CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

  [Copy link]
 Author| Post time 14-3-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
[LIVE] Usul tergempar menggesa kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan Parlimen Pasir Gudang susulan pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 sesi petang 13 Mac 2019.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak saman kerajaan sekali sebab gagal ambil tindakan secepat mungkin? Mcm Fukushima..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
C&P

Alhamdulillah, Mereka telah datang membantu.

CBRNC - Nuclear, Biological, Radiological & Chemical Army Centre ataupun
PNBRK TD - Pusat Nuklear, Biologi, Radiologi & Kimia Tentera Darat di bawah Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di Markas 3 Divisyen, Kem Terendak Melaka telah diaturgerakkan bagi membantu mangsa dalam kejadian pencemaran bahan kimia di sekitar kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.

Kewujudan unit ini adalah dimana Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berpengalaman melalui pelbagai misi bersama-sama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menghadapi ancaman Nukluer, Biologi, Radiologi dan Kimia semasa di dalam situasi peperangan moden (Modern Warfare) di abad ini dan berharap TDM memiliki sebuah unit yang berkemampuan untuk menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap Sedia Tentera Darat dibawah kelolaan Kor RAJD.

"Pasukan ini menerima pengiktirafan dari pihak PBB dan diterima serta layak untuk menyertai misi dan siapsedia diatur gerakkan ke luar negara," - Menurut Mantan Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Datuk Sri Zulkiple bin Kassim.

Hanya terdapat sebuah Unit sahaja bagi Tentera Darat di Malaysia seumpamanya dan mempunyai kepakara 'mencuci' atau 'mengnyah chemicals / bahan nuklear' yang terkena tubuh manusia/kawasan.

Semoga dipermudah segala kerja-kerja operasi membantu mangsa bencana pencemaran kimia di Pasir Gudang khususnya Taman Pasir Putih.

Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan kerja-kerja mereka agar bumi Pasir Gudang khasnya dan Malaysia amnya terhindar dari pencemaran dan musibah yang melanda. Aamiin. "Pray For Pasir Gudang"

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MMlava replied at 13-3-2019 11:16 PM
apa ni???

apa teruk sangat ph ni????????

That means nothing was done since it was first discovered. This is beyond stupid. Kecuaian ini patut dipertanggungjawabkan. Pihak berkenaan sila letak jawatan diatas kegagalan anda untuk bertindak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi foto

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi foto

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:25 PM | Show all posts
Ya Allah sedihnya. Pray for PG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja juga berhak menjauhi bahaya atau aktiviti kerja seperti yang termaktub dalam Konvensyen 155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa: Kementerian Sumber Manusia
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
So tak isytihar pun darurat?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:36 PM | Show all posts
shara154 replied at 14-3-2019 05:35 PM
So tak isytihar pun darurat?

nope..tgok sampai abes xde pun
tggu meeting kabinet esok plak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
C1k_J4h replied at 14-3-2019 05:36 PM
nope..tgok sampai abes xde pun
tggu meeting kabinet esok plak

Bahas pun tak guna.
Nak tunggu mati baru nak declare agaknya.
Org JB dah dpt bau2 esp waktu awal pagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
boboiyot replied at 13-3-2019 11:46 PM
Suh mb tu minum air sungai tu.....pastu bwk family dia sedut udara kat situ....baru ada akai....

suh dia turun pdg la g korek chemical tu wat keje2 pmbersihan.. haa time tu ko nk amik gambar ke selpie bgai ke xde sape nk mrh.. ada brani?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:45 PM | Show all posts
shara154 replied at 14-3-2019 05:40 PM
Bahas pun tak guna.
Nak tunggu mati baru nak declare agaknya.
Org JB dah dpt bau2 esp waktu awa ...

