CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
Post time 14-2-2012 03:38 PM | Show all posts
sebenarnya masa update yg lepas tu Sha stop kat tu..kira mcm dah sedang2 elok jerrr..sbb masa baca tu tengah malam..sorang2 pulak... baru nak seram tetiba dah abih citer...hahaha..legaaaa... sambungan yg malam ni akan di baca esok pagi...kewkkwkw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 04:19 PM | Show all posts
sapa2 yang ada dalam friend list sha kat facebook,mmg selalu dpt reminder mcm tu,ok kan? ekekeke ...
cik_es Post at 11-2-2012 10:55 PM



    OK sangat. Lagi senang agar tak tertunggu-tunggu atau tak missed update dari Sha nanti. Thanks dear
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 05:42 PM | Show all posts
thanks Ecah..
nak baca sambungan esok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:19 PM | Show all posts
malam ini..... tunggu esok la baca...terisi gak masa nnt... cayok cik es...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:22 PM | Show all posts
tgh menunggu cik es update nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:46 PM | Show all posts

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

Suka baca citer ni malam2 pastu seram sendiri..tp dh mcm addict plak baca mlm2 sblm tdo.. :-)


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2012 11:10 PM | Show all posts
salam....

maaf, mlm ini juga berkemungkinan tiada update kerana TT a.k.a cik_es tidak berapa sihat... kita biarkan dier berehat mlm ni dan esok boleh sambung update... doakan supaya cik_es cepat sembuh....

sekian
nota kaki: pesanan ini ditaja oleh liza blekkaren pembantu kesayangan TT
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:44 AM | Show all posts
Reply 1227# nidzrain

cian cik es..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 08:09 AM | Show all posts
salam....

maaf, mlm ini juga berkemungkinan tiada update kerana TT a.k.a cik_es tidak berapa siha ...
nidzrain Post at 14-2-2012 23:10



sian ecah...hrp dia jaga diri baik2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 09:44 AM | Show all posts
x tahan tgk avatar cik es..mata buntang..klau tenung lelama seram pun ada..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 09:53 AM | Show all posts
Ya Allah.. Rupanya Sha tertido semalam di ruang tamu. Ingatkan Sha nak baring sekejap semaalam sbb r ...
cik_es Post at 15-2-2012 09:03



as salam.. heheeee  
dah semangat nk baca awl2 pagi ni..on pc ofis pkl 8.30 sharp, email ofis pun buka lmbt.
it's ok Cik_Es, sy sedia menungguuu...!!
citer best kan..  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:45 AM | Show all posts
Ya Allah.. Rupanya Sha tertido semalam di ruang tamu. Ingatkan Sha nak baring sekejap semaalam sbb r ...
cik_es Post at 15-2-2012 09:03

takpe......... harap sha dah sihat.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 12:22 PM | Show all posts
salam,
Harap Ecah cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 10:42 PM | Show all posts
23...

Lebih kurang satu jam lebih, kami asyik bermain gitar dan tengok video-video lagu akustik yang terdapat di youtube. Setelah beberapa lama di luar, aku menguap tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Danny yang menyedari, terus mengajak aku masuk balik dalam rumah untuk masuk tidur je. Mata ku mulai berat, dah mula rasa mengantuk yang tak dapat dibendung lagi.

Sebaik sahaja aku ingin melelapkan mata, kedengaran lagi ayat yang serupa.

"Kak...cakap pada papa,maafkan Nani"
"Kenapa dia tak suka Nani kak..?"
"Kenapa dia buang Nani kak.."
"Kenapa Nani tak boleh jadi macam orang lain kak?"
"Kenapa kak..?"
"Kak...dah nak balik?"

