CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rodriguez

Hilangnya negeri negeri melayu di selatan thailand

[Copy link]
Post time 20-1-2006 08:28 AM | Show all posts
Kat sungai golok, sempadan tu ada tak orang gi memancing kat sempadan? Air dia dalam maner? paras pinggang, atau
dalam2 tingkat atau lebih? Soalan ini dituju pada Chumpon atau orang Patani/Kelantan  ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ijad1986 This user has been deleted
Post time 20-1-2006 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 5-4-2004 12:36 PM
Kebanyakan orang Melayu pantai barat semenanjung...kureng sikit mereka tak rasa apa2 kerna dieorang takde waris di sebelah sana....kebanyakan mereka berasal dari sumatera..


Eh siapa kata??!! Sebenarnya ramai orang Melayu di Pantai Barat Semenanjung yang mempunyai waris di sebelah Patani sana... Malahan, ramai antara mereka adalah keturunan 'pelarian' Orang Melayu Patani yang lari setelah Siam menyerang Patani. Kalau nak kata cuma penduduk Pantai Timur Semenanjung jer yang ada waris kat sana, itu sudah salah.

Ijad sendiri berketurunan orang Patani, malahan keturunan kesultanan Patani lagi.. moyang perempuan Ijad orang Yala & Ijad panggil dia Tok Tijah. Arwah Tok Tijah melarikan diri ke Pulau Pinang bila negeri Patani diserang Siam. Kalau nak diikutkan jumlah asal orang Melayu Patani sebenarnya sangat ramai tapi setelah diserang Siam, hampir separuh rakyat negeri tersebut lari ke negeri
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 20-1-2006 12:56 PM | Show all posts

Kerajaan Ligor & Pugit - Kerajaan Melayu selain Patani di Selatan Thai??!!

Ijad ada terbaca dari satu sumber yang mengatakan selain negeri Melayu Patani, terdapat beberapa lagi kerajaan Melayu yang wujud sezaman dengan Patani di Selatan Thailand seperti Ligor & Pugit. Siapa sebenarnya penduduk Ligor & Pugit ni? Mereka ini Melayu ke? Dalam buku sejarah Malaysia, kerajaan Ligor selalu dikaitkan dengan negeri Kedah yang menjadi mangsa antara Burma & Siam suatu ketika dahulu...

Ijad sudah baca byk cerita sejarah tentang negeri Patani tapi sejarah tentang kerajaan Ligor & Pugit sgt sikit. Ijad tak pasti kerajaan Ligor & Pugit ini kerajaan Melayu atau tidak. Kalau dari segi geografi, kedudukan Ligor & Pugit adalah sebahagian dari kawasan 'Tanah Melayu' di Selatan Thailand.

Ada sesiapa atau keturunan Melayu Patani di sini yang ada sumber mengenai Ligor & Pugit??!!

[ Last edited by ijad1986 at 20-1-2006 12:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by ijad1986 at 20-1-2006 12:56 PM
Ijad ada terbaca dari satu sumber yang mengatakan selain negeri Melayu Patani, terdapat beberapa lagi kerajaan Melayu yang wujud sezaman dengan Patani di Selatan Thailand seperti Ligor & Pugit. ...

salam hormat   ...


Sebenarnya thread yg ijad bukak tu, sejak dari saya join forum ni tahun 2001 dah dibincangkan .. kira ni macam ulangkaji balik lah .. hehehe :bgrin:


Berkenaan kerajaan ligor yg ijad cakap tu, ia memang merupakan sebuah kerajaan melayu pada suatu masa dahulu .. juga merupakan 'old capital of the Langkasuka (Lakawn Suka) kingdom' . sekarang nie ia dikenali sebagai Nakhon SiThammarat. Di bandar Nakhon SiThammarat ini, memang ada sebuah biara lama, dinamakan Wat Maha Phrathat, dipercayai dibina pada zaman emas Srivijaya pada tahun 757 A.D


Filem Taloompuk yg merupakan kisah benar itu juga berlaku di wilayah Nakhon SiThammarat . Wilayah ini, selain Phattalung, memang terkenal dengan wayang kulitnya.  

Org Selatan Thai sekarang ini ada lagi yg masih menggunakan perkataan Ligor daripada perkataan Nakhon Si Thammalaaaaaaat (sebutan diorang) .



