CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
Post time 6-10-2005 08:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2005 08:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 08:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 08:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 08:37 AM | Show all posts
Finally nea knew who is the culprit behind the traumatic incident that happened to her...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 08:43 AM | Show all posts
Episode 101 (3-10-05)

http://ialsa.com/IALSA100305.wmv
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2005 08:45 AM | Show all posts
Episode 97 (27-9-05)

http://ialsa.com/IALSA092705.wmv
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 08:47 AM | Show all posts
BORA (The hunks sitcom)

http://dashingd3.com/BORA100405.wmv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2005 07:59 AM | Show all posts

Episode 104 - Screencaps

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 07:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 08:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 08:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 08:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 08:03 AM | Show all posts
Mana semua org ni.....baby, blankie, mic.....where are you
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 01:12 PM | Show all posts
hello everbody!!!saya org baru di sini..selalu gak masuk sini tp tak request ape2 pun..saya bknlah peminat diether tp sya suka jln cite nie...lg pun minat tgk bea alonzo and john llyod berlakon...ade keserasian diantr. mereka...Kuanne dah lama tak update sinopsis...busy ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2005 01:44 PM | Show all posts
hai anne aku ada...selalu masuk sini nak tunggu anne update tapi takde....huhuhu cite nie makin bestlah...bila ending cite nie arr anne...

hai yuri_katrina...pekabar??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2005 03:01 PM | Show all posts
hai babyface....saya baik...tuela dah lama gak anne tak kasi sinopsis cite nie...saya ade sinopsis dan screencaps tp biar anne ajelah yang post kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:04 AM | Show all posts

Episode 105 - Summary

Sorry lah baby...anne igt ko x selalu jenguk kat thread ni...tu pasai jarang masuk thread ni...Mmg ada hati nak pastekan pun tp asyik x dan aje...Sorry k....

Bila Roden melihat dengan matanya sendiri yang Yolanda sudah berjalan, dia sendiri telah menghampiri dan menampar Yolanda dengan kuat. Tetapi tamparan itu tidak bermakna pada Yolanda kerana dia tahu kelemahan kaum lelaki Ynares adalah 'perempuan'... sekarang kelemahan itu juga terbukti pada anak-anak Roden...mereka begitu menyukai anak-anak tiri Yolanda. Roden tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Ivan asyik bertanya tentang criminal case terutama sekali mengenai rape kepada peguamnya dan begitu juga dengan Vonnie dan Nea yang cuba mencari seorang peguam untuk mengendalikan kes nya.

Jasmin dan Oliver tiba di restaurant dan keadaan menjadi kelam kabut apabila Crispy tidak mampu untuk menjalankan tugas dengan baik kerana terlalu ramai pelanggan dan juga orders. Disini mereka berdua mengetahui yang Nea dan Vonnie tidak ada di restaurant kerana terpaksa keluar untuk menguruskan sesuatu.

Nea dan Vonnie berjaya pergi ke hospital dimana dia telah dibawa setelah dia diperkosa. Dia teringat akan doktoryang merawat nya dulu dan sini mereka telah menemukan bukti yang diperlukan. Nea mempunyai records dihospital dan doktor itu sanggup untuk menjadi witness dan memberikan keterangan.

Mujur Jasmin dan Oliver berada di restaurant untuk membantu melegakan keadaan. Bila Nea tiba, dia dapat melihat Jasmin dan Oliver sedang melayan pelanggan. Jasmin bertanya kemana mereka telah pergi dan Nea menjawab yang dia dan Vonnie terpaksa ke City Hall untuk menguruskan sesuatu.

Ivan bermimpi dia berada di 'Electric Chair'

Ivan menemukan ayahnya yang sedang minum. Roden begitu marah sekali kerana Ivan dan Nea telah berkerjasama membuka restaurant tetapi Ivan menolak dakwaan itu kerana dia sudah memutuskan hubungannya dengan Nea sekarang.

Kemudian Ivan menelefon Oliver dan memberitahu adiknya untuk melawat ayah mereka. Roden agak tertekan sekarang. Oliver berjanji akan cuba melawat ayahnya nanti.

