CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???

[Copy link]
 Author| Post time 3-5-2012 10:00 AM | Show all posts
bila masuk bab politik pkr umno pas abis la...  go no where
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 11:45 AM | Show all posts
Bandingan politik Syria dgn lokal,
jln terbaik nk lihat apa yg benar² berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 01:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 3-5-2012 15:24
Gambar video... gambar video... dari TV Syria....siapa yang verify gambar tu? Dah berapa bulan dah berita tu....
   
Kata-kata yang diakui oleh keluarganya tu dari sumber mana? Kau dah selidik?mnm77 Post at 3-5-2012 09:34


Kalau nak sahihkan perkara yang kita tak boleh pi secara fizikal ke tempat tu untuk lihat sendiri dengan mata kepala sendiri maka kita kena guna akal fikiran yang berpandukan petunjuk ilahi .

So macamana nak tahu dengan pasti betul ka idak zainab yang muncul di stesyen tv syria itu ... dengan guna akal fikiran pun dah boleh faham dah, tak susah pun haih.

Aku nak tanya kat kau, kalau kau di interview oleh memana stesyen tv kat M'sia ni, lalu rancangan interview dengan kau yang tentunya agak lama tempoh siarannya tu di siarkan ke seluruh M'sia dengan quality siarannya bukan macam video cctv youtube yang kabur segala tu tapi terang jelas sekali  , kemudian kaum keluarga kau boleh lihat kau kat siaran tv tu , keluarga kau boleh kenal kau ke idak ?

Gaya kau bertutur, suara kau , rupa paras kau , cara kau senyum , cara kau berbual, renungan mata kau... bukankah kaum keluarga kau akan mengenali kau instantly dengan meneliti diri kau kat tv tu ?

Geez orang yang hanya muncul kat tv secara candid aje pun untuk beberapa saat saja dah boleh riuh satu kampung habih semua orang pakat2 kenal !

" Tu dia ayah aku muncul kat tv semalam hang tau dak dalam rancangan jalan2 cari makan , dia tengah dok makan kat kedai waktu tu"  adala dalam beberapa saat aje camera terfokus kat ayah dia habih riuh satu kampung di canangnya .

Stesyen tv syria tu apabila menyiarkan rancangan interview tu mestilah di pancarkan keseluruh syria lalu semua orang yang mengenali si zainab tu pastilah instantly akan kenal identiti dia lah .

Sebab tu Amnesty sahkan melalui keluarga dia berita tu kerana kaum keluarga dia PASTI akan dapat mengenali dia dengan mudah ,  lalu apabila kaum keluarga dia mengakui itu memang dia pun lalu mereka pun keluarkan press statement untuk tarik balik berita mengenai kematian dia yang mereka dah siarkan sebelum ni tu !

Sebab tu kalau kau pi cari kat seluruh internet pun tak dak sapa yang NAFIkan bahwa memang zainab yang muncul kat tv tu . Semua blog dan website yang memperkatakan mengenai kes si zainab ni mengakui memang dia yang muncul kat tv pun.
  
Tapi delegasi ulama tu ternyata tak peduli nak sahihkan pun perkara ni , main sebar aje . Sebab apa ? Sebab Allah nak tunjukkan pada manusia yang dok puja ulama bahwa ulama akhir zaman ni hanya manusia biasa yang boleh saja dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan, yang boleh menjual agama untuk kepentingan dunia yang sedikit .
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 01:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 3-5-2012 14:25

Al Quran dan Hadis2 Nabi pun Allah suruh sahihkan dengan akal fikiran lah yang dipandukan petunjukNya , kerana bukannya kita boleh pi jumpa Allah dan Nabi secara personally untuk tanya sendiri secara berdepan .

Gitu jugaklah nak sahihkan apa-apa maklumat yang kita tak boleh pi sendiri kat sumber maklumat tu untuk tengok dengan mata kepala sendiri benar atau idak, maka kita kena guna akal fikiran lah untuk berfikir secara logik berpandukan petunjuk ilahi. Dalam Islam ia dipanggil ilmu mantiq .
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 04:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 10-5-2012 18:24
Kalau nak sahihkan perkara yang kita tak boleh pi secara fizikal ke tempat tu untuk lihat sendiri dengan mata kepala sendiri maka kita kena guna akal fikiran yang berpandukan petunjuk ilahi .