Jika Ijat hendak mempelajari sejarah ligor ini, saya recommend  kan ijad agar selalu membaca sejarah berkenaan Langkasuka, Raja Chola, Srivijaya, Majapahit, Pattani, Hikayat Merong Mahawangsa, Nagarakartagama, Nagara Sri Dhammaraja, Phra Nakhon Si Ayutthaya dsb .


berkenaan dengan Pugit tu, saya tak tahulah, tp sebutannya lebih kurang Phuket . sapa tahu Phuket merupakan sebuah kerajaan melayu satu ketika dulu ?? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by ijad1986 at 20-1-2006 12:31 PM


Eh siapa kata??!! Sebenarnya ramai orang Melayu di Pantai Barat Semenanjung yang mempunyai waris di sebelah Patani sana... Malahan, ramai antara mereka adalah keturunan 'pelarian' Orang Melayu  ...

ijad  ...


saya percaya memang ramai org utara Semenanjung nie asalnya dari Pattani, selain dari org Acheh dan India (muslim).  Sampai sekarang nie org Pattani masih berhijrah ke utara semenanjung ..


lihat ajelah di Penang sekarang nie, begitu ramai sekali org Pattani bekerja di sektor pembinaan, kilang, kedai makan TomYam dsb ..  kekadang tu saya tertanya2, sekarang nie saya berada di Kelantan atau Penang .. eh off topik plakkk


saya juga pernah terdengar yg (tok) nenek saya (menetap di Singkir) juga berasal dari sana tp mereka nie enggan bercerita .. saya pun malas nak tanya lelebih ..


Oh ya nak tambah sikit .. ramai jugak orang asli di Yala . Mereka nie digelar Sakai oleh pemerintah Siam .. hina betul .. tp dah tak ramai keluarga sakai ni kannnnnn ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by herman at 20-1-2006 08:28 AM
Kat sungai golok, sempadan tu ada tak orang gi memancing kat sempadan? Air dia dalam maner? paras pinggang, atau
dalam2 tingkat atau lebih? Soalan ini dituju pada Chumpon atau orang Patani/Kelant ...

man, aku bab-bab memancing ni kira minat jugak tp bila sampai kat Sungai Golok nie, aku selalu lupa nak memancing sebab asyik tengok mangga muda sampai lupa nak balik .. prrrffffthhh ...   



Sungai Golok tu panjang Man, tp setahu aku paras air Sungai Golok tak dalam kalau kat daerah Rantau Panjang tp kalau kat daerah TakBai/Pengkalan Kubur , airnya memang dalam ..

feri pun buleh lalu ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
ijad1986 This user has been deleted
Post time 23-1-2006 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 23-1-2006 12:17 PM

Oh ya nak tambah sikit .. ramai jugak orang asli di Yala . Mereka nie digelar Sakai oleh pemerintah Siam .. hina betul .. tp dah tak ramai keluarga sakai ni kannnnnn ?


A'ah... Siapa kata Orang Asli hanya boleh dijumpai di Malaysia? Mereka juga wujud di Wilayah Selatan Thai (bekas negeri Melayu Patani Besar), malahan mereka boleh dijumpai sejauh di wilayah Surat Thani. Mereka terdiri dari puak Semang, Moken atau Sea Gypsies & Proto-Melayu. Mereka mengalami nasib yang sama dengan masyarakat Melayu Thai iaitu diabaikan & dihina, malahan lebih teruk dari Melayu Thai... Seperti orang Melayu Thai, kerajaan Thailand cuba mengasimilasikan mereka ke dalam masyarakat Siam tapi tak berjaya....
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 23-1-2006 08:52 PM | Show all posts
Dulu, Tun Dr. Mahathir pernah mencadangkan agar kerajaan Thai memberikan kuasa autonomi kepada  wilayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ijad1986 This user has been deleted
Post time 23-1-2006 09:29 PM | Show all posts
Thak you so much for all the infomation, chumpon

Originally posted by chumpon at 23-1-2006 12:15 PM

Berkenaan kerajaan ligor yg ijad cakap tu, ia memang merupakan sebuah kerajaan melayu pada suatu masa dahulu .. juga merupakan 'old capital of the Langkasuka (Lakawn Suka) kingdom'.