Suara itu jelas kedengaran,kerana Danny pun turut memandang ke arah aku,tanda dia mendengar. Tetapi suara itu ternyata bukan suara orang lain..tetapi suara Adib..Adakah Adib mengigau atau..? Aku mengerut dahi. Danny juga begitu. Agak lama juga kami berpandangan sesama sendiri. Aku yang pada mulanya sudah berbaring,kembali duduk sebab rasa seram mendengar Adib berkata begitu dalam tidurnya. Bagi Danny,mungkin Adib sekadar mengigau,tetapi bagi aku..kata-kata itu sudah ku dengar sedari awal, datangnya dari suara kanak-kanak mungkin dalam lingkungan usia 5 ke 6 tahun begitu, bertanyakan soalan-soalan yang tidak ku fahami. Anak siapa kah? Pasti sudah mati,kalau masih hidup takkan lah dia berbicara seperti itu. Memikirkan orang yang sudah mati yang memilih untuk berbicara sebegitu,aku termenung seorang diri. Mana Swati ya,lama dia tidak 'menjengah'?

Aku masih lagi dalam kedudukan duduk tapi Danny sudah pun berbaring semula,mungkin sudah mengantuk sangat dan menganggap Adib sekadar mengigau. Aku mula susah hati. Rasa seram sejuk. Hendak mengadu,macam tak sesuai pula waktu macam ni. Aku paksa diri aku untuk lelapkan mata semula. Tapi,baru sahaja nak terlelap,sekali lagi,suara Adib kedengaran.

"Kak...cakap pada papa,maafkan Nani"
"Kenapa dia tak suka Nani kak..?"
"Kenapa dia buang Nani kak.."
"Kenapa Nani tak boleh jadi macam orang lain kak?"
"Kenapa kak..?"
"Kak...dah nak balik?"

Ia nya berulang bukan setakat sekali dua,tapi berkali-kali dan aku merasa amat terganggu. Rasa mengantuk yang menguasai sudah mula hilang gara-gara mendengar suara Adib yang kedengaran mengigau. Aku kembali duduk seperti awal tadi,menjengah ke arah sofa tempat Danny melabuhkan diri,ternyata Danny sudah nyenyak dengan handphone yang masih di tangan. Adib masih lagi menyebut ayat tu berulang-ulang,dengan nada perlahan. Melihatkan Danny yang tidur dengan handphone masih di tangan,aku sms dia,dengan harapan dia akan bangun. Tapi,hampa sebab Danny hanya mengalihkan handphone nya ke tepi selepas ia berbunyi seketika. Tak sedar lah pulak mamat nih,haihhh..

Aku enggan lagi mempedulikan Adib. Mata ku ditutup rapat-rapat,walaupun tak dapat lelap.Suasana sekeliling sunyi. Sepi. Namun tak juga dapat menenangkan hatiku yang sudah semakin tak menentu memikirkan siapakah Nani sebenarnya?

"Kakak.."
"Kakak..Nani tahu kakak belum tidur.."

Ahh..dia buat balik dah! Adib kembali bersuara,tetapi membahasakan dirinya sebagai Nani.Atas perasaan yang sedikit berani, aku membukakan mata kembali,perlahan-lahan. Tersentak apabila terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri bertentangan dengan Adib,seolah-olah memerhatikan Adib yang sedang nyenyak tidur. Aku tergamam dan tangan mulai menggigil. Aku cuba bertenang kerana situasi seperti itu bukan pertama kali berlaku dan aku mesti bertenang. Itu lah yang pernah salah seorang Ustaz aku ajar dahulu, kita manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Allah hingga dilantik sebagai khalifah di bumi, mana mungkin ada mahkluk lain yang perlu kita takut sangat akan kewujudan mereka. Aku menarik nafas dalam-dalam, pada masa yang sama aku masih lagi memerhatikan kanak-kanak perempuan itu. Tetapi sebaik sahaja aku mengelipkan mata beberapa kali, kanak-kanak itu sudah hilang dari pandangan. Dengan pantas aku menoleh ke belakang,bimbang kiranya kanak-kanak itu sudah beralih ke belakang aku pulak, fuh nasib baik tak ada!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 10:42 PM | Show all posts
Belum lagi sempat nak menarik nafas lega,aku kembali tersentak apabila kanak-kanak itu sudah berada betul-betul di hadapan aku sambil bercekak pinggang,tetapi tersenyum. Wajahnya yang comel itu tidak dapat menghilangkan perasaan takut aku, aku menjerit sekuat hati dan jeritan itu mengejutkan Danny dari lenanya. Danny bergegas menghampiri aku dan bertanyakan kenapa. Aku menangis dan memeluk Danny sekuat hati, Danny terkejut dan dia kelihatan serba salah. Danny seperti cuba untuk melepaskan dirinya dari aku namun dia kelihatan kaku. Aku faham dia bukan jenis yang biasa begitu lebih-lebih lagi aku tahu dia seorang yang boleh tahan jugak pegangan agamanya sejak aku tahu dia sangat menjaga solat sama seperti abangnya Adib, tapi.. aku dah tak peduli semua tu dalam waktu-waktu macam ni,aku takut ok! Lantaklah kalau dia nak anggap aku apa selepas ni, sempat lagi aku berfikir akan itu.