So macamana nak tahu dengan pasti betul ka idak zainab yang muncul di stesyen tv syria itu ... dengan guna akal fikiran pun dah boleh faham dah, tak susah pun haih.
blastoff Post at 3-5-2012 13:23


Nak guna akal sahaja tanpa kesaksian orang yang dipercayai pun tak boleh juga, sebab video pun dikatakan boleh dipalsukan, atau video tu betul tapi dah dipalsukan tarikh. Kalau video Zainab dari TV Syria tu kau terima, mahukah kau terima juga video yang dikeluarkan oleh keluarga Zainab sendiri, yang mempertikaikan tindakan kerajaan Syria?

Akhirnya berbalik kepada SUMBER mana yang dipercayai

Aku nak tanya kat kau, kalau kau di interview oleh memana stesyen tv kat M'sia ni, lalu rancangan interview dengan kau yang tentunya agak lama tempoh siarannya tu di siarkan ke seluruh M'sia dengan quality siarannya bukan macam video cctv youtube yang kabur segala tu tapi terang jelas sekali  , kemudian kaum keluarga kau boleh lihat kau kat siaran tv tu , keluarga kau boleh kenal kau ke idak ?

Gaya kau bertutur, suara kau , rupa paras kau , cara kau senyum , cara kau berbual, renungan mata kau... bukankah kaum keluarga kau akan mengenali kau instantly dengan meneliti diri kau kat tv tu ?


Sumber yang sampai kepada kita belum jelas. Setakat ni saya percaya yang Ulama Syria bukan buat fitnah, tetapi kesilapan mungkin boleh berlaku berpunca dari sumber keluarga Zainab sendiri, yang mana dikatakan ibunya sendiri membuat pengecaman mayat Zainab. Namun, kat mana silapnya masih belum jelas.

Persoalan yang timbul sekarang ni, kalau benar Zainab masih hidup dan seperti yang ditunjukkan oleh media kerajaan Syria, bermakna Zainab memang berada dalam TAHANAN KERAJAAN SYRIA. Kalau dia belum mati, bersyukurlah, bukan nak buat fitnah lagi, tapi kita tak tahu situasi sebenar.

Persoalannya siapa pula yang dikebumikan oleh keluarga Zainab? Ibunya sendiri percaya anaknya Zainab dah mati, bukan siapa-siapa orang luar yang buat fitnah.

Kalau ibunya silap, keluarga dah silap, tentu mereka ada hak untuk tahu apa yang sebenar.

Ni video dari keluarga Zainab sendiri (bukan bukti mutlak, perlu disahkan jika ingin dijadikan sumber sokongan):
http://www.youtube.com/watch?v=roMyPXX2bmo&feature=youtu.be
http://www.youtube.com/watch?fea ... 1&v=GwxrQiLVjiE

Dalam video tu menyatakan mayat Zainab diambil dari Hospital Tentera. Pengesahan oleh hospital tu... (minit 3.24 video kedua) taktaulah siapa yang tipu... Hospital Tentera (kerajaan Syria) .... atau keluarga Zainab....

Nak percaya yang mana pun susah. Akhirnya berbalik kepada SUMBER yang dipercayai....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 04:13 PM | Show all posts
Al Quran dan Hadis2 Nabi pun Allah suruh sahihkan dengan akal fikiran lah yang dipandukan petunjukNya , kerana bukannya kita boleh pi jumpa Allah dan Nabi secara personally untuk tanya sendiri secara berdepan .

Gitu jugaklah nak sahihkan apa-apa maklumat yang kita tak boleh pi sendiri kat sumber maklumat tu untuk tengok dengan mata kepala sendiri benar atau idak, maka kita kena guna akal fikiran lah untuk berfikir secara logik berpandukan petunjuk ilahi. Dalam Islam ia dipanggil ilmu mantiq .
blastoff Post at 3-5-2012 13:35


Ok ni topik yang menarik, dan akan sampai kepada perbincangan isu SUMBER yang dipercayai dalam hal AGAMA.