Apa maksud "Lakawn Suka" tu & kenapa ia dieja macam tu??!! :stp::stp::stp:

Originally posted by chumpon at 23-1-2006 12:15 PM

Filem Taloompuk yg merupakan kisah benar itu juga berlaku di wilayah Nakhon SiThammarat.


Ijad pun tau pasal ni,.. kalau tak salah, Tajuk filem "Taloompuk" tu berasal dari nama tempat yang dikenali sebagai Tanjung Talumpok oleh orang Melayu Thai...

Originally posted by chumpon at 23-1-2006 12:15 PM

Jika Ijat hendak mempelajari sejarah ligor ini, saya recommend  kan ijad agar selalu membaca sejarah berkenaan Langkasuka, Raja Chola, Srivijaya, Majapahit, Pattani, Hikayat Merong Mahawangsa, Nagarakartagama, Nagara Sri Dhammaraja, Phra Nakhon Si Ayutthaya dsb .


Manalah Ijad nak cari semua maklumat tu??!! Nampak gayanya terpaksalah Ijad ke perpustakaan negara kalau nak cari sumer maklumat tu.. Cari kat internet cuma sikit jer dapat... kalau nak cari sumber sejarah dari negara Thailand tak mungkin sebab banyak sejarah keagungan kerajaan Ligor yang sudah 'dihapuskan' oleh orang Siam....:hmm::hmm::stp::stp:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 01:38 AM | Show all posts
Itu hari saya tengok TV3, di Segenting Kra pon masih ada orang melayu muslim, walaupon lokasinya sudah jauh ke utara semenanjung Thai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 24-1-2006 01:38 AM
Itu hari saya tengok TV3, di Segenting Kra pon masih ada orang melayu muslim, walaupon lokasinya sudah jauh ke utara semenanjung Thai.



bukan setakat di segenting kra...malah di bangkok sendiri pun ramai masyarakat melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by ijad1986 at 20-1-2006 12:31 PM


Eh siapa kata??!! Sebenarnya ramai orang Melayu di Pantai Barat Semenanjung yang mempunyai waris di sebelah Patani sana... Malahan, ramai antara mereka adalah keturunan 'pelarian' Orang Melayu  ...


ijad....ramai yang dimaksudkan itu bagaimana?.... berapa ramai...

memanglah ada juga serpihan atau tempias orang yang asal patani perpindah kesebelah sana...tetapi tidak sejenuh jumlah yang ada di pantai timur...

kalau ijad berada di pantai timur...boleh terasa 'terus' apa yang mereka rasa...ibarat duduk di sebelah kita.. .ituyang saya maksudkan.. bukan tidak ada langsung orang asal patani di sana...sebaliknya jika berada di kelantan apa yang mereka 'pekikkan' akan terus terdengar masuk kedalam rumah kita...

p/s : jarak kita dengan mereka adalah sepelaungan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 01:12 PM | Show all posts
orang siam ni perasan lebih .. sekarang kena tindas dek pemerintahan Thaksin Cinawaaaaaat .. dia tu Cina ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 01:26 PM | Show all posts

Reply #5 Lloni's post

kat mana yg ramai melayu tu ??
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 25-1-2006 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 24-1-2006 01:38 AM
Itu hari saya tengok TV3, di Segenting Kra pon masih ada orang melayu muslim, walaupon lokasinya sudah jauh ke utara semenanjung Thai.


Segenting Kra mendapat namanya dari nama Melayu, Kera kerana di sana terdapat banyak haiwan kera. Orang Melayu adalah penduduk asal Segenting Kra & kerajaan Srivijaya pernah menjajah seluruh Wilayah Selatan Thai yang merangkumi Segenting Kra. Tak hairanlah kenapa ada orang Melayu di Segenting Kra.. Bila nama genting yang dipanggil 'Kera' tu diSiamkan, terus jadi Kra...

Originally posted by Lloni at 25-1-2006 12:30 PM

bukan setakat di segenting kra...malah di bangkok sendiri pun ramai masyarakat melayu....