Melihatkan Danny yang kehilangan kata-kata itu,aku mula melepaskan pelukan perlahan-lahan dan mendongak ke wajahnya. Ternyata dia terkejut. Aku pula serba-salah,bimbang sekiranya dituduh mengambil kesempatan. Hish,kenapa la fikiran berserabut sangat waktu ni. Aku mula teringatkan kanak-kanak tadi,masih adakah dia? Aku memerhati sekeliling,tiada. Aku bersedia akan kemungkinan kanak-kanak itu akan muncul secara tiba-tiba lagi. Tetapi,tak ada jugak. Main nyorok-nyorok ke apa kau ni?

"Err..sorry!" kataku pada Danny. Aku berdiri,Danny ikut sama.
"Kenapa tadi? Ada yang ganggu ke?" Danny bertanya.
"Tadi..ada sorang budak perempuan.. tadi dia kat situ.." aku menunjukkan tempat di mana kanak-kanak itu berdiri tadi.
"Lepas tu,dia cakap sesuatu..berulang-ulang.." belum sempat aku menghabiskan ayat, sekali lagi Adib seolah mengigau, menyebut ayat yang sama seperti tadi. Aku agak terperanjat. Seolah-olah budak perempuan itu sebenarnya sudah berada dalam badan Adib. Atau pun mungkin secara kebetulan sahaja Adib bermimpi benda yang sama,mungkin?

"Haa..ayat tu la budak tu dok ulang-ulang dari tadi!" kataku,Danny mengajak aku menghampiri Adib.
"Cuba awak sembang dengan dia.." Danny mengarahkan. Aku terpinga-pinga. Sembang? Nak sembang pasal apa? Aku garu kepala.
"Sembang apa pulak? Ish tak reti la. Dia kan tido tu" jawab ku.
"Tak nak try?" tanya Danny. Aku menggeleng kepala. Serious tak reti,nak sembang dengan orang tido,macamana tu?
"Sy cuba k.." kata Danny. Ha,elok sangat la tu,gi la cuba,sebab aku tak faham.
Maklumlah, gear tak berapa nak cekap pick up nya punn...

Danny terdiam. Aku pun sama,terdiam jugak. Lohh,tadi kata nak sembang? Mana sembangnya?Tak start pun lagi? Aku nak tergelak pulak. Aku menahan ketawa,reaksi muka Danny yang agak comel membuatkan aku nak gelak je. Danny tengah fikir dia nak cakap apa, sampai berkerut-kerut dahi memikir.

"Abang Adib..." panggilnya. Aku kembali serius. Berdebar menanti response dari Adib. Tapi,tiada jawapan.
"Err.. sy rasa kita kena panggil dia Nani kot?" aku seakan berbisik pada Danny,bimbang didengari,padahal tak ada orang lain.
"Awk la panggil.." kata Danny, eleh takut la tu! Aku memandang ke arah Adib. Nyenyak. Keningnya yang tebal tersusun rapi,seolah dilukis. Rambutnya yang hitam,kulitnya yang mulus dan bibirnya yang merah kerana tidak pernah merokok itu benar menarik perhatian aku. Ehhhhhh kenapa aku ni,lain pulak diperhati,aku beristighfar. Aku fokus kembali pada mata Adib,walaupun matanya tertutup rapat,namun matanya seolah bergerak ke kiri kanan, adakah Adib bermimpikan sesuatu?