Bagaimana Al-Quran dan hadith disahihkan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2012 03:17 AM | Show all posts
Terlalu mudah mengalih pandangan dunia kpd
isu yg remeh hanya utk menyembunyikn agenda sebenar.
Setiap peristiwa diguna sebaiknya wlpn dgn bukti yg kabur,
spy pengamal penyiaran berkejar² kpd isu yg lbh besar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 10:36 AM | Show all posts
mak ai... panjang berjela dah korang besilat ni... aku tak tau ujung pangkal
kupia Post at 3-5-2012 09:57


Hujung belum jelas lagi, tapi pangkal dah ada, di page 1

Bagaimana dari sumber Ulama/Ustaz/Internet/Kawan.... yang anda percaya berkaitan isu Syria ni? Boleh kongsi kat sini..... sekadar perkongsian (bukan menyebelahi mana-mana pihak)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 06:28 AM | Show all posts
Data berdasarkan fakta, auta pn bole juge...

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 06:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by Dzulqarnain at 7-5-2012 06:38

Double post...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 01:32 PM | Show all posts
Firman Allah:


Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat,
atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat;
yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab.
(Al-Israa' 17:58)
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 07:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 07:38
Saya lebih percaya sumber Ulama dan keluarga Zainab itu sendiri, berbanding sumber TV Syria dan HRW.
mnm77 Post at 2-5-2012 09:28

I'M BACKKKK .   Kerja luar sibuk sangat sampai tak dapat jenguk forum . Ok , sambung .


Info mengenai zainab yang keluar dari persidangan ulama kat UPM tu adalah apa yang tertera kat bawah ni aje :

" 7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. "

So tak ada pun kat dalam info ini apa-apa kenyataan yang datangnya direct dari keluarga zainab sendiri .

Segala info mengenai keluarga zainab atau apa yang di ucapkan oleh keluarga zainab hanya kita tahu dari website media yang bukan bersumberkan ulama tapi bersumberkan wartawan2 yang berlainan agama mereka .

Jadi apabila kau kata kau lebih percayakan keluarga zainab tentunya kau tidak dapat tidak terpaksa rely kat website media untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang di ucap/buat oleh keluarga zainab kerana sumber ulama tak provide kat kau info tu pun .

Jadi dalam masa kau kondem aku kerana rely kat website media untuk dapat info, tapi kau tak amalkan pun apa yang kau preach kerana kau pun rely kat website media jugak .... adakah apabila kau buat maka ia jadi betul tapi apabila aku buat maka ia jadi salah ? Kenapa lagu tu plak ? Apa yang menyebabkan website media yang kau rely tu lebih boleh di percayai dari tv syria dan HRW ? Sila terangkanlah sebabnya .

See apa yang kau suruh aku buat yakni rely kat sumber ulama dengan menolak sumber lain adalah tak praktikal kerana jelas sekali kau sendiri tak dapat mengamalkannya pun . Kau sendiri terpaksa refer kat sumber lain untuk dig out more info apabila sumber ulama tak boleh provide maklumat terperinci mengenai zainab dan keluarganya !

Preach what you can practice only la, kang jadi cakap tak serupa bikin, kondem orang tapi diri sendiri pun buat gak !
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 08:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 08:03
Persoalan yang timbul sekarang ni, kalau benar Zainab masih hidup dan seperti yang ditunjukkan oleh media kerajaan Syria, bermakna Zainab memang berada dalam TAHANAN KERAJAAN SYRIA. Kalau dia belum mati, bersyukurlah, bukan nak buat fitnah lagi, tapi kita tak tahu situasi sebenar.
mnm77 Post at 3-5-2012 16:08


Sakata kau dan aku tak tahu kat mana zainab sekarang berada bermakna kerajaan syria tahan dia lah ? Apa jenih logik plak tu ? Kenapa kerajaan syria nak tahan dia ? Untuk apa ?  Apa manfaat yang kerajaan syria boleh raih dengan menahan dia indefinitely plak ? Buat tanggung reba aje .