Vonnie dan Nea telah pergi kerumah keluarga Ynares. Pembantu rumah berkata mereka tidak ada dirumah. Bila Oliver tiba dia fikir yang Nea datang semata-mata untuk mengacau bilaukan hubungan Ivan dan Karri semula. Dia menegaskan yang abangnya sudah bahagia bersama Karri dan sepatutnya Nea menerima kenyataan itu. Jelas muka Nea amat marah sekali mendengar Oliver bercakap kerana Oliver sedikit pun tidak mengetahui cerita sebenarnya dan mengapa Nea telah pergi kerumah Ynares itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:05 AM | Show all posts

Episode 106 - Summary

Ada beberapa replay dari episode lepas...
Nea dan Vonnie kini berdepan dengan Oliver dirumah Ynares. Dengan marahnya dia mencari Ivan dan menyuruhnya keluar. Demi persahabatan mereka, Oliver berkata yang abangnya tidak ada disitu kerana dia ada bersama Karri sekarang. Oliver tidak menyebelahi mana-mana pihak sekarang. Dia juga berkata Karri dan Ivan akan berkahwin dan berharap Nea dapat menerima kenyataan tersbut. Dia juga mahu Nea mengelak dari berjumpa dengan Ivan kerana mereka sudah bahagia. Lagipun mereka sudah berkawan lama dia tidak mahu melihat sesiapapun terluka dan kalau boleh janganlah Nea datang kesitu lagi. Nea tidak dapat berdiam diri dia hanya mampu menangis.

Ivan dan Karri sedang menguruskan perkahwinan mereka dan ada seorang wedding coordinator sedang mencadangkan sesuatu kepada mereka. Karri bertanya apa pendapat Ivan dan sekiranya dia rasa gementar. Ivan menjawab yang ayahnya telah mengetahui perkara dia menjadi rakan niaga Nea membuka restaurant. Karri bertanya samada Ivan sudah memberitahu ayahnya yang dia akan memberikan restaurant itu pada Nea. Karri menyatakan lagi yang dia akan membantu Ivan dan dia tidak mahu melihat Ivan bersedih....mungkin kawan-kawan mereka akan berkata yang belum lagi berkahwin, Ivan sudah tidak senang lagi dengannya. Jadi Ivan terpaksa tersenyum.

Yolanda merapati telefon dan Hazel ternampak akan perbuatan ibunya itu dan bertanya siapa yang ibunya cuba telefon samada 'kawannya' atau orang lain. Yolanda begitu sensitif sekali dan mula naik radang bila anaknya menanyakan soalan seperti itu. Dia tidak mahu Hazel mempunyai fikiran yang tidak baik terhadapnya dan tidak menghormati ibunya sendiri. Ibunya tidak melayan lelaki dan jangan cuba mencari pasal lagi kerana dia tidak suka dibuat begitu. Jasmin tiba dirumah dan mendengar leteran ibunya dan berkata yang Hazel tidak bermaksud begitu kerana mungkin Hazel bimbang melihat ibunya seperti dalam dunia tersendiri. Yolanda menjawab yang dia memerlukan ruang dalam rumah itu dan mereka tidak perlu mengetahui masalah peribadinya.

Roden sudah mula mabuk dan berkata dia akan merosakkan keluarga Fontanilla. Dia terlepas gelas berisi arak dan kepala nya mulai sakit dan tiba-tiba tidak sedarkan diri. Oliver tiba dan melihat keadaan ayahnya begitu yang tidak bergerak dan Oliver menjadi bimbang. Lalu dia memanggil pengasuhnya untuk menyediakan kereta.

Roden dibawa ke hospital oleh Oliver. OLiver berkata yang ayahnya terpaksa tinggal satu malam di hospital atas nasihat doktor kerana blood pressure nya agak tinggi. Roden merasa seperti hilang upaya. Dia merindui Susana dan juga keluarganya. Oliver menasihati ayahnya supaya jangan banyak berfikir kerana dia berada disitu dan sanggup menjaga ayahnya. Roden mengusap kepala Oliver dan berterima kasih kepada anak nya yang telah menyelamatkannya dan juga kasih sayang Oliver tidak pernah luntur walaupun setelah apa yang Roden telah lakukan kepadanya dulu. Jasmin tiba dan Oliver merapati Jasmin. Roden tidak menyukai sama sekali kehadiran Jasmin disitu.