"Nani...." panggilku. Mata Adib yang tadi bergerak kiri kanan,terhenti. Ya,ia nya tertutup rapat,seperti tadi. Walaupun matanya tertutup rapat tapi aku merasakan seolah-olah Adib sedang memandang ke arahku. Namun,jiwanya bukan jiwa Adib. Tetapi,insan lain.

"Nani....kalau Nani dengar,Nani jawab akak ni tanya" kata Danny,mula "bersembang". Aku mula faham dengan maksud Danny yang mengajak bersembang dengan Adib tadi. Aku mesti cuba,ini lah masanya. Sebenarnya memang pernah mendengar tentang misteri orang yang sedang mengigau. Orang kata,kalau kita dengar orang mengigau,cuba bawa dia bersembang dan tanya soalan-soalan yang kita teringin nak tanya tapi tak berani pada waktu dia sedar, kita boleh tanya pada waktu dia mengigau, Insya Allah dia akan menjawab. Tapi sejauh mana kesahihan fakta tu,aku pun tak pasti. Nak buat eksperimen lah ni,adoi!

"Nani..." panggil ku lagi,buat ke sekian kali.
"Ermm...?" Adib menyahut. Mak aihh!! Terperanjat aku dan Danny,walaupun dia hanya menyahut dengan satu perkataan itu saja.
"Errr.... Nani kenal akak ke" aku tanya lagi.
"Tak kenal...tapi Nani tau akak nampak Nani" kata Adib,masih membahasakan dirinya Nani.

"Nani..umur berapa?"
"Belum sekolah.."
"Belum sekolah..4 tahun ya?"
"Nani tak sekolah"
"Kenapa tak sekolah?Nani malas ya?"
"Nani tak sekolah" jawapannya berulang. Aku memandang Danny,Danny memberi isyarat untuk meneruskan saja.
"Nani buat apa kat sini? Rumah nani kat mana?"
"Nani tak sekolah.." Ya Allah budak ni la.. Danny dah tergelak kecil.
"Ok,Nani tak sekolah tak apa.."
"Mak tak bagi Nani sekolah"
"Ye ke?Kenapa?"
"Mak tak suka Nani"
"Kenapa?"
"Nani tak tahu"
"Nani nakal kot,sebab tu mak marah Nani ke.Bukannya tak sayang" aku sudah mula selesa berbicara dengan Adib, ermm..Nani.
"Nani tak nakal.Tak sekolah"
"Nani kecik lagi kot,belum boleh pergi sekolah lagi"
"Mak buang Nani. Macamana nak sekolah?" tanya Nani.
"Mak buang Nani ke mana?"
"Nani tak tahu.Mak bunuh Nani kak"

Aku mula berdebar-debar. Nani mangsa pembunuhan?Tapi dalam berita,aku tak dengar mana-mana kes pembunuhan di sini. Atau adakah Nani dibunuh, mayatnya ditanam atau dicampak ke mana-mana kemudian tak ada orang tahu? Ataupun kesnya tidak digembar-gemburkan? Atau pun Nani ditanam dan disimen di dalam lantai rumah seperti kes Mona Fendy? Adakah mayatnya dikerat 17? Hish, aku memejamkan mata. Pelbagai andaian sudah terbayang. Semuanya buruk belaka,semuanya menakutkan. Seram.

Perbualan terhenti seketika. Aku ragu-ragu untuk meneruskan,bimbang andai pengakhirannya nanti membawa kepada penemuan mayat Nani. Aku tak sanggup,tak kuat untuk itu. Aku memilih untuk menghentikan sahaja perbualan itu setakat itu,tetapi tidak bagi Danny. Ternyata Danny mahu meneruskan, aku mengarahkan Danny untuk tidak lagi bertanya apa-apa,tapi tidak diendahkan. Giliran Danny pula bertanya.