Adakah zainab perlu bagitahu kat satu dunia kat mana address latest dia baru bermakna dia tak ada dalam tahanan kerajaan syria ?

Kan dia dah kata dia melarikan diri dari keluarga dia kerana abangnya abusive , jadi dia tak nak di temui oleh keluarganya lah so buat apa lah dia nak bagitahu kat mana exact address dia plak untuk membolehkan keluarganya pi cari dia ... its dangerous and risky untuk dia nyatakan kat mana exactly dia berada kerana mungkin saja ada pihak yang nak dia betul2 mati setelah mereka menfitnah dia mati sebelum ni kan , jadi mereka boleh senang2 pi bunuh dia kalau mereka tahu kat mana dia berada plak .
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 08:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 09:02
Ni video dari keluarga Zainab sendiri (bukan bukti mutlak, perlu disahkan jika ingin dijadikan sumber sokongan):
http://www.youtube.com/watch?v=roMyPXX2bmo&feature=youtu.be
http://www.youtube.com/watch?fea ... 1&v=GwxrQiLVjiE
mnm77 Post at 3-5-2012 16:08


video yang pertama : syriandream
video yang kedua : journeyman.tv

So kedua2 video dirakam oleh siapa ? Ulama? Glamournya nama ulama2 ni naaa .   Siapa yang mengendalikan syriandream dan journeyman.tv nih ? Tak di ketahui pun siapa dan beragama apa mereka, tapi boleh pulak kau gunanya untuk pertikai apa yang aku katakan ... tapi kalau aku nak pertikai tobby kau kata aku nak kena percaya dulu apa yang aku lampirkan tu dan aku nak kena guna sumber ulama aje plak ........so kau memang dah percaya dulu lah kan video2 tu sebab tu kau lampirkannya kat sini , tak gitu , practice what you preach hah ?

Macam mana kau tahu ia video keluarga zainab sendiri ? Semata2 kerana orang dalam video tu mengaku dia keluarga zainab tak semestinya ia betul2 keluarga zainab kan ? Sapa yang boleh sahkan bahwa yang dalam video tu betul2 keluarga zainab ?  So nak sahkan video2 ni lagu mana ? Habaq mai sat .
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 09:10
Persoalannya siapa pula yang dikebumikan oleh keluarga Zainab? Ibunya sendiri percaya anaknya Zainab dah mati, bukan siapa-siapa orang luar yang buat fitnah.

mnm77 Post at 3-5-2012 16:08


Nak identify mayat yang dah tak ada rupa orang tak sama lah dengan nak identify rupa paras manusia yang di interview kat tv tengah dok sembang elok pun , tak gitu ?

Mak dia dikatakan identify mayat yang dikatakan di kerat -kerat 4 dengan muka yang dah terbakar hingga tak dikenali lagi dah lagu mana rupa parasnya ... so logiknya pakar forensik pun tak mampu nak identify mayat yang lagu tu keadaannya secara tepat dan jitu , melainkan nak kena check DNA dulu  .

So apabila mak dia kata dia dapat kenali mayat anaknya yang dah tak ada rupa tu memang boleh disangsikan lah kebolehan mak dia tu kan . Boleh trauma wooo tengok mayat yang dikerat2 dengan muka terbakar semua cukup gitu , so macam mana la nak boleh identify mayat kalau tengah dok trauma plak ?   

Kalau keluarga dia kata mereka boleh identify gadis yang di interview kat tv tu logik lah untuk kita percaya pengakuan mereka kerana gadis tu muncul lengkap seperti manusia, ini kalau dah tinggal anggota badan berkerat2 dengan muka habis terbakar hingga tak ada rupa paras langsung maka tak logiklah untuk kita percaya sesiapa pun boleh identify mayat tu tanpa check DNA plak kan .

It comes down to logic lah jugak , logik yang berpandukan petunjuk Ilahi .


Kalau ibunya silap, keluarga dah silap, tentu mereka ada hak untuk tahu apa yang sebenar.
mnm77 Post at 3-5-2012 16:08


Kena buat DNA check lah dan kena ada padanannya pulak untuk tahu siapa mayat yang dah di kebumikan tu , yang memberi makna kena ada database DNA semua penduduk syria untuk di compare DNA mayat tu dengan DNA seluruh rakyat syria untuk tahu dia mai dari keluarga mana sebenarnya .