Apa nak hairankan kalau ramai orang Melayu di Bangkok? Bangkok tu ibu negara Thailand, jadi ramailah orang Melayu dari Selatan Thai yang berhijrah ke sana... Di Thailand, orang Melayu dipanggil Muslim-Thai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 25-1-2006 08:16 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 25-1-2006 12:45 PM

ijad....ramai yang dimaksudkan itu bagaimana?.... berapa ramai...

memanglah ada juga serpihan atau tempias orang yang asal patani perpindah kesebelah sana...tetapi tidak sejenuh jumlah yang  ...


Iya.. Ijad faham apa maksud Lloni tapi kalau Lloni tengok peta, negeri Patani bersempadan dengan 4 buah negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kelantan, Kedah & Perak.. Jadi kalau mereka nak lari, takkan la mereka cuma nak lari ke Kelantan saja??!! Mesti ada juga yang lari ke Kedah, Perlis & Perak Utara... Malahan, ada yang lari sejauh Pulau Pinang & Terengganu sebab diorang khuatir pihak Siam akan mencari diorang... Bonda Raja Perlis/Yang Di-Pertuan Agong kita yang sekarang ni pun adalah puteri raja Patani yang berkahwin dengan Almarhum Raja Perlis sebelum nih...

Originally posted by chumpon at 25-1-2006 01:12 PM
orang siam ni perasan lebih .. sekarang kena tindas dek pemerintahan Thaksin Cinawaaaaaat .. dia tu Cina ..


Setahu Ijad, Raja Thailand sekarang ni pun tak suka dengan Thaksin. Raja Thailand tu minta agar Thaksin menjaga hati orang Muslim-Thai (Melayu Thai), jangan terlampau berkeras kat diorang & jangan amik tindakan undang-undang pakai suka hati dia (Thaksin) jer... Raja Thailand prihatin dengan apa yang berlaku pada rakyatnya tanpa mengira perbezaan agama tapi Thaksin tidak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2006 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by ijad1986 at 25-1-2006 07:08 PM


Segenting Kra mendapat namanya dari nama Melayu, Kera kerana di sana terdapat banyak haiwan kera. Orang Melayu adalah penduduk asal Segenting Kra & kerajaan Srivijaya pernah menjajah ...


berhijrah aper...bila kalah perang 1786, kena bawak kat sana jadi hamba abdi kat Bangkok...

[ Last edited by herman at 25-1-2006 10:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 11:14 AM | Show all posts
kalau nak diambil kira bukan orang melayu di daerah patani saja yang ditindas tetapi keseluruhan wilayah yang didiami oleh majoriti orang melayu termasuklah yala..menara...singgora..semualah...semua wilayah tersebut adalah dulunya dalam jajahan patani besar...oleh itu kalau bercakap pasal patani maka wilayah lain nya terikut sama....

eg. kes tunjuk perasaan yang berakhir dengan tragedi tahun  lepas...bunyi tembakan di 'sebelah sana' jelas kedengaran oleh penduduk di kg. munduk dan machang ghochoh...mereka berhimpun sama dan bertanya khabar 'terus'....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 01:35 PM | Show all posts
  


  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 01:36 PM | Show all posts
Thaksin Cipta Masalah Baru Cabar Kewujudan Sejarah Masjid Kerisek.




Ini adalah kes yang terbaru mampu memeranjatkat kita semua sebagai pencinta sejarah. Di hadapan Masjid Keresik yang bersejarah itu, terdapat sebuah Tokong Bhudda yang baru saja di bina dengan sokongan pihak berkuasa Siam. Betul-betul bersebelahan dengan masjid bersejarah ini. Apa muslihat sebenar pentadbiran Thaksin? Apakah dia mahu buat penambah-baikan atau nak tambah lagi penyakit yang sedia dah sakit? Sebenarnya, pihak kerajaan Thailand cuba mengelabui mata masyarakat Melayu bahawa tokong ini adalah yang terlebih dahulu dibina daripada Masjid Kresik. Namun Rakyat Patani atau masyarakat Melayu Islam Fatani telah tahu terlebih awal akan niat jahat atau helah yang cuba dimainkan oleh pihak kerajaan pimpinan Thaksin.  Mereka sudah masak dengan bukti perangai samseng pemimpin Siam dahulu dan sekarang.



Siam adalah satu bangsa yang sangat bersifat perkauman. Kuat sangatkah mereka? Membunuh manusia atau 扜enocide
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.143474 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list