ni kaka, iols post excerpt daripada interview dengan maria menado primadona malaya dulu. sadis sungguh!
Bukan sahaja berbakat dalam lakonan, Maria juga pernah diberi jolokan sebagai Wanita Terjelita Malaya oleh Times Magazine pada tahun 1957. Ketika itu, Maria sedang menempa kemasyhuran menerusi filem Pontianak yang merupakan filem seram tempatan pertama dibuat dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Kerjaya seni Maria bagaimanapun tidak terus berpanjangan. Ketika berusia 30 tahun, dia telah dilamar oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin dan bergelar pemaisuri kepada Sultan Pahang. Mengimbas kembali kenangan itu, bintang filem Penghidupan ini memberitahu bahawa ada salah faham mengenai titah sultan mengenai larangan tayangan filemnya. “Almarhum cuma menitahkan supaya filem-filem saya tidak ditayangkan di Pahang sahaja. Negeri-negeri lain adalah terkecuali kerana bukan terletak bawah kuasa almarhum. “Cuma mungkin negeri lain hormat dengan titah almarhum itu dan akhirnya, semua filem saya sebelum itu tidak ditayangkan,” jelasnya. Ketika itu, pemilik Cathay Keris Ho Ah Loke, tempat Maria bernaung terpaksa menyimpan kesemua filem heroin itu di rumah. Disebabkan beberapa faktor seperti ruang penyimpanan yang semakin sempit di rumah, maka hampir kesemua karya Maria telah dibuang ke lombong. “Apa yang saya dengar, Ho Ah Loke telah mengupah lori dengan harga RM250 untuk membuang filem-filem saya ke lombong kerana faktor larangan tayangan. “Bila tahu perkara itu, diri saya memang lemah sebab susah nak terima kenyataan. Bayangkan, karya-karya lakonan saya sebelum ini habis dibuang ke lombong.
|