payah xde update latest skrg da merebak ke mana
harapkan sosial media ja share dpd kwan2 fb

jaga2 u..kalau ada simptom segera ke hospital
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Doe @ Jas
.
Sedap nama tu.. 10 tahun yg lepas puas aku membela nasib sungai kim2, masa tu tiada lagi sistem aduan melalui laman web kecuali menggunakan email. Didalam email pelbagai luahan aku coretkan sampai lah dpt berjumpa dgn pengawainya. Apa yg anda katakan pada aku waktu itu kenapa tk mengikut saluran yg betul, mana taknya aku tanya korang tk jawab jadi aku terus ke hq putrajaya. Last2 aku pula yg rasa bersalah..
.
Semua maklumat aku dh bg lengkap pada waktu itu termasuklah kesan sagnifikan terhadap manusia dan hidupan laut. Bagi aku apa yg berlaku skrg adalah disebabkan sikap yg tidak proaktif dari badan yg bertanggung jawab. Skrg korang blh saksikan sendiri apa yg terjadi di sungai kim2 serta tahap pencemarannya.
.
Bahan buangan terjadual tu bang kena dispose kat kualiti alam.. SW tu bermaksud schedule waste, dulu tk jadi skrg baru jadi sbb berlakunya tindak balas bahan kimia. Org yg buang tu dah tentu tk tau dan sbb diaorg pun kuli yg mungkin buta kayu, tp yg tau pun buat tak tau.. Dulu aku bg tau sbb aku tau yg korang tkde kesedaran sampai ketahap ini, sbb korang tak duduk sini dan tak nampak perubahan dia..
.
Apapun tahniah kpd yg terlibat waktu tu, skrg cubalah buat sesuatu kot2 masih belum terlambat.. Ntah berapa tan ada dlm sungai tu maklumla 10 tahun nya cerita. Hidupan marin pun masih ok lagi kat sana masih ramai katanya.. Dah jd mcm Bhopal Disaster baru blh dijadikan cth sejarah alam sekitar dimasa akan dtg.. Aku blh cerita lebih panjang dan lebih bnyak fakta tp cukup setakat ini utk korang sedar, kata org jgn keruhkan lagi keadaan dan  safety reason..
.
.
#NelayanTua
#RuatDerhaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
imogenBones replied at 14-3-2019 05:20 PM
That means nothing was done since it was first discovered. This is beyond stupid. Kecuaian ini pat ...

Kalau ikutkan benda ni dah lamakan? Kesannya baru sekarang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
THE UNTOLD STORY OF HER

Beberapa tahun lalu, masa saya di pajabat lama, saya dapat tahu banyak sangat2 kemasukan sisa ke Malaysia dari negara yang kedudukannya sekangkang kera dengan kita. Tapi tak ada rekod dan tak ada orang kisah. Tak ada siapa jejak ke mana lori2 sisa tu bawa muatan mereka.

Tapi adalah seorang pegawai yang juga sahabat saya dari agensi yang bertanggungjawab memantau kualiti alam sekitar di Malaysia ni. Beliau sangat proaktif dan bertanggungjawab. Dengan kuasa yang beliau ada masa tu, beliau cuba jejak serta kacau usaha kemasukan sisa ni ke Malaysia. Dalam masa yang sama, kami di pejabat cuba berbincang dengan negara jiran tu untuk bekerjasama dan minta bantuan mereka sekat/ alert kita tentang perkara ini sebelum lori2 tu masuk ke sempadan negara kita. Saya yang pernah berada di meja rundingan masa tu pun terasa susahnya nak dapatkan kerjasama jiran kita ni. Yelah, siapa yang nak simpan sampah kat negara sendiri? Lagipun lori2 tu bukan diorang punya. Kau yang import, kau ambillah. Apesal nak susahkan aku pula, kan?

Balik pada kisah kawan saya tadi, maka banyaklah cerita2 dan keluhan yang beliau kongsi dengan saya sepanjang tempoh perjuangannya. Antaranya lori2 tu declare jenis sisa lain dalam dokumen, tapi bila selongkar2, dia bawa masuk sampah jenis lain termasuklah yang mengandungi bahan berbahaya dan bahan elektronik. Kemasukan tayar pun banyak sangat. Yang bestnya, bila beliau tanya pemandu lori tu, katanya dia hanya bawa saja, tak tahu nak hantar mana dan siapa punya barang. Pelik kan?

