CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

     Close [Copy link]
Post time 28-6-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 28-6-2018 02:29 PM
ehhh yeke?? habis tu kenapa sangkut pulak. pelik nyaaa. tak psl2 jd OKT

Sebab orang tuduh tue sebut Akmal sahaja..lain kali mention la akmal akif ke akmal zuhairi..tu saya cakap sebelum nie bukan tuduh mana2 pihak buat kerja.Kita tunggu dan lihat.Imposible la akmal akif yang bagi cadangan hantar surat layang tu terlibat. Tu makan diri namanya. Manakala yang terlibat pulak bebas. Harap2 boleh satle la tahun nie kan. Jangan bertahun2 sudah la.esok rasanya tangguh kot bulan ogos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2018 04:39 PM | Show all posts
jurulatih yang tak amanah and tak professional at all. sekarang kau tanggung lah rasa bersalah dan kau tak mungkin akan lupa tentang kematian arwah zulfarhan. sekurang2 nya aiman aufa dan akmal akif dah mencuba and lakukan tanggungjawab diorg. bagus korang ni. berani n ada jugak la effort dari nak banding kan yg lain2. cara aiman n pakcik grab cerita.. mmg kecedearaan arwah tu teruk.... tak faham camne doc as salam tak trigger langsung.. terus sedih lepas baca kes surat layang aiman tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 04:41 PM | Show all posts
mizruncing replied at 28-6-2018 02:45 PM
rasa mcm Hari ada dlm bilik tu jgk. tp kejadian 'soal siasat' ni berlaku antara dorg bertiga je. t ...

rasanya bukan dorang bertiga dalam bilik 305..sbb mengikut statement hari dia baru balik dari event dan tersempat dengan roomate bilik dia (406) dorang nak ke bilik 305 untuk certain matter kn..bilik zulfarhan 306
so mybe hari tak tahu lagi time tu pasal ape..lepas hairi ckp dia suspect arwah mencuri bru dorng ke bilik 306..tpi arwah tidur dah..tpi mybe hairi pergi kejut jgk arwah..

dan ikot kronologi mmg mlm 21 may tu arwah dah kena belasah. tapi nape hari tak terlibat..tu pelik

Othman berkata, semua tertuduh memukul dengan tangan dan menendang mangsa tiga jam berturut-turut bermula jam 2.30 pagi 21 Mei 2017 sehingga jam 5.30 pagi hari sama dan tindakan sama berulang pada jam 1.30 pagi sehingga jam 4.30 pagi, keesokannya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
SUASANA sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi menjerit, melakonkan semula detik dia ditekap seterika dengan kaki dan tangannya diikat oleh rakan-rakan seuniversitinya, tahun lalu.

“Tolong!!!!! Panas!!!!!,” jerit Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), sambil berdiri di kandang saksi selepas diminta Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah melakonkan detik itu pada prosiding perbicaraan hari ke-12, hari ini.

Senabil merupakan individu yang melihat Zulfarhan ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017.

Terdengar istighfar “Allahuakhbar”, “astaghfirullah” dari galeri awam yang dipenuhi keluarga mangsa, keluarga tertuduh, pihak media dan orang awam yang mengikuti prosiding perbicaraan itu.


Ibu Zulfarhan juga kelihatan tidak mampu menahan sebak dan menangis mendengar jeritan itu.

Mengimbas kejadian itu, saksi pendakwaan ke-24 yang merupakan penghuni bilik 3-06, iaitu rakan sebilik Zulfarhan berkata dia pergi ke bilik 4-10 tersebut pada kira-kira 12 tengah malam berkait kes kecurian komputer riba yang dikatakan membabitkan Zulfarhan.

Di bilik itu, Abdoul Hakeem Mohd Ali, yang merupakan tertuduh keenam bertanyakan beberapa soalan kepada Zulfarhan namun mangsa dikatakan memutar belit jawapan menyebabkan Hakeem terus menumbuk perut mangsa sebanyak dua kali diikuti seorang lagi tertuduh iaitu Muhamad Danial Firdaus Azmir.

Senabil berkata Hakeem kemudian menyuruh Zulfarhan membuka seluar dan terus menyambung memukul mangsa sebelum tidak lama kemudian lebih dari 10 individu lagi masuk ke bilik itu.

Saksi itu berkata selain memukul menumbuk dan menendang mangsa yang ketika itu hanya memakai seluar pendek “boxer”, Hakeem turut memukul menggunakan penyangkut baju manakala Danial menggunakan batang penyodok sampah.

Katanya ketika dipukul, Zulfarhan memberitahu dia tidak mengambil komputer riba itu namun Hakeem dan Danial terus memukul mangsa.

Senabil berkata sehingga 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkannya bersama Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.

Katanya ketika itu Akmal memegang satu seterika wap dan sambil Hakeem yang duduk di atas kerusi bertanyakan soalan, Akmal menekap seterika itu di kaki dan badan Zulfarhan.

“Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat,” katanya menambah tidak lama kemudian Azamuddin juga mula memukul mangsa.

Kepada soalan Othman siapa lagi yang menekap seterika kepada Zulfarhan selain Akmal, saksi itu berkata mereka ialah Afif, Shobirin, Azamuddin dan Najib.

Ketika ditanya bagaimana keadaan Zulfarhan ketika itu, Senabil berkata mangsa yang menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.

“Disebabkan Zulfarhan masih tidak mengaku, Hakeem menyuruh Akmal berhenti dan membuka ikatan mangsa,” katanya menambah Akmal kemudian mencuci lantai bilik itu yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa.

Terdahulu Senabil juga memberitahu dia membuat satu laporan polis dua minggu lalu berikutan bapa kepada Najib mengugutnya supaya mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar mengenai kejadian itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Akmal, Azamuddin, Najib, Afif, Shobirin dan Hakeem mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman Abdullah bersambung 16 Ogos. – Bernama, 28 Jun, 2018.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeasabri replied at 28-6-2018 06:56 PM
SUASANA sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Zulfarhan Osman ...

MasyaAllah...sedih bacanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeasabri replied at 28-6-2018 06:56 PM
SUASANA sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Zulfarhan Osman ...

Ya Allah.. Sedihnya.. Sakit sgt

Pakk cikk.... Da
ah kenapa bapak najib pg ugut senabil plak nie supaya x bercakap benar.. Pakcikk nak bela anak biar berpada2. Bukankah keluarga pakcik dr gol akademik.. Wife pakcik cikgu kan.. Kr pakