CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MissLibra

Golf

[Copy link]
Post time 6-2-2008 06:29 AM | Show all posts
Bintang dunia sertai Terbuka Malaysia

PETALING JAYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2008 11:24 PM | Show all posts
kroit baru belajar main golf neh.. 1st time main, sampai tergeliat, nasib baik pakcik reti betulkan balik urat lari tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 06:50 AM | Show all posts

Reply #622 kroit92's post

aik.. ko main golf pun leh tergeliat.. tang mana...bahu ko ke... tangan ko ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 06:51 AM | Show all posts
Miyazato idam 54 bawah par 72


Ai Miyazato.

GOLD COAST, Australia
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 02:48 AM | Show all posts
Patahkan 7 driver sebelum mahir golf

Oleh: FERZALFIE FAUZI

AKSI garangnya di atas padang pasti diingati peminat sukan, khususnya sukan hoki. Siapa tidak kenal dengan bekas ketua pasukan hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin dengan aksinya yang keras dan tidak henti-henti memberi arahan kepada anak buahnya.

Kini Nor Saiful sudah bersara dari sukan tersebut, selepas tiga kali mewakili negara dalam Sukan Olimpik dia sudah beralih arah ke sukan golf, sukan yang masih menggunakan sebatang kayu dan sebiji bola sama seperti hoki.

憫Selepas kali terakhir bermain dengan kelab TNB pada tahun 2004, saya sudah menggantung kayu hoki dan sekarang beralih ke sukan golf sebagai hobi hujung minggu,拻 katanya yang ditemui di Kelab Golf Danau di Bangi baru-baru ini.

Nor Saiful yang berusia 42 tahun mula berjinak dengan sukan golf kira-kira tiga tahun lepas dan sekarang memiliki handikap sembilan. Di juga menganggap golf tiada bezanya dengan hoki yang memerlukan pukulan yang kuat.

憫Terus terang saya katakan pengalaman bermain hoki diterap masuk ke permainan golf dan apabila saya sudah mendalami sukan ini ternyata ia amat menyeronokkan,拻 kata Nor Saiful.

Bagaimanapun di awal permulaannya untuk bermain sukan yang berasal dari Scotland ini, Nor Saiful pernah mematahkan tujuh driver atau kayu golf untuk pukulan jauh.

憫Pengalaman mematahkan tujuh driver pada dua bulan pertama, ketika mula berjinak dengan sukan golf ini memang amat melucukan, apabila saya hendak melakukan pukulan jauh ia terkena pada bahagian tengah kayu tersebut menyebabkan driver saya patah.

憫Tetapi selepas mempelajari teknik sebenar memukul bola golf, saya sudah mahir dan perkara tersebut tidak berlaku lagi sehingga hari ini,拻 kata Nor Saiful yang berasal dari Chemor, Perak.

Bapa kepada lima orang anak ini memiliki set golf jenis Titleist 695 dan tidak berhasrat untuk menjadikan sukan golf ini sebagai karier utamanya, sebaliknya hanya mengisi masa lapang tetapi serius ketika berlatih atau bermain bersama rakan-rakan.

Jelasnya dalam banyak-banyak kelab golf yang pernah dikunjunginya Kelab Golf Saujana di Subang merupakan kelab golf yang paling diminatinya kerana lapangan di situ begitu menarik dan mencabar.

憫Saya juga pernah menyertai banyak kejohanan golf dan antara kejohanan saya tidak boleh lupakan ialah Kejohanan Terbuka Giant pada tahun 2007 di Palm Garden Golf Club, Putrajaya, di mana saya bermain dengan pemain profesional dari Australia,拻 jelas Nor Saiful.

Menurut Nor Saiful, ramai juga antara pemain hoki kebangsaan yang sudah berjinak dengan sukan golf antaranya K. Gobinathan, Mazli Ikmar, K. Rajan dan S. Sivabalan.

Ditanya mengenai tahap sukan golf di Malaysia, Nor Saiful berkata, tahap pemain golf tempatan kurang menyerlah berbanding negara Asia yang lain seperti Korea Selatan dan Thailand.

揑ni disebabkan cabaran persaingan yang agak kurang sehingga menyebabkan peningkatan diri sendiri tidak begitu baik.

揗alah usaha membangunkan sukan ini pada peringkat akar umbi juga kurang memberangsangkan selain masalah penajaan yang agak 憀iat
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 07:15 PM | Show all posts
Els tersingkir, Woods mara

MARANA (Arizona): Ernie Els adalah nama besar tersingkir awal ketika juara dua kali, Tiger Woods berjaya menyelamatkan diri dalam cabaran Kejohanan Golf WGC-Accenture, kelmarin.

Woods bangkit daripada ketinggalan tiga mata dengan baki lubang permainan untuk menang tipis ke atas rakan senegara dari Amerika Syarikat, JB Holmes tetapi pemain pilihan keempat Els tewas perkiraan 6 dan 5 kepada Johnathan Byrd. Ia adalah kali kelima dia tewas pada pusingan pembukaan dalam lapan kemunculan dalam edisi kejohanan ini.

Byrd yang berada di ranking ke-63, melakukan enam birdie di Kelab Golf Mountain Gallery untuk menamatkan perlawanan di lubang ke-13.

揝aya keluar ke sana dan mempamerkan permainan golf yang bagus, saya jarang memasuki padang dan gembira dapat mempamerkan aksi baik berdepan Els,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2008 07:03 AM | Show all posts
Woods rangkul kejuaraan Match Play

[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]Tiger Woods menunjukkanPiala Walter Hagen selepas memenangi Kejuaraan WGC-Accenture Match Playdi Dove Mountain, kelmarin.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 06:56 PM | Show all posts
bosan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 05:42 AM | Show all posts
Terbuka Malaysia janjikan pertembungan sengit


THONGCHAI
beraksi pada
Kejohanan Terbuka Malaysia selaku juara edisi 2004 dan 2005.


KEJOHANAN Golf Terbuka Malaysia Maybank pada 6 hingga 9 Mac depan bakal menjadi gelanggang pertembungan pemain terbaik Asia dengan bintang antarabangsa dalam membuktikan kehebatan masing-masing.

"Kejohanan tahun ini sekali lagi akan menjadi saksi pemain-pemain terbaik Asia bersaing dengan beberapa bintang terkenal di dunia.

" Pemain-pemain terbaik Asia akan berkumpul di tempat pertandingan minggu depan bagi membuktikan keupayaan mereka menentang bintang-bintang antarabangsa," kata Naib Presiden Persatuan Pemain-pemain Golf Malaysia, Mohd. Yaacob Mohd. Kassim pada sidang akhbar semalam.

Kejohanan selama empat hari itu akan diadakan di Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$2 juta (RM6.4 juta).

Bagi kejohanan tahun ini, selain pemain pilihan, Darren Clarke dan David Howell, peminat golf tempatan juga akan menyaksikan aksi pemain terbaik Asia yang memenangi Tour Order of Merit Asia sejak empat tahun lepas iaitu Liang Wen Chong (2007), Jeev Milkha Singh (2006), Thaworn Wiratchant (2005) dan Thongchai Jaidee (2004).

Pemain handalan lain yang akan bertanding adalah Raphael Jacquelin, Michael Campbell, Nick Dougherty, Simon Dyson, Paul McGinley dan juara bertahan, Peter Hedblom.

Sementara itu, juara Terbuka Malaysia edisi 2004 dan 2005, Thongchai dan Arjun Atwal (2003) dijangka bakal memberikan persembahan terbaik bagi memenangi semula kejuaraan yang pernah mereka menangi.

Selain menampilkan ramai bintang dari seluruh dunia, Terbuka Malaysia 2008 turut menampilkan pemain-pemain muda seperti Rory McIlroy, Charl Swartzel, Nick Dougherty, Oliver Fisher dan Chinnarat Pangunsil.

Mohd. Yaacob berkata, penaja utama kejohanan, Maybank, telah menjemput juara Jelajah Asia tahun ini, Danny Chia selain pemenang kelayakan Jelajah Sekolah Asia 2005 dan 2006, Ben Leong untuk turut sama bertanding.

Selain Danny dan Ben, Malaysia turut menyenaraikan 16 pemain termasuk empat pemain amatur iaitu Edmund Au, Akhmal Tarmizee Nazari, Nicholas Fung dan Hazi Hamizan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 09:12 PM | Show all posts
Friday March 7, 2008

Golf: Danny takes flight


By LIM TEIK HUAT
SHAH ALAM: European golfers swamped the leaderboard but it was not the only unexpected outcome on the first day of the US$2mil Maybank Malaysian Open at the Kota Permai Golf and Country Club yesterday.

The bigger surprise was the emergence of Malaysia's Danny Chia among the frontrunners.

Danny served up a delightful surprise when he carded a bogey-free round of seven-under 65 for the best finish in the first round among the Asian golfers.

An impressive show on the back nine, which saw Danny hitting birdies on the 12th, 13th, 14th, 16th and 18th holes put him just three strokes behind leader Nick Dougherty of England, who shot a 10-under 62 to lead fellow countryman Simon Dyson and Australian Marcus Fraser by just two strokes.

Great start: Danny Chia (left), who carded a seven-under 65, shares a light moment with South Korea抯 Young Nam at the Kota Permai Golf and Country Club on Thursday.

The seven-birdie effort is Danny's best performance in the Malaysian Open since he turned pro 12 years ago.
And the former top-ranked Malaysian pro is certainly showing great determination to get his act right again after a disappointing season last year.

Danny had to compete in the Qualifying School to get his Asian Tour Card again after finishing outside the top 60 in the Order of Merit.

That was when he resorted to using the services of a psychologist based in Singapore to work on improving the mental aspects of his game.

Inevitably, he had to depend on a sponsor's invite to get to play in Malaysia's showpiece golf tournament and Danny's approach is certainly paying off.

揑 have been seeing a sports psychologist from October last year because I wanted to get my game back,
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 11:26 PM | Show all posts
Atwal menang golf Terbuka Malaysia
KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 07:36 AM | Show all posts
Woods sumber inspirasi Atwal


ATWAL menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Malaysia
Maybank 2008 kelmarin.

NEW DELHI - Arjun Atwal mengakui, pemain golf No. 1 dunia, Tiger Woods merupakan sumber inspirasinya.
Selepas lima tahun tanpa sebarang gelaran, pemain kelahiran India berusia 34 itu mencipta kejutan apabila muncul juara Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2008 kelmarin.

Lebih manis, Atwal menewaskan juara bertahan, Peter Hedblom dari Sweden pada saingan penentuan yang berlangsung di Kelab Golf Kota Permai.

Ini adalah kejayaan ketujuh Atwal dalam siri Jelajah Asia dan kedua baginya pada Terbuka Malaysia selepas dia ditabalkan selaku juara pada edisi 2003.

Atwal kini dilihat kembali bangkit setelah kariernya mula menurun sejak dua tahun lalu ekoran kecederaan tulang belakang.
Bulan lalu, Atwal telah digugurkan daripada semua tuduhan mengenai insiden kemalangan yang berlaku di Florida Mac lalu sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki.

"Saya tidak tahu bagaimana saya hendak katakan. Untuk keluar daripada segala masalah yang saya alami selain muncul juara merupakan pencapaian terbaik saya.

"Tiger banyak memberi pertolongan kepada saya. Selain itu, dengan mengadakan latihan dan melihat dia beraksi merupakan satu motivasi yang cukup buat saya.

"Jika anda belajar sesuatu daripada pemain No. 1 dunia, anda akan menjadikannya sebagai satu penghargaan.

"Saya mahu mendapatkan semula kad Jelajah PGA saya. Dengan kemenangan ini, saya harus mengemaskini jadual saya tetapi ia terlalu awal untuk membincangkannya," ujar Atwal. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 06:18 AM | Show all posts
Woods tambah koleksi kejuaraan

WOODS (kiri) menerima trofi kejuaraan daripada legenda
golf Amerika Syarikat, Arnold Palmer di Orlando semalam.

ORLANDO - Tiger Woods melebarkan rekod dalam siri Jelajah USPGA kepada lima kejuaraan berturut-turut apabila menjuarai Kejohanan Golf Undangan Arnold Palmer kelmarin.

Juara sebanyak 13 kali acara major itu, berjaya mencatat empat di bawah par 66 pada pusingan akhir, sekali gus merekodkan keseluruhan 10 di bawah par 270.

Pemain No. 1 dunia dari Amerika Syarikat itu berjaya melakukan birdie pada lubang ke-18 untuk menewaskan rakan senegaranya, Bart Bryant dengan kelebihan satu pukulan pada kejohanan yang berlangsung di lapangan Bay Hill.

"Saya tidak tahu bagaimana saya boleh melakukannya. Saya cuba melakukan yang terbaik dan ia berjalan dengan lancar," kata Woods yang meraih wang kemenangan US$1.04 juta (RM3.29 juta).

Sekalipun terikat dengan beberapa pemain utama yang lain ketika memulakan pusingan akhir, Woods tetap dianggap pilihan bagi menjuarai kejohanan kali ini.

"Saya sering memberitahu diri sendiri bahawa saya pernah melakukannya dan saya harus lakukannya sekali lagi.

"Saya bangga kerana berjaya melakukan putt tanpa sebarang masalah," tambah Woods.

Woods kini telah meraih lapan kejuaraan daripada sembilan kejohanan terakhir yang disertainya.

Dia turut merekodkan 64 kejuaraan dalam kariernya bagi menyamai pencapaian Ben Hogan yang berada di tempat ketiga dalam senarai pemain yang merangkul kejayaan terbanyak.

Sam Snead masih mendahului senarai apabila meraih 82 kejuaraan diikuti Jack Nicklaus (73). - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 05:48 AM | Show all posts
Danny tempah slot ke Terbuka British




BINTANG golf negara, Danny Chia menempah tiket untuk beraksi pada Kejohanan Golf Terbuka British selepas muncul juara pada kejohanan kelayakan dengan catatan tiga di bawah par 69 semalam.

Danny yang bakal membuat penampilan kedua pada kejohanan paling berprestij itu turut disertai pemain Australia, Adam Blyth, Lam Chih Bing (Singapura) dan Angelo Que dari Filipina pada kejohanan di Royal Birkdale, England Julai ini.

Blyth layak selepas melakukan enam birdie pada pusingan terakhir semalam sementara Lam dan Que mengungguli saingan penentuan yang turut menampilkan pemain Jepun, Tomohiro Kondo.



DARI kiri, Lam, Blyth, Danny dan Angelo melakar sejarah
tersendiri apabila berjaya menempah tiket untuk beraksi
pada Terbuka British Julai depan.

Danny pula yang membuat penampilan pertama pada Terbuka British tahun 2005 menamatkan saingan kelayakan itu dengan catatan keseluruhan enam di bawah par 138 selepas mencatat empat birdie dan satu bogey pada pusingan terakhir semalam.

揝aya sungguh bangga apabila muncul satu-satunya pemain Malaysia yang akan beraksi pada kejohanan berprestij itu. Ia juga selalunya istimewa apabila dapat kembali beraksi bersama-sama pemain terkemuka dunia,
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 10:32 PM | Show all posts
uesday April 15, 2008
First South African to win title in 30 years
TREVOR Immelman survived a double-bogey at the 16th hole to become the first South African to win the US Masters in 30 years with a three-shot victory on Sunday.

Maintaining his composure in swirling winds at Augusta National, the dapper 28-year-old got up and down from a greenside bunker to par 17 before parring the last to seal his first major title.

Two ahead overnight, Immelman followed in the footsteps of his childhood hero Gary Player to secure the prized green jacket with a three-over-par 75, matching the highest closing score by a Masters winner set by Arnold Palmer in 1962.

He also became the fifth wire-to-wire champion at Augusta, and the first since American Raymond Floyd in 1976, with an eight-under total of 280.

Family man: Trevor Immelman celebrates with his wife Carmenita and son Jacob after winning the US Masters at the Augusta National Golf Club on Sunday.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 02:52 AM | Show all posts
Immelman tawan Augusta National
AUGUSTA: Trevor Immelman menjangkaui puncak apabila memenangi Masters AS kelmarin, memenuhi takdirnya dalam golf selepas dilanda masalah kesihatan suatu ketika dulu.

Mengimbas empat bulan lalu, Immelman menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam diafragma yang akhirnya dikenal pasti sebagai bukan barah.

Di lapangan Augusta National yang diselubungi tiupan angin kencang, pemain 28 tahun itu disuntik mesej motivasi dari Gary Player untuk meraih gelaran major pertama dan melengkapkan kerjayanya yang bermula sebaik dia jatuh cinta pada sukan itu ketika masih kanak-kanak berusia lima tahun.

"Ini pastinya perjalanan roller-coaster terhebat, namun saya benci roller-coaster," kata Immelman kepada wartawan.

Immelman kekal tenang kelmarin untuk meraih kemenangan dengan tiga pukulan ke atas Tiger Woods, sekali gus menjadikannya warga Afrika Selatan pertama menyarung jaket hijau sejak Player 30 tahun lalu.

"Saya memenangi Cabaran Nedbank di Afrika Selatan, seminggu selepas itu saya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan," kata Immelman.

"Selepas terlepas tiket kelayakan minggu lalu, kini saya di sini sebagai juara Masters. Ia perkara luar biasa pernah saya dengar."

Kata-kata perangsang daripada Player meletakkan Immelman pada landasan betul.

"Dia meninggalkan mesej dalam peti suara malam semalam dan saya menerimanya apabila mahu ke sini. Ia membuat bulu roma saya meremang," kata Immelman. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2008 05:48 AM | Show all posts
Ochoa rangkul kejuaraan ke-4

MIAMI - Juara golf nombor satu dunia, Lorena Ochoa berjaya menjadi pemain pertama dalam tujuh tahun untuk menang empat kejuaraan LPGA berturut-turut di Kejohanan Golf Terbuka Ginn kelmarin.

Pemain Mexico itu berada satu pukulan di depan dalam tempoh semalaman di Resort Ginn Reunion dan menamatkan permainan dengan tiga di bawah par 69 untuk 19 pukulan di bawah 269.

Walaupun berasa keletihan sepanjang permainan dia berjaya merangkul kejayaan kelima LPGA dalam enam permulaan dan kali ke-22 sepanjang kariernya.

"Memanglah ia satu hari yang paling menggembirakan,," kata pemain berusia 26 tahun kelahiran Guadalajara itu.

"Ia amat berlainan. Permainan di sembilan kedua amat sukar dan ya, saya akhirnya berjaya mendapat trofi kedua. Saya pun tidak tahu, mungkin saya akan menanyakan kepada ibu saya di mana hendak diletakkan trofi berkenaan"

Pemain baru, Yani Tseng dari Taiwan pula merapatkan jurang untuk 71 bagi menamatkan persaingan di tempat kedua lima pukulan di depan pemenang ketiga Suzann Pettersen dari Norway, yang turut memperoleh 71.

Bekas juara nombor satu dunia, Annika Sorenstam dari Sweden merupakan pemain paling terbaru untuk menang empat kejuaraan berturut-turut Jelajah LPGA pada 2001.

Hanya dua pemain telah berjaya mencatat kejuaraan begitu termasuk Mickey Wright pada tahun 1962 dan 1963 dan rakan senegara Kathy Whitworth pada tahun 1969.

Dalam pada itu, Tseng yang berjaya merampas kedudukan pendahulu dengan permulaan birdie berganda sebelum Ochoa berjaya mengembalikan kawalan permainan dengan tiga birdie berturut-turut di lubang par-4 ke lapan dari jarak 12 kaki.

Walaupun dia berjaya mendahului lapan lubang dengan hanya satu par, tiga bogey di lubang ke-15 dia selesa untuk mencatatkan kejuaraan.

"Saya berjaya," katanya. "Saya keletihan mental dan fizikal. Saya lega apabila berjaya bertahan pada permainan itu dan dapat menghabiskan dengan sempurna. Semestinya saya akan berehat."

Awal bulan ini, Ochoa turut mencatatkan kejuaraan pada kejohanan golf wanita untuk tahun kedua berturut-turut dengan kelebihan lima pukulan di Kejuaraan Kraft Nabisco di Rancho Mirage.

Ditanya mengenai bakal merampas lain-lain kejuaraan utama, dia membalas: "Menang semua empat kejuaraan besar? Mestilah.

"Saya yakin untuk lakukan dan saya percaya kepada diri saya dan ia satu yang menakjubkan. Apa pun, terlalu awal untuk menyatakan perkara itu.

"Saya akan lakukannya satu persatu dan saya yakin dapat lakukan."

- Reuters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:29 AM | Show all posts
23 April, 2008  

Gilbert Tempah Tiket Ke Pusingan Akhir Di Hanoi

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Gilbert Low Kam Wong mempamerkan antara aksi terbaiknya untuk merangkul kejuaraan individu dalam pusingan pembukaan Jelajah Golf Berpasukan Maxis di Kota Permai Golf & Country Club di sini.


Pemain dengan 13 handikap itu membuat kejutan dalam saingan yang disertai 118 pemain apabila melakukan 76 pukulan - sembilan di bawah handikapnya - untuk menewaskan dua lagi peserta dengan kiraan semula bagi memastikan tempat pada pusingan akhir Jelajah Golf Berpasukan Maxis yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam Oktober ini, kata Maxis dalam satu kenyataan hari ini.

Gandingan Lim Chee Heong, Pua Yii Shiuan dan Yep Peng Huat beraksi baik untuk mencatatkan 113 mata dan memenangi acara berpasukan dengan kelebihan tiga mata, dan akan menyertau Gilbert di Hanoi.

Yasimituah Yaacob, Marzuki Ariffin dan Mohamad Jamil Palil menduduki tempat kedua dan membawa pulang komputer saku tajaan Hewlett Packard manakala Yeo Pang Hock, Goh Tiong Wee dan Leom Jiew Fook di tempat ketiga.

Buat pertama kali sejak kejohanan itu diadakan, hadiah-hadiah diberikan kepada pemenang bagi Pingat Individu dengan S. Sasikumar, James Goh Seng Cho dan Zakariah Md Mydin muncul pemenang kategori A, B dan C. Nilai hadiah diberikan bagi setiap pusingan adalah di bawah RM40,000.

Tiga pemain hampir memenangi kereta BMW 5 Series yang ditawarkan sebagai hadiah bagi pemain yang berjaya melakukan pukulan hole-in-one pada lubang ke-14.

Kevin Chan Chee Chung yang melakukan pukulan hole-in-one pada lubang yang sama tahun lepas begitu hampir mengulangi pencapaiannya tetapi pukulannya sedikit tersasar manakala Alex Liew Chun Peng dan Lim Khean Khoon pula menyaksikan bola hanya melepasi lubang.

Kejohanan itu dibuka kepada pelanggan-pelanggan pasca bayar Maxis yang mempunyai handikap yang sah.

-- BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------

yang main golf ni pun semua kebanyakkannya dah kaya raya pun -
dapat lagi hadiah bmw 5 series - kalau buat hole in one -

napa la depa tak bagi hadiah bmw pada best player netball ke -
or futsal ke...   -
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 07:27 PM | Show all posts
Norman akui gugup selepas empat tahun



SHANGHAI: Greg Norman kembali beraksi pada kejohanan golf Terbuka Asia minggu ini, empat tahun selepas diharamkan daripada menyertai kejohanan itu.

Norman, 53, akan bersaing bersama pemain hebat dalam saingan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai ASD2.3 juta (RM7.5 juta) di Kelab Golf Tomson Shanghai Pudong, yang turut disertai juara dua kali Terbuka Amerika Syrikat, Retief Goosen, pemain nombor 13 dunia, Henrik Stenson dan juara bertahan, Raphael Jacquelin.

