CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: totokreturn

[Tempatan] karpal singh meninggal dalam kemalangan...

[Copy link]
Post time 17-4-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pokcik ni nt jd api neraka gak..kecuali beliau sempat memeluk isle..huhuhu lantak pi ko arr..x terkesan pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 01:29 PM | Show all posts
Gambar mayat Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad



Ahli Parlimen BN Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh



Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".



Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.

"Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekali gus mereka membenci umatnya," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, Nawawi yang juga ahli Umno turut menulis tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

"Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada," tulis Nawawi.

Tulisan bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dalam akaun twitternya.
Tulisan bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dalam akaun twitternya.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu.

Zulkifli berkata, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.

“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!” tulisnya di akaun Twitter @zulkiflinoordin.

“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.

"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”

Zulkifli yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di Shah Alam yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap kematian Karpal sebagai perginya seorang peguam veteran yang hebat.

“Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah,” tulisnya.

Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, umat Islam perlu memikirkan sebab mengapa seseorang bukan Islam menolak sesuatu berkaitan Islam.

"Jika dia menolak tafsiran Islam
yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan semestinya dia membenci Islam.

"Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya," kata Mohd Asri.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. – 17 April, 2014.














Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:29 PM | Show all posts
pengimbas posted on 17-4-2014 06:22 AM
buleh dah...

aaaaa patut org PAS bersyukur...seorang pemimpin Tahallul siayasi PAS yg menentang hudud dah RIP..

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:31 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 17-4-2014 01:29 PM

sbb tu umat islam dilarang mengeji
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2014 01:33 PM | Show all posts
tobby posted on 17-4-2014 01:29 PM
Gambar mayat Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahl ...

tunggu esok kematian beliau pulak...harap2 tak jadi mcm dia buat nila...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:34 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 17-4-2014 07:11 AM Sedih nya..sape nk pjuangkan geng sekular lepas ni..sape nk lawan hudud pas pis pus lepas ni..

Lim Kit Siang, Guan Eng dan Anwar, Nurul, Saifudin kan ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 01:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:37 PM | Show all posts
Ustaz Ghazali Omar
1 hr ·

karpal sing sentiasa ada kontroversi,
begitupun dia orang berani,
dengan umno dia lawan sampai mati,
tapi sayang dengan hudud pun dia tak suka sekali,
tetapi itu sebab dia belum dapat hidayah lagi,
pengajaran buat semua didunia ini,
sampai masanya kita pasti pergi,
cuma bagaimana caranya itu yang mesti dikaji,
ada pergi iman mantap dihati,
ada juga masih tercari cari,
bahagia simati dalam taqwa dan iman sejati,
celakalah pula mati kafir menentang ilahi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:37 PM | Show all posts
DAP perlu dengan kadar segera mencari pemimpin lain untuk meneruskan legasi menentang dan memerangi Islam

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:38 PM | Show all posts
Nik Abdul Aziz Nik Mat
2 hrs · Edited ·



Karpal Singh : Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip


Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.


Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.


Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.


Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.


Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.


Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Bertarikh : 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:40 PM | Show all posts


mungkin karpal singh duduk di sebelah kiri kereta
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:40 PM | Show all posts
ada sapa2 x yang berminat nk langkah mayat dia skang..

dh dia yg offer kan

bukan sapa2 mtk
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 01:42 PM | Show all posts
MH37O posted on 17-4-2014 12:13 PM
forumners kat sini kebanyakkannya tunjuk alim je...alim taik kucing,berlaghak alim,padahal sekor2  ...

Jangan lupa satu lagi.... makan hak org meskin atas kepentingan peribadi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 01:44 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 17-4-2014 07:41 AM
aku rasa terkejut bila dengaq berita nih dan hampir2 tak percaya.. namun bila aku bukak astro awani  ...

yes...saya walaupun karpal macam tu..suruk berita kebenaran Azizan jumpa dia pasal dia diliwat, lepas tu jadi plak peguam bela peliwat dgn mengunakan teknik teknikal utk melepaskan diri..tapi setidak2nya dia sebagai yg bukan islam..dia ada pendirian dia sendiri dan dia pernah suruh peliwat tu bertaubat yg mana tidak ada didalam pimpinan tertinggi PR sanggup lakukan...tapi dia berani...jadi bab2 tu saya respek jugak lah dia..kalau dibandingkan pemimpin2 PR yg lain tu...dah diputuskan bersalah dimahkamah..masih gak bergantung kat jawatannya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 01:45 PM | Show all posts
dino posted on 17-4-2014 12:18 PM
ko takleh paham ke maksud aku.... bkn islam mmg menentang hudud... dr DAP ka...MCA ka..... no need ...

Ko tak paham maksud dia... dia kata, dap dah kehilangan pemimpin anti islam... yg tinggal semua dah mesra islam.. jadi lepas nih bleh dah sokong dap tanpa ragu2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Farewell tiger of jelutong, seorang pembangkang yg berkesan.

Nak doakan kematian pun xboleh sebab die bukan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:46 PM | Show all posts
pittjie posted on 17-4-2014 01:11 PM
takziah buat family nya. sedih tengok cara kematiannya. sapa2 pun la .. meninggal accident mmg aku s ...

same.he deserve my respect too.

meninggal eksiden adalah tragis.xtersangka.dan meninggalkan kesan yg mendalam pd org yg tersayang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.445004 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list