Kawan saya tu punyalah bengang, beliau sampai naik lori ikut ke mana driver tu nak hantar sampah2 tu. Sedihnya, ada yang hantar di tanah kosong belakang rumah orang di kampung2, ada hantar ke rumah orang persendirian, ada hantar ke bengkel2 kecil dan macam2 lagilah. Licik mereka ni tau. Tapi kawan saya ni pun tak kurang hebatnya. Beliau punya gengster tu lain macam. Takut abang2 lori ni...

Tapi masa tu, kawan saya ni sorang je yang proaktif dan sungguh2 nak melindungi negara dari aktiviti sebegini. Support system dia kurang. Termasuklah masalah kekangan sumber manusia di agensinya. Tapi beliau cerdik. Beliau cuba dapatkan bantuan kawan2 dari agensi lain yang jaga border untuk alert beliau kalau ada kemasukan lori yang disyaki. Maklumlah beliau seorang perempuan dan takkanlah beliau nak tercongok di pintu masuk tu 24 jam sorang2 setiap hari. Jadi kawan2 beliau dari agensi lain2 ni pun tolonglah... usaha makin berhasil. Jumlah kemasukan lori mula berkurangan untuk beberapa ketika...

Lepas tu suatu hari, kawan saya ni mesej bagitahu yang dirinya dan kawan2 dari agensi lain yang sama membantu dalam operasi mencegah penyeludupan sisa ini dapat arahan bertulis yang membawa maksud 'jangan ganggu' kerja2 itu lagi dari orang yang lebih berkuasa dari mereka. Beliau bengang sangat2 tapi, nak buat macamana? Beliau bukan orang awam yang boleh menjerit marah2. Beliau adalah penjawat awam yang tertakluk dengan pelbagai peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa dan harus menjaga imej baik Kerajaan. Dia hampir putus asa dan minta ditukarkan. Namun permohonannya tidak berjaya.

Jadi, kawan saya tiada pilihan, tetap teruskan usahanya. Cuma sebab  kerja seorang, beliau tak akan mampu buat semua seperti dulu lagi. Walaupun ada kuasa, kuasanya terhad. Jadi beliau buat apa yang terdaya sajalah... sekurang2nya dari banyak2 tu, beliau dapat heret salah satu syarikat pengimport sisa secara haram ke mahkamah (akhirnya disabitkan bersalah).

Dan selepas beberapa ketika, beliau mesej saya lagi bagitahu yang beliau pun tiba2 mendapat arahan bertukar bertugas ke tempat lain. Keluar dari negeri itu. Dan beliau yakin semuanya ada kaitan dengan apa yang dilakukan di sempadan negara. Maka lepas itu, tiadalah siapa lagi yang lebih peduli pasal isu itu seperti dirinya. Dan selepas saya meninggalkan pejabat lama, saya turut dimaklumkan yang agenda kerjasama dengan jiran sekangkang kera itu pun dan 'underrated and dissolved' begitu sahaja...

Itu cerita beberapa tahun lepas lah... masa tu kita yang terlibat ni dah nampak natijah perbuatan ini kalau tak dibendung dan dikawal. Tapi bila kita bising, orang marah kata kita menyibuk dan cuba kacau sumber pendapatan orang lain. Saya selalu bagitau, kita ni bukan nak kacau orang cari duit dengan memproses sisa2 tu, kita cuma nak pastikan ia diproses ikut peraturan dan tak cemarkan alam sekitar yang boleh memberi mudharat pada kesihatan awam. Kita pun nak pastikan sisa2 itu dilupus dengan betul dan kalau nak dieksport ke luar selepas diproses, kita mesti pastikan dia betul2 eksport. Kita tak mahu Malaysia jadi 'dumping ground'. Ramai sangat kapitalis yang suka ambil kesempatan atas kelemahan kita. Jadi kena berhati2lah. Tapi zaman tu kalau kita buat benda betul tapi tak selari dengan kehendak para pemegang kuasa, kita bukan saja tidak dihargai malah dihukum pula. Begitulah kisahnya.

