CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: bluezink

[2016] THE MERMAID [STEPHEN CHOW'S FILM]

[Copy link]
Post time 24-2-2016 10:47 AM | Show all posts
AnBulisia replied at 16-2-2016 04:28 PM
jalan cerita ok
CGI tak ok sangat
babak cium terlalu lama, mengjengkelkan

haah lama benor.... bengang aku dibuatnya



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 10:49 AM | Show all posts
encik sotong kurita tu handsome la.... body tough... i like
p/s
kenapa i tengok semalam harga tiket RM 19 ?? mahal giler.... aku tengok The Revenant sehari sebelumnya tiket RM 12 je.... terkejut masa bayar



Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 01:11 PM | Show all posts

Apakah pengajaran <The Mermaid> kepada kita?
"Jilakau dunia ini tiada lagi setitis air yang bersih, atau udara yang bersih untuk sehembus nafas, apakah yang engkau ingin lakukan?"

Asingkan sampah dengan kaedah yang inovatif, jimat dan berkesan
Asingkan Sampah dengan bijak


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 10:22 AM | Show all posts
cerita ni best.. mengekek jgkla aku ketawa. pastu aku ngn suami jer melayu dlm panggung
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgok cite ni smlm.aku bdua je dgn kawan aku melayu yg lain cina.n full seat ok.bes cite ni.lawak sgt.mmg x borink lgsung.tbaik nk bg 4 stgh bintang.part kising tu yg rase x perlu.x sesuai la untuk kanak2 dan org2 single ye.part kurita tu lawak gile.the best movie.nk beli cd nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kelakar. Mengekek dok ketawa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2016 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols baru layan film ni kt astro first
Ms kuar kt wayang itu hari takde kesempatan nak gi tgk sbb kt offshore ms tu
Overall....cite ni best
Tp lg best kali stephen chow belakon skali
Dr fight back to school smpi ke kung fu hustle sume best
Tp mermaid ni mcm kureng sket walau best n klakor
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 09:46 AM | Show all posts
Edited by cik_sssara at 24-8-2016 09:49 AM

Baru ada kesempatan tengok cerita ni.

Ringkasan:

Tentang komuniti ikan duyung yang mendiami sebuah kepulauan (The Green Gulf) yang terpencil sedang diancam kepupusan dek pembangunan. Teknologi sonar yang digunakan untuk menghalau hidupan laut disekitar pulau ini amat berbahayas ehinggakan boleh membawa kepada kematian. Komuniti ikan duyung ini terpaksa berlindung didalam sebuah kapal buruk yang terdampar di tepi pulau ini. Mereka telah bersepakat untuk membalas dendam ke atas manusia, dengan membunuh Liu (hartawan pemilik pulau ni). Mereka memilih untuk menghantar Shan, seorang gadis yang dianggap paling cantik dikalangan mereka untuk memikat Liu lalu membunuhnya.

Namunapa yang berlaku – Liu yang pada awalnya sekadar ingin menggunakan Shan dengan niat supaya Ruolan (rakan kongsinya) cemburu namun beliau telah jatuh hati pada Shan. Shan seorang wanita lurus, Liu mengintainya kerana kejujurannya yang tidak pandang pada wang ringgit. Semasa Liu mendapati bahawa Shan tu rupa-rupanya seekor duyung, dia panik dan menceritakan penemuanya itu namun semua tak percaya. Kecuali Ruolan, wanita ini merupakan rakan kongsinya, tapi mempunyai niat jahat. Ruolan percaya Liu benar-benar bertemu komuniti duyung, lalu terus menghantar pekerjanya pergi ke tempat persembunyian duyung itu. Babak ni memang sedih, banyak duyung dicederakan dengan kejam. Hampir kalah, namun muncul lah nenek duyung. Nenek ini bertindak sebagai duyung terhormat, paling tua dikalangan mereka. Nenek duyung mempunyai ekor yang sangat besar. Sekali libas semua tewas. Liu akhirnya sedar bahawa dia sudah tersilap langkah – lalu dengan segera cuba selamatkan Shan. Setelah bertarung dah reban hampir mati, Shan berjaya diselamatkan oleh Liu. Ruolan pula ditangkap polis. Liu berkahwin dengan Shan dan tinggal bersama-sama di rumah agam Liu, ditepi laut.

Mesej cerita ni, untuk menunjukkan betapa manusia sangat tamak dengan kekayaan tanpa peduli hidupan semulajadi yang tak ternilai. Mungkin Stephen Chow nak sindir bangsa dia sendiri yang suka bunuh & siksa binatang eksotik untuk jual.

Antara part kelakar:


  • Masa pameran muzium eksotik. Tauke ni tipu orang – dia buat sendiri barang2 pameran tu. Cicak tokek tu dia kata Dinosaur. Bila orang tanya, dia dengan confident cakap dia guna teknologi canggih shrink dinosaur tu kalau tak mana boleh muat bilik pameran tu. Pastu anjing pulak dia cat, kata tu Panthera Tigris. Bongok betul, kesian anjing comel dengan muka tak bersalah tu.

  • Masa Shan datang pejabat Liu, nak bunuh dia. Macam2 cara dia nak bunuh, tapi sudahnya semua kena kat dia balik. Memang tak tahan ketawa part ni.

  • Masa polis soal siat Liu tengah bagi keterangan lepas jumpa duyung tu. Polis ni pun bangang tak sudah, lukis ikan duyung pun macam2 bentuk, satu pun tak betul.


Suka sangat cerita Stephen Chow, ada identiti sendiri. Memang menggambarkan kehidupan selamba diorang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.082707 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list