Jasmin dan Oliver sedang berbual...
Oliver berkata yang dia tidak biasa melihat keadaan ayahnya begitu seperti tidak ada pegangan. Kemudian dia berkata yang dia merindui keluarganya. Oliver seolah-olah perasaan terhadap ayahnya itu tidak ikhlas. Dia telah impikan perkara itu berlaku sejak dulu lagi. Jasmin menyatakan Oliver sudah lama menantikan peluang seperti itu dan biarlah dia memberikan ayahnya peluang untuk rapat dengannya. Dia menyayangi ayahnya. Sekarang bila ayahnya cuba rapat dengannya dia pula yang ingin menjauhkan diri.

Hazel telah pergi kerumah Nat dan bertanya dimana Nat berada. 'Yaya' (pengasuh) telah memberitahu Hazel yang Nenek telah menghantar Nat ke hospital. Dengan segera Hazel menuju ke hospital. Dia ingat perkara yang tidak baik berlaku pada Nat dan dia menjadi bimbang. Namun demikian dia masih dapat control keadaan dan meminta maaf kepada Nat dan menyatakan yang dia menyayangi Nat.

Ivan, Oliver dan Roden sedang berbual. Ivan berkata yang dia akan menelefon ibunya. Roden menghalangnya dan menyatakan yang Susana memerlukan space dan juga dia tidak mahu merosakkan vacation ibu mereka. Lagipun kata Oliver ini cuma satu malam saja dan dia boleh balik ke office and do his regular things .... Ivan menasihati ayahnya supaya jangan tension. Kalau balik ke office semula itu bukan satu yang digalakkan. Biarlah dia menguruskan kerja-kerja di office. Oliver juga bersetuju dengan abangnya atau Roden boleh mengambil private nurse supaya ada yang menemaninya. Roden rasa itu tidak perlu kerana dia bukannya tidak boleh bangun langsung. Oliver akan cuba pulang kerumah selalu. Ivan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih. Akhirnya Roden berkata alangkah lebih baiknya sekiranya Oliver dapat pulang dan tinggal semula dirumah kerana dia mahu mereka semua bersama. Ivan gembira dengan permintaan ayahnya itu.

Kini Ivan dan Oliver pula berbual. Ivan berterima kasih kerana Oliver berada disitu. Kata Ivan lagi dia tidak mungkin akan menolak permintaan ayahnya....dan bertanya lagi samada dia boleh mengharapkan Oliver. Oliver dengan senang hati menjawab ya. Ivan meminta dia berjanji dan Oliver berjanji tidak kira apa yang berlaku dia akan selalu berada disamping ayahnya.

Ivan dan Karri berada di office sekarang sedang membaca beberapa documents. Nea muncul...Ivan terkejut...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:06 AM | Show all posts

Episode 107 - Summary

Ivan agak terkejut melihat Nea muncul di office nya. Karri meninggalkan Ivan dan Nea untuk berbincang. Dalam perbincangan itu Nea menyatakan yang dia tidak akan meneruskan tuduhannya terhadap Ivan kerana dia tidak mahu adik beradik mereka menjadi mangsa. Ivan bertanya bagaimana dengan situasi mereka berdua pula. Nea mahu semuanya seperti tiada apa yang berlaku antara mereka dan biarlah mereka merahsiakan perkara itu. Ivan agak bingung dan bertanya lagi mengapa Nea menarik balik kes itu dan sepatutnya dia harus menebus segala dosanya terhadap Nea. Jawab Nea yang dia hanya akan kehabisan wang sekiranya dia meneruskan tuduhan dan keluarga Ynares yang kaya itu dengan mudah dapat membeli segala justice untuk menutup kesalahan mereka. Nea tidak sanggup lagi meletakkan hidup dan keluarganya seperti itu lagi.

Disini Ivan menyatakan yang dia akan memberikan restaurant itu kepada Nea dan mereka tidak akan berjumpa lagi dan dia tidak akan mengganggu kehidupan Nea sama sekali. Nea bertanya samada Ivan sudah merancang semuanya itu untuk dia menghampiri Nea dan menghilangkan rasa bersalah nya terhadap Nea...Ivan menjawab sambil menangis...

