu
itupun jugak yg dikatakan oleh tengku adnan yg disebut namanya banyak kali dlm klip bidyo tersebut
mebbi lingam tengah mabok todi.....lagipun nama saya (tengku adnan) memang org suka nak sebut-sebut..sebab saya gelemer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by MelahJanda at 18-1-2008 10:51 AM


mebbi saye tengah mabok todi masa tu
itupun jugak yg dikatakan oleh tengku adnan yg disebut namanya banyak kali dlm klip bidyo tersebut
mebbi lingam tengah mabok todi.....lagipun nama sa ...



   aku pon dengar depa kate gitu.....

Lingam tgh mabok....    wat a crap..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by Lina66 at 18-1-2008 11:17 AM



   aku pon dengar depa kate gitu.....

Lingam tgh mabok....    wat a crap..


nak lepas kan diri harus la blame org lain..
itu lah standard perngai babi pak2 menteri..mcm tak biasa l apulok
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:30 AM | Show all posts

Reply #95 ashna's post

x masuk akal tullll
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by MelahJanda at 18-1-2008 10:51 AM

mebbi lingam tengah mabok todi.....lagipun nama saya (tengku adnan) memang org suka nak sebut-sebut..sebab saya gelemer...


dlm banyak2 org yg suruhanjaya panggil... aku rasa tg adnan yg plg tak jujur nak jawab soklan... mcm nak cover2...


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by Ha_Neul at 16-1-2008 08:38 AM
then lingam must be the duck


lame duck or dead duck?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by LimpBizkutMerri at 16-1-2008 11:21 AM


lawak tull... boleh siap x mengakuuuu lagi tuu.. padahall yg si businessman tu mengaku mmg lingam... siap ade ade photo lagii.. x kan tammo mengakuuu.. abis yg dlm photo tu sapa... hantu bela ...


itu hantu tengah mabokk kot .      
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:05 PM | Show all posts
macam
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:07 PM | Show all posts
macam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 11:08 PM | Show all posts
macam
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 09:46 PM | Show all posts
sape tengok buletin utama tadi..datuk vk lingam denied he's the man in the vc..despite being named by several witnesses that it's him..he even had the gall to say that the man could be loh mui fah..the businessmen..tapi dlm berita tadi dia kurus byk tak macam dlm vc tu..tapi kalau tengok berita tadi mmg cara dia cakap tu tipikal kap lam ya nun nga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 02:40 AM | Show all posts
[quote]Lingam kata kawan beritahunya beliau suka cakap mengarut bila minum wain21/01/2008 7:01pm

KUALA LUMPUR 21 Jan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 02:56 AM | Show all posts
takkan tak paham kot kalau dah kaki putar belit sekaum dgn sami belu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.397816 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list