Mana ada satu2 negara yang punya DNA database untuk semua rakyatnya plak ! So dok imply seolah2 kerajaan syria boleh tahu dengan pasti siapa sebenarnya mayat tu memang tak logik lah, sebab macamana depa nak check plak ?

Kat negara barat sendiri banyak unsolved murders , mayat dikerat2 di jumpai tapi sampai kesut tak boleh tahu siapa pembunuhnya....

... tengok kes the rippers atau memana kes serial killers kat US pun cukuplah untuk faham bukannya senang nak kenali mayat yang di kerat2 atau nak kenali siapa pembunuhnya . Ambil masa bertahun tawww . So nak expect kerajaan syria boleh tau la la tu jugak siapa mayat di kerat2 tu memang tak logik laaa sesangat !
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:02 AM | Show all posts
I'M BACKKKK .   Kerja luar sibuk sangat sampai tak dapat jenguk forum .  Ok , sambung .

blastoff Post at 17-5-2012 07:33


Oh saya juga SIBUK.... saya cuba jelaskan seringkas yg mungkin

Jadi dalam masa kau kondem aku kerana rely kat website media untuk dapat info, tapi kau tak amalkan pun apa yang kau preach kerana kau pun rely kat website media jugak .... adakah apabila kau buat maka ia jadi betul tapi apabila aku buat maka ia jadi salah ? Kenapa lagu tu plak ? Apa yang menyebabkan website media yang kau rely tu lebih boleh di percayai dari tv syria dan HRW ? Sila terangkanlah sebabnya .

See apa yang kau suruh aku buat yakni rely kat sumber ulama dengan menolak sumber lain adalah tak praktikal kerana jelas sekali kau sendiri tak dapat mengamalkannya pun . Kau sendiri terpaksa refer kat sumber lain untuk dig out more info apabila sumber ulama tak boleh provide maklumat terperinci mengenai zainab dan keluarganya !

Preach what you can practice only la, kang jadi cakap tak serupa bikin, kondem orang tapi diri sendiri pun buat gak !


YOU DON'T GET MY POINT!!! READ CAREFULLY

Akhirnya berbalik kepada SUMBER yang dipercayai....

Sumber youtube yang saya bagi tu saya dah JELASKAN:
(bukan bukti mutlak, perlu disahkan jika ingin dijadikan sumber sokongan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 09:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-5-2012 09:14
Sakata kau dan aku tak tahu kat mana zainab sekarang berada bermakna kerajaan syria tahan dia lah ? Apa jenih logik plak tu ? Kenapa kerajaan syria nak tahan dia ? Untuk apa ?  Apa manfaat yang kerajaan syria boleh raih dengan menahan dia indefinitely plak ? Buat tanggung reba aje .

Adakah zainab perlu bagitahu kat satu dunia kat mana address latest dia baru bermakna dia tak ada dalam tahanan kerajaan syria ?
blastoff Post at 17-5-2012 08:00


YA. Kita kena tahu DI MANA ZAINAB ketika ini untuk memastikan bahawa MEMANG DIA tidak dibunuh, dan juga untuk ULAMA buat pembetulan jika benar keluarga Zainab sendiri SAHKAN yang memang ZAINAB masih hidup.

JUGA kau kata Ulama kena minta maaf kepada Zainab, sebab kau tuduh Ulama BUAT FITNAH. Bagaimana nak minta maaf kalau orangnya pun DAH GHAIB tak muncul-muncul?

Setakat ni dari sumber media, video Zainab muncul dalam TV Syria diakui oleh keluarga Zainab, NAMUN TIDAK DISAHKAN yang dia masih hidup. Penipuan boleh berlaku.