Ivan: Aku mengaku yang sejak kecil lagi hidup aku semuanya sudah dirancang. Aku tahu semua yang akan terjadi, tetapi tiada dalam rancangan bila kau muncul dalam hidup ku...bila kau datang, semua dalam hidupku bertukar. Nea ampun kan aku.

Setelah Ivan habis bercakap, Nea terus meninggalkan office itu dan meninggalkan Ivan sendirian sambil menangis terisak-isak.

Di luar office, Nea menyapu air matanya. Dia bertembung dengan Karri yang sedia menanti diluar. Karri menghampiri Nea dan bertanya samada perbincangan Nea dengan Ivan sudah tamat. Nea berkata semuanya sudah jelas. Karri pula berkata yang dia akan menghantar kad jemputan kahwin kepada Nea...

Vonnie amat kecewa dan marah kerana Nea tidak akan meneruskan kes terhadap Ivan. Vonnie bertanya sampai bila Nea harus beralah?

Nea: Ini bukan kekalahan..aku mengenepikan perasaan aku sendiri demi kebahagiaan keluarga aku. Aku tidak akan merosakkan hubungan baik Oliver dengan adik aku.

Kemudian Nea memeluk Vonnie dan terus menangis.

FAST FORWARD....BOOK 3

Dalam fast forward cerita ini ditunjukkan perkara yang telah berlaku antara semuanya Nea, Ivan dan Karri dan juga Roden dan Oliver sudah mula berbaik. Persediaan perkahwinan Ivan dan Karri berjalan dengan lancarnya. Hubungan antara Nat dan Hazel juga menjadi semakin rapat. Kerana Oliver kini sudah berbaik dengan ayahnya, ada masanya mereka minum kopi bersama Jasmin di kedai. Jasmin mungkin menyangkakan yang ayah Oliver menerimanya tetapi sudah tentu sangkaan nya salah. Oliver masih meneruskan sikap cemburunya bila ada ketika dia ternampak Third cuba memikat Jasmin dan ketiga-tiga orang adik beradik ini Nea, Jasmin dan Hazel meneruskan kehidupan mereka dengan bahagia.

Di kedai buku, Oliver begitu berbangga menceritakan perkara yang dilakukan oleh ayahnya untuk nya. Dia begitu gembira sekali kerana hubungan ayah-anak menjadi baik dan Jasmin juga tumpang gembira sama.

Disini bermula dendam Roden Ynares...

Dirumah keluarga Ynares, ada seorang lelaki yang diutus oleh Roden untuk mendapatkan maklumat tentang Dona Elena's Restaurant. Roden mahu Yolanda membalas kesalahannya dengan menggunakan anak-anaknya.

Third tiba di kedai buku dan berjumpa dengan Daphne. Third mengajak Daphne untuk dinner bersama diluar. Sementara kedua-duanya sedang berbual, mereka tidak perasan yang Jasmin sudah keluar dari satu bilik dan memerhatikan mereka. Jasmin gembira melihat Daphne dan kawan sejak kecilnya itu bersama.

Di restaurant, Nea mula naik radang kerana Crispy tidak melakukan kerja dengan baik seperti yang disuruh oleh Nea. Dalam pada Nea sedang berleter dan geram, lelaki yang diutus oleh Roden memerhatikan Nea sahaja.

Di kedai buku Jasmin menjawab telefon. Roden berada ditalian dan Jasmin menyangkakan dia ingin bercakap dengan Oliver. Tetapi Jasmin terkejut...

Roden: Aku ingin bercakap dengan kamu....I want to see you..actually its a must that I see you!

Jasmine: sir, Kenapa awak hendak bertemu dengan saya?

Roden: Jangan banyak soal. Kalau kau cintakan anak aku jumpa aku malam nanti.

Roden mengakhiri perbualannya. Perlahan-lahan Jasmin meletakkan telefon dan melihat Oliver yang sedang menguruskan sesuatu. Bila Oliver menoleh dan melihat Jasmin memandang kearahnya, dia memberikan satu flying kiss pada Jasmin. Jasmin tersenyum tetapi fikiran dia tidak menentu mengingatkan perbualannya tadi dengan Roden.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.082222 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list