CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???

[Copy link]
Post time 17-5-2012 09:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-5-2012 09:22
Al Quran dan Hadis2 Nabi pun Allah suruh sahihkan dengan akal fikiran lah yang dipandukan petunjukNya , kerana bukannya kita boleh pi jumpa Allah dan Nabi secara personally untuk tanya sendiri secara berdepan .

Gitu jugaklah nak sahihkan apa-apa maklumat yang kita tak boleh pi sendiri kat sumber maklumat tu untuk tengok dengan mata kepala sendiri benar atau idak, maka kita kena guna akal fikiran lah untuk berfikir secara logik berpandukan petunjuk ilahi. Dalam Islam ia dipanggil ilmu mantiq .
blastoff Post at 3-5-2012 13:35


Persoalan ni sangat BAIK dan akan sampai kepada perbincangan isu SUMBER yang dipercayai dalam hal AGAMA.

Bagaimana Al-Quran dan hadith disahihkan?

Jika blastoff dapat jawab, maka akan selsesai SUMBER MANA YANG DIPERCAYAI dalam isu membabitkan AGAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 12:04
Setakat ni dari sumber media, video Zainab muncul dalam TV Syria diakui oleh keluarga Zainab, NAMUN TIDAK DISAHKAN yang dia masih hidup. Penipuan boleh berlaku.
mnm77 Post at 17-5-2012 09:07


penipuan macamana tu ?   

Dah di sahkan oleh keluarga dia yang memang dia yang di interview kat tv syria tu , so maknanya dia tak mati sebelum tu lah seperti yang didakwa mereka . Samada sekarang ni as in at this very moment dia masih hidup atau tidak bukan kita manusia yang tentukan kematiannya atau hidupnya tapi Allah so serah kat Allah lah samada sekarang dia hidup atau tidak !

Yang diperbincangkan kat sini adalah dia pernah di katakan mati secara kerat 4 kerana dikatakan di bunuh askar syria dengan muka terbakar habis bla bla bla tapi dah terbukti itu tuduhan tak benar terhadapnya dan itu pun tuduhan tak benar terhadap askar syria gak sebab tak dak bukti kukuh langsung !
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 10:22 AM | Show all posts
Satu cara bukti saintifik, korek kubur tu test DNA sepadan tak dengan DNA ahli keluarga. Pihak yang neutral yang patut sahkan, sebab ahli keluarga Zainab dah jadi pelarian.
mnm77 Post at 17-5-2012 09:18


Oh well , tanpa apa-apa bukti saintifik pun boleh pulak persidangan ulama pooojaaan hati kau tu buat kesimpulan bahwa askar syria yang bunuh dia setelah mereka hampir2 nak perkosa dia .... mana ada bukti saintifik pun yang boleh support tuduhan gini tapi kau terima bulat2 aje tuduhan gini plak tanpa banyak soal ! Kenapa ? Hanya kerana yang buat kesimpulan gitu adalah ulama maka mesti betul lah walau tanpa bukti saintifik sekalipun ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 10:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 10:57

Let me remind you again that this statement came from the persidangan kat UPM tu hokkay , so kau terima bulat2 kan kerana ia datangnya dari ulama kan kan kan .

==================================================
" 7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. "
==================================================


So sekarang dah jelaslah kan dan kau sendiripun akui kepentingan untuk check DNA untuk kenalpasti mayat tu.

Bahwa tanpa check DNA mayat tu maka nak kenal pasti mayat tu pun jadi impossible, dan tak ada DNA yang boleh sahkan bahwa seseorang itu hampir diperkosa !

DNA perogol hanya boleh di kesan dalam kes betul2 di perkosa sekiranya terdapat air mani perogol pada vagina mangsa, kalau hampir2 perkosa ni maknanya kejadian rogol tu tak betul2 berlaku lagi so nak check DNA lagu mana plak apabila kejadian rogol tak berlaku pun!