Kan dia dah kata dia melarikan diri dari keluarga dia kerana abangnya abusive , jadi dia tak nak di temui oleh keluarganya lah so buat apa lah dia nak bagitahu kat mana exact address dia plak untuk membolehkan keluarganya pi cari dia ... its dangerous and risky untuk dia nyatakan kat mana exactly dia berada kerana mungkin saja ada pihak yang nak dia betul2 mati setelah mereka menfitnah dia mati sebelum ni kan , jadi mereka boleh senang2 pi bunuh dia kalau mereka tahu kat mana dia berada plak .


Peliknya, keluarga Zainab menafikan dakwaan tersebut. Kalau video dari keluarga Zainab dikatakan palsu, kenapa video dari TV Syria tak palsu?
Peliknya, TIADA lagi video Zainab yang muncul dah berbulan-bulan lamanya.

Siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku terhadap Zainab?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:12 AM | Show all posts
video yang pertama : syriandream
video yang kedua : journeyman.tv

So kedua2 video dirakam oleh siapa ? Ulama? Glamournya nama ulama2 ni naaa .   Siapa yang mengendalikan syriandream dan journeyman.tv nih ? Tak di ketahui pun siapa dan beragama apa mereka, tapi boleh pulak kau gunanya untuk pertikai apa yang aku katakan ... tapi kalau aku nak pertikai tobby kau kata aku nak kena percaya dulu apa yang aku lampirkan tu, so kau memang dah percaya dulu lah kan video2 tu sebab tu kau lampirkannya kat sini , tak gitu , practice what you preach hah ?

Macam mana kau tahu ia video keluarga zainab sendiri ? Semata2 kerana orang dalam video tu mengaku dia keluarga zainab tak semestinya ia betul2 keluarga zainab kan ? Sapa yang boleh sahkan bahwa yang dalam video tu betul2 keluarga zainab ?  So nak sahkan video2 ni lagu mana ? Habaq mai sat .
blastoff Post at 17-5-2012 08:34


Saya tak kata pun video tu dari Ulama. Amboi.... takkan yang tu pun tak faham kot!

Semua bukti video perlukan PENGESAHAN. Samada dari keluarga Zainab, ataupun dari TV Syria.

Persoalan ini berbalik kepada SUMBER MANA YANG LEBIH DIPERCAYAI.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 09:17

Macam mana nak tahu bahwa kes zainab yang diperkatakan di persidangan ulama ni memang jelas fitnah yang di sebarkan secara intentionally ? Kerana dia dikatakan hampir2 diperkosa oleh askar tentera syria sebelum mereka bunuh dia .....macam mana mereka yakni para ulama tu boleh  tahu dia hampir2 di perkosa sebelum matinya sedangkan mak dia sendiri mengaku dia cuma jumpa mayat berkerat yang dah tak ada rupa orang, maka siapa pun tak boleh tahu dengan pasti apa yang berlaku sebelum kematian mayat tu lah  !

So dengan menyatakan dia hampir2 di perkosa jelas memperlihatkan tuduhan sembrono tanpa bukti langsung ! Itu jelas fitnah yang sengaja di sebarkan lah .
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:18 AM | Show all posts
It comes down to logic lah jugak , logik yang berpandukan petunjuk Ilahi .
blastoff Post at 17-5-2012 08:59


KAT mana yang berpandukan petunjuk Ilahi tu? Sumber HRW tu termasuk kah?

Kena buat DNA check lah dan kena ada padanannya pulak untuk tahu siapa mayat yang dah di kebumikan tu , yang memberi makna kena ada database DNA semua penduduk syria untuk di compare DNA mayat tu dengan DNA seluruh rakyat syria untuk tahu dia mai dari keluarga mana sebenarnya . Mana ada satu2 negara yang punya DNA database untuk semua rakyatnya plak ! So dok imply seolah2 kerajaan syria boleh tahu dengan pasti siapa sebenarnya mayat tu memang tak logik lah, sebab macamana depa nak check plak ?


Satu cara bukti saintifik, korek kubur tu test DNA sepadan tak dengan DNA ahli keluarga. Pihak yang neutral yang patut sahkan, sebab ahli keluarga Zainab dah jadi pelarian.

Kalau tak dapat bukti secara saintifik TANPA PENIPUAN, maka BERBALIK kepada SUMBER MANA YANG DIPERCAYAI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.342960 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list