"Nani...abang nak tanya?" Ok,terkedu terus aku. Abang? Haha!
"Erm...?" sahut Nani lagi,melalui Adib.
"Kenapa mak bunuh Nani"
"Nak tak tahu"
"Mana Nani sekarang?" Ya Allah,jangan lah dia cakap dia dah tertanam kat lantai rumah,aku berdoa! Sungguh!
"Nani kat tempat gelap..sunyi sangat.." Ahh,sudah!
"Kat mana tu?Kalau abang boleh jemput Nani,abang jemput"
"Nani tak tahu.." fuhhhhhhh,lega! Kalau tak,harus sekarang ni jugak Danny ajak aku 'jemput' Nani yang dah tak bernyawa.
"Nani tak tahu atau..Nani takut nak beritahu abang?" pujuk Danny,enggan berputus asa.
"Kat sini gelap"
"Banyak rumput-rumput tak?" Apa punya soalan ni.
"Nani tak tahu"
"Ada tanah tak?" tanya Danny.
"Nani tak tahu"
"Aaaa..." sebelum Danny bertanya lebih lanjut,aku mencuit lengan nya. Sekali lagi,dia tak selesa. Eh,macam lah aku nak pegang kau sangat!

"Hei,sudah lah tu,jangan desak dia.Budak lagi tu,mana dia tahu apa" kataku.

Danny diam sahaja. Aku tahu dia sebenarnya ingin tahu apa yang berlaku pada Nani,aku pun macam tu.Cuma,adakalanya lebih baik kita tak tahu dari kita tahu. Tapi,ni dah tahu separuh jalan,nak hentikan begitu je,aku pulak rasa tak sedap hati. Anak siapa kah Nani ni sebenarnya? Adakah anak jiran dari kawasan rumah berhampiran?

Adib yang tiba-tiba terbangun membuat kami tersentak. Adib kelihatan terpinga-pinga melihat aku dan Danny yang duduk betul-betul di hadapan dia. Adib terdiam. Danny pun diam. Aku pun. Tak tahu kenapa situasi macam tu tiba-tiba jadi lucu pulak, aku dengan Danny sudah ketawa berdekah-dekah melihat wajah Adib yang keanak-anakan itu, blur sangat! Adib tak faham apa yang berlaku. Bimbang juga kalau-kalau dia marah. Tapi,memang tak boleh tahan dah,kami gelak juga akhirnya. Padahal jam sudah menghampiri pukul 4 pagi.

"Korang ni apahal?Aku mengigau ke?" tanya Adib.
"Memang! Hahaha.." Danny menyambung ketawa.
"Aku ngigau ape?"
"Entah.. tak dapat nak faham apa abang cakap tadi" kata Danny,nampaknya dia memilih untuk merahsiakan.

Adib bengang kerana tidurnya seolah terganggu. Danny beredar dari situ dan mengarahkan aku untuk sambung tidur sahaja. Aku teringat kembali persoalan dan jawapan yang diberikan Nani tadi, adakah benar dia wujud?

Aku baru hendak baring semula, tiba-tiba Adib bersuara lagi.

"Sha..." panggil Adib.

Aku menoleh.

"Nani mana...?" soalan Adib yang tidak lagi melalui mimpinya, kerana Adib sedang merenung ke arah ku, menanti jawapan.

Err... nak jawab apa ni?

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:55 PM | Show all posts
camne adib leh kenal si nani tuh plak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 11:03 PM | Show all posts
lohhhhh...mistrri bangetttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:04 PM | Show all posts
Hah?macam mana abg adib boleh tau pasal nani??misteri sungguh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 11:04 PM | Show all posts
camne adib leh kenal si nani tuh plak?
berusjamban Post at 15-2-2012 22:55


jawapan dalam sambungan-sambungan akan datang... saja nak pesan, jangan baca cerita ni dari sudut logik akal sebab itu ia nya dipanggil misteri
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:30 PM | Show all posts
cepat la hari menuju ke hari Sabtu..... bersabar menunggu sambungan...

::Seram Mode::
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.290700 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list