So sekarang dah jelas ulama kat persidangan tu penyebar fitnah kerana mayat tu tak dikenalpasti lagi kerana tiada DNA check yang dilakukan dan tiada DNA check langsung yang boleh di buat untuk membuktikan bahwa seseorang itu hampir2 di perkosa .

Inikan pulak kalau nak tahu dengan pasti bahwa askar syria yang nak perkosa dia tu maka lagi lagi lah mission impossible jawabnya kerana tak ada bukti beb , tapi itu yang di sebarkan oleh ulama pooojaaan hati kau tu , tanpa bukti kukuh depa sebarkan aje maka jelas penyebar fitnah lah mereka itu walaupun mereka bergelar ulama !
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 11:21
KAT mana yang berpandukan petunjuk Ilahi tu? Sumber HRW tu termasuk kah?
mnm77 Post at 17-5-2012 09:18

Penggunaan akal dengan cara yang betul datangnya dari siapa kalau bukan dari Allah petunjuknya ? Apa-apa saja yang benar yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang boleh di fikirkan oleh akal memana manusiapun samada kafir atau Islam bukankah dari Allah kerana segala kebenaran adalah dari Allah jua ?

Adakah apa saja yang di paparkan oleh orang2 kafir semuanya palsu belaka dan unreliable totally pada kau ? Adakah itu pandangan kau bahwa orang2 kafir tak mampu untuk bercakap benar langsung sehingga apa saja dari mereka totally kena di reject 100% ? Kenapa yang kau anti sangat dengan syria tv dan HRW ? Boleh perjelaskan kenapa ?

Soalan2 menjana minda.

Pada pandangan aku semua manusia mampu cakap benar dan mampu cakap bohong serta mampu sebar fitnah tak kiralah ulama ka, HRW ka, syria tv ka , jouneyman.tv ka , syriandream ka , keluarga zainab ka , zainab sendiri ka , aku ka , kau ka etc etc etc . melainkan nabi dan rasul aje .

Kita ada akal maka guna akal untuk verify maklumat mana pun lah . Bagaimana cara nak guna akal secara betul maka kena minta pertolongan Allah kerana Allah lah yang berkuasa menunjukkan pada manusia cara betul untuk guna akal .
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 11:55
Bagaimana Al-Quran dan hadith disahihkan?

Jika blastoff dapat jawab, maka akan selsesai SUMBER MANA YANG DIPERCAYAI dalam isu membabitkan AGAMAmnm77 Post at 17-5-2012 09:20


Al Quran dan Sunnah Nabi di sahkan oleh Allah sendiri akan kesahihannya sebab tu ia boleh jadi sahih , Allah jamin maka sahihlah ia . Manakala taurat, injil, zabur tidak ada dalam jaminan Allah akan kesahihannya sebab tu manusia boleh ubah sewenang2nya kitab2 nih sehingga ia jadi dah tak sahih lagi dah .

Dalam ayat2 Al Quran sendiri terdapat maklumat mengenai kesahihan ayat-ayat Al Quran , dan dalam ayat2 Al Quran juga terdapat maklumat mengenai kesahihan Sunnah Nabi, tapi manusia kena guna akallah untuk memahami maklumat2 yang terdapat dalam ayat2 Al Quran yang berbentuk clue . Di sinilah pentingnya penggunaan akal yang betul untuk verify apa-apa perkara pun .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2012 01:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 17-5-2012 13:12

Kalut sungguh sunni nih..meh aku bacakan sebuah hadis saheh sunni korang untuk di jadikan pedoman buat sunni-sunni di sini dan di syria sana...