Ia bakal menjadi kejohanan pertama bagi Norman, yang diletak sebagai pemain utama dunia selama tujuh tahun dan juara dua kali Terbuka British termasuk menjuarai kejohanan Afrika Selatan penghujung tahun lalu mengatasi Goosen dan Ernie Els.

Pemain yang digelar 慓reat White Shark
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 09:17 PM | Show all posts

US PGA Players Championship -

Outsider Goydos leads Players Championship golf

Paul Goydos, with only one top-25 finish since winning last January in Hawaii, fired a two-under par 70 to seize a one-stroke lead entering the final round of the US PGA Players Championship.

Goydos, the only player with three sub-par rounds through 54 holes, stood on seven-under 209 entering the final round, leaving the 43-year-old US journeyman one stroke ahead of compatriot Kenny Perry and three in front of Sergio Garcia.

We're still jockeying for position," Goydos said. "The golf course is, whew, it's hard."

Garcia had four bogeys in his final six holes after sharing the lead to stumble home with a 73. The Spaniard was stung by a 3-putt blunder from 10 feet at the island 17th hole and a 15-foot par miss at the 18th.

"I went a little brain dead on 17 on my first putt, jammed it by," Garcia said. "The last two days I've shot as high as I can shoot, but I still have a chance, so that's something good."

Goydos, ranked 169th, will claim a top prize of 1.7 million dollars at the nine million-dollar event that would eclipse the total winnings from his best PGA season if he can turn his first-ever 54-hole PGA lead into victory Sunday.

Asked if he had ever led entering a final round, Goydos deadpanned, "No, but I've only been on tour for 16 years."

Goydos would be the oldest Players winner and fifth-oldest winner in US PGA history if he completes his unlikely march. He started strong with a 17-foot birdie putt at the third hole and added an 18-foot birdie at the fourth.

Goydos answered a bogey at seven with an eight-foot birdie at the par-3 eighth and followed a bogey at nine with a 20-foot birdie putt at the 10th. And after a bogey at the 14th, he solved the tricky island-green 17th hole for a birdie from 10 feet.

The 18th hole played the toughest on the course Saturday, when the average score produced on the TPC Sawgrass course was a 74. But Goydos had a birdie putt, lipping out from 12 feet after finding rough and trees right off the tee.

"I got really lucky. I had a perfect lie and a gap to hit it through," Goydos said.

Germany's Bernhard Langer, the 50-year-old money leader on the Champions Tour for the senior set, fired a 75 but shared fourth with Americans Jeff Quinney and Phil Mickelson on 214.

Should either rally to win, they would match the record last-round victory rally in Players Championship history, achieved by US veteran Justin Leonard in 1998.

Garcia made a birdie at six and answered a bogey at the eighth with birdies at nine and 11 but began his closing bogey binge with back-to-back blunders at 13 and 14.

A birdie at 16 was followed by two more bogeys to spoil his day, betrayed by a putter after leading in fairways found and greens in regulation.

"The course is playing tough," Garcia said. "The greens are extremely quick. It's not easy to make the putts. I've made my share. I feel like I'm putting pretty well. Just not going in."

Langer lipped out a long birdie putt at 17 then botched a four-footer for par, the ball sliding by as reached to pull it from the cup.

At the 18th, Langer's tee shot hit a spectator and his second flirted with water before holding in the rough. He followed with a 10-foot par save to stay among the final three groups on Sunday.

Mickelson, the defending champion, made a charge up the leaderboard but stalled with a double-bogey six at 14.

Mickelson, who said he was sick on Friday and had to take antibiotics, also bogeyed 18.

"I feel like I'm playing well enough to shoot that round," Mickelson said. "I just haven't shot the right number. Today it could have very easily been 67, 68, and I let it slide to 71.

"Tomorrow I need to shoot something in the mid- to high 60s to have a chance. I'm playing well enough to do it, I just have to do it."

---------------------------------------------------------------------------------

for quite some times saya enjoyed watching US PGA...
nowadays - bila tertengok aje.. baru saya focus --
apa2 pun - sukan golf ni  - fun dan perlu concentration -

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.079533 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list