Dan saya tetap salute usaha keras sahabat saya masa tu. Tak ramai penjawat awam macam beliau yang sanggup berkorban segala daya untuk lindungi negara walau beliau hanya pegawai kecil dan kadang2 tak mampu nak buat semua dengan kuasa yang terhad. For me, she is the unsung hero. Walaupun ditekan segenap penjuru, beliau dah cuba lakukan sedaya upayanya. Semoga Allah lindungi sahabat saya ini walau di mana2 dia berada.

Kenapa saya tiba2 kongsi kisah ni sekarang? Hrm... tak payah jawablah. Korang mesti dah tahu, kenapa.

Apa yang berlaku hari ini di sebuah negeri itu bukan berlaku tiba2. Hrm... ada kaitan ke dengan cerita saya ni? Mungkin ada, mungkin juga tiada. Biarlah pihak berkuasa melakukan kerja mereka. Tapi jujurnya, pada saya, ia adalah bom masa yang telah meletup kerana kealpaan ramai manusia meletakkan nafsu mendahului segala2nya. Negara? Tak apa, bukan kerja aku, orang lain kan ada untuk jaga, kan?

Adakah kawan saya tu marah dan kesal dengan apa yang berlaku? Saya rasa beliau dah tak marah dan tak kesal. Sebab beliau tahu, dulu beliau dah cuba buat sehabis daya dengan tangan (kuasa) dan mulut (suara). Kini masanya untuk beliau gunakan hati (berdoa).

Saya berharap, biarpun keadaan sekarang amat membimbangkan, kita perlu ambil pengajaran dan pemerintahan sekarang harus terus utuh menangani isu ini dengan lebih berkesan di masa2 akan datang. Biarlah orang kata cuci tahi pun, asalkan jangan sama2 terperangkap dan meneruskan legasi buruk yang ditinggalkan. Ya, memang pengusaha itu salah, tapi janganlah kita lupa, ramai juga pihak lain yang ada 'share' masing2 dalam tragedi kali ini.

And again, this is my story of her- to be told to the world.

Wallahua'lam.

~tulisan ini adalah perkongsian pengalaman penulis semata2. Bukan ditulis untuk memburukkan mana2 pihak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Murid, pelajar terjejas dapat pampasan
KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 6:05 PM

Dr Maszlee ketika sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

Murid dikumpulkan dalam dewan sementara menunggu keluarga datang untuk membawa pulang, di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Pasir Gudang, semalam. - NSTP/Zain Ahmed
KUALA LUMPUR: Murid dan pelajar yang terjejas dan dimasukkan ke hospital kesan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor akan memperoleh pampasan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata pampasan itu akan diperoleh menerusi tuntutan perlindungan insurans Takaful Malaysia yang diberikan kepada setiap pelajar terbabit.

"Kementerian akan membantu murid mengemukakan tuntutan terus ke cawangan Takaful Malaysia berdekatan. Maknanya mereka dijamin dengan pampasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab sesi pembentangan usul khas bagi pengisytiharan darurat kawasan Pasir Gudang, Johor di Dewan Rakyat, hari ini.

Maszlee berkata, setakat ini sebanyak 111 sekolah di daerah itu diarah ditutup sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Katanya, kementerian juga mengarahkan tiga institut pendidikan ditutup sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan pelajar terkesan dengan pencemaran toksik itu.

"Kita ada dua institusi di bawah kementerian iaitu UiTM Pasir Gudang, politeknik dan kolej komuniti... ketiga-tiga ini kita sudah diarah tutup," katanya.

Beliau berkata, seramai 336 murid sudah menerima rawatan iaitu 188 sebagai pesakit luar sementara 148 murid dimasukkan ke wad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja-kerja pembersihan sedang rancak dijalankan. Insya Allah. Sama-sama usaha demi penduduk Pasir Gudang. Doakan yg terbaik utk Pasir Gudang..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Legasi zaman pemerintahan terdahulu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.128726 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list