صحيح مسلم , كتاب الإمارة , باب وجوب ملازمة جماعة المسلمين عند ظهور الفتن

وَحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ سَهْلِ بْنِ عَسْكَرٍ التَّمِيمِيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَسَّانَ ح وَحَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدَّارِمِيُّ أَخْبَرَنَا يَحْيَى وَهُوَ ابْنُ حَسَّانَ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ يَعْنِي ابْنَ سَلَّامٍ حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ سَلَّامٍ عَنْ أَبِي سَلَّامٍ قَالَ قَالَ حُذَيْفَةُ بْنُ الْيَمَانِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا بِشَرٍّ فَجَاءَ اللَّهُ بِخَيْرٍ فَنَحْنُ فِيهِ فَهَلْ مِنْ وَرَاءِ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ هَلْ وَرَاءَ ذَلِكَ الشَّرِّ خَيْرٌ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ فَهَلْ وَرَاءَ ذَلِكَ الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ كَيْفَ قَالَ يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ

Telah menceritakan kepadaku Muhammad Ibnu Sahl bin 'Askar At Tamimi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Hasan. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abdurrahman Ad Darimi telah mengabarkan kepada kami Yahya -yaitu Ibnu Hassan- telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah -yaitu Ibnu Salam- telah menceritakan kepada kami Zaid bin Sallam dari Abu Sallam dia berkata;

Hudzaifah bin Yaman berkata, Saya bertanya, Wahai Rasulullah, dahulu saya berada dalam kejahatan, kemudian Allah menurunkan kebaikan (agama Islam) kepada kami, apakah setelah kebaikan ini timbul lagi kejatahan? beliau menjawab: Ya. Saya bertanya lagi, Apakah setelah kejahatan tersebut akan timbul lagi kebaikan? beliau menjawab: Ya. Saya bertanya lagi, Apakah setelah kebaikan ini timbul lagi kejahatan? beliau menjawab: Ya. Aku bertanya, Bagaimana hal itu? beliau menjawab: Setelahku nanti akan ada pemimpin yang memimpin tidak dengan petunjukku dan mengambil sunah bukan dari sunahku, lalu akan datang beberapa laki-laki yang hati mereka sebagaimana hatinya setan dalam rupa manusia.

Hudzaifah berkata; Bagaimanakah yang akan kulakukan, Wahai Rasulullah, jika aku menemui akan demikian itu?

Beliau menjawab: Dengar dan taatlah kepada pemimpin, walaupun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka dengarlah dan taatlah.

http://hadith.al-islam.com/Page.aspx?pageid=192&TOCID=861&BookID=25&PID=3507


So, sunni-sunni di syria tiada pilihan lain kecuali mengamalkan ajaran hadis di atas yakni dengar & taat kepada basyar al-assad dan nasehatku kepada sunni-sunni kat sini pula, tak payahlah nak kecoh-kecoh urusan negara orang lain..cubalah contohi golongan sunni salafi di arab saudi yang sentiasa mendengar & taat kepada raja saudi walaupun kerajaan saudi jelas sedang berwalikan kerajaan amerika syarikat...

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:21 PM | Show all posts
Reply 387# Isyroqiyyin


   Sungguh sarkastik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 01:35 PM | Show all posts

Sunnah Nabi di sahkan oleh Allah sendiri akan kesahihannya sebab tu ia boleh jadi sahih


Wakakak..ku ingatkan selama nih imam-imam hadis yang sahehkan..rupanya ALLAH yang sahehkan...menarik juga idea nih...so, kalau hadis da'if & palsu, siapa pulak yang klasifikasikan? Allah jugak ke? heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:37 PM | Show all posts

Sungguh sarkastik


Jangan banyak soal...dengar & taat

u nih anti hadis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:43 PM | Show all posts
Jangan banyak soal...dengar & taat

u nih anti hadis ke?
Isyroqiyyin Post at 17-5-2012 13:37

Tiada ketaatan pada pemimpin dalam perkara maksiat dan dosa .

"Setiap muslim dituntut mendengar dan mentaati pemimpin dalam perkara yang mereka suka ataupun benci melainkan jika disuruh melakukan maksiat. Pada masa ini tidak ada lagi tuntutan supaya mendengar dan taat." Hadis Riwayat Sahih Muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:49 PM | Show all posts
beliau menjawab: Setelahku nanti akan ada pemimpin yang memimpin tidak dengan petunjukku dan mengambil sunah bukan dari sunahku, lalu akan datang beberapa laki-laki yang hati mereka sebagaimana hatinya setan dalam rupa manusia.

Hudzaifah berkata; Bagaimanakah yang akan kulakukan, Wahai Rasulullah, jika aku menemui akan demikian itu?

Beliau menjawab: Dengar dan taatlah kepada pemimpin, walaupun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka dengarlah dan taatlah.
Isyroqiyyin Post at 17-5-2012 13:04


Pemimpin itu melakukan dosa terhadap kita yakni dengan merampas harta kita atau memukul belakang kita , tapi pemimpin tu tak mengajak kita untuk ikut lakukan dosa dan maksiat bersama dengannya , so kita masih perlu taat dan patuh pada pemimpin yang buat dosa kat kita tapi kita tak boleh taat kat pemimpin yang mengajak kita untuk buat dosa bersama dengannya .

So kau kena faham hadis ni dan hadis atas yang aku bagi tu sekali gus baru pemahaman kau jadi betul ok  .
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:52 PM | Show all posts

Tiada ketaatan pada pemimpin dalam perkara maksiat dan dosa .

"Setiap muslim dituntut mendengar dan mentaati pemimpin dalam perkara yang mereka suka ataupun benci melainkan jika disuruh melakukan maksiat. Pada masa ini tidak ada lagi tuntutan supaya mendengar dan taat." Hadis Riwayat Sahih Muslim.



Hudzaifah berkata; Bagaimanakah yang akan kulakukan, Wahai Rasulullah, jika aku menemui akan demikian itu?

Beliau menjawab: Dengar dan taatlah kepada pemimpin, walaupun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka dengarlah dan taatlah.

http://hadith.al-islam.com/Page. ... &BookID=25&PID=3507


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا  4:82
4:82. Maka apakah mereka tidak merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada sisi selain Allah, nescaya mereka telah mendapati di dalamnya banyak perselisihan

Benar, selain AlQuran, pasti terdapat percanggahan & perselisehan yang banyak di dalamnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:55 PM | Show all posts
Wakakak..ku ingatkan selama nih imam-imam hadis yang sahehkan..rupanya ALLAH yang sahehkan...menarik juga idea nih...so, kalau hadis da'if & palsu, siapa pulak yang klasifikasikan? Allah jugak ke? heheh...Isyroqiyyin Post at 17-5-2012 13:35


Dalam thread babi tu dah jelas dah bahwa Nabi dan pengikutnya bukan robot, so pasti sentiasa ada soal jawab antara Nabi dan pengikutnya untuk mereka mendapat pemahaman yang lebih jitu mengenai suruhan dan larangan agama , jadi wujudnya hadis2 Nabi adalah agar manusia di zaman sesudah kematian Nabi dapat menikmati sama penjelasan yang jitu dan menyeluruh seperti mana yang di perolehi oleh para pengikut Nabi yang dapat bersama dengannya untuk bertanya terus itu ini padanya ketika hidupnya  .
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:59 PM | Show all posts

Pemimpin itu melakukan dosa terhadap kita yakni dengan merampas harta kita atau memukul belakang kita , tapi pemimpin tu tak mengajak kita untuk ikut lakukan dosa dan maksiat bersama dengannya , so kita masih perlu taat dan patuh pada pemimpin yang buat dosa kat kita tapi kita tak boleh taat kat pemimpin yang mengajak kita untuk buat dosa bersama dengannya .


قَالَ يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ
beliau menjawab: Setelahku nanti akan ada pemimpin yang memimpin tidak dengan petunjukku dan mengambil sunah bukan dari sunahku, lalu akan datang beberapa laki-laki yang hati mereka sebagaimana hatinya setan dalam rupa manusia.

Syaitan kerjanya mengajak orang jadi berdosa & sesat kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 14:02

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).


Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al- Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.";-
(Riwayat Abu Daud).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 02:03 PM | Show all posts

Dalam thread babi tu dah jelas dah bahwa Nabi dan pengikutnya bukan robot, so pasti sentiasa ada soal jawab antara Nabi dan pengikutnya untuk mereka mendapat pemahaman yang lebih jitu mengenai suruhan dan larangan agama , jadi wujudnya hadis2 Nabi adalah agar manusia di zaman sesudah kematian Nabi dapat menikmati sama penjelasan yang jitu dan menyeluruh seperti mana yang di perolehi oleh para pengikut Nabi yang dapat bersama dengannya untuk bertanya terus itu ini padanya ketika hidupnya  .


Kalau ikut Quran, bani israel suka merincikan hukum agama seperti kesah lembu betina...benda senang jer, sembelih lembu, tapi banyak songel lak...maka agama pun jadi susah nak di amalkan sebab manusia selalu sangka perintah Tuhan tu tak terperinci, perlu di perincikan lebih mendalam, baru boleh di amalkan, begitulah sangkaan sesetengah manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 02:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 17-5-2012 14:06
قَالَ يَكُونُ ب ...

Setelahku nanti akan ada pemimpin yang memimpin tidak dengan petunjukku dan mengambil sunah bukan dari sunahku, lalu akan datang beberapa laki-laki yang hati mereka sebagaimana hatinya setan dalam rupa manusia.

Syaitan kerjanya mengajak orang jadi berdosa & sesat kan...
Isyroqiyyin Post at 17-5-2012 13:59


pemimpin tu tak sama dengan beberapa laki2 tu, yang di suruh taat adalah pada pemimpin tu bukannya pada beberapa lelaki yang hatinya setan dalam rupa manusia tu. Kau kena tahu beza lah antara pemimpin dan beberapa lelaki yang di sebut nabi tu .
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 02:12 PM | Show all posts

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).


Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al- Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.";-
(Riwayat Abu Daud).



Nabi SAW bersabda:
قَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تُسْأَلُونَ عَنِّي /
Sungguh telah ku tinggalkan kepada kalian, apa yang tidak sekali-kali kalian akan sesat sesudah nya, jika kalian berpegang teguh kepadanya, yaitu Kitab Allah (Al Qur`an sahaja). Dan kalian semua akan ditanya daripada ku,


صحيح مسلم  كتاب الحج  باب حجة النبي صلى الله عليه وسلم
http://hadith.al-islam.com/Page. ... ID=25&TOCID=534


Umar RA berkata:  
حسبنا كتاب الله / Cukuplah bagi kita Kitab Allah (AlQuran sahaja)

صحيح مسلم  كتاب الوصية  باب ترك الوصية لمن ليس له شيء يوصي فيه
http://hadith.al-islam.com/Page. ... kID=25&PID=3163
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 02:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 17-5-2012 19:33

pemimpin tu tak sama dengan beberapa laki2 tu, yang di suruh taat adalah pada pemimpin tu bukannya pada beberapa lelaki yang hatinya setan dalam rupa manusia tu. Kau kena tahu beza lah antara pemimpin dan beberapa lelaki yang di sebut nabi tu .


Pemimpin tuh dari kalangan lelaki setan tu la.. bacalah hadis tuh betul-betul..


يَكُونُ بَعْدِي
Setelahku nanti

أَئِمَّةٌ
akan ada pemimpin-pemimpin

لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ
yang mereka tidak memimpin dengan petunjukku

وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي
dan mereka tidak bersunah dengan sunahku,

وَسَيَقُومُ فِيهِمْ
dan akan bangkit dari kalangan mereka itu ( pemimpin-pemimpin itu)

رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ
laki-laki yang hati mereka itu hati setan di dalam jasmani manusia.


nah, bacalah  betul-betul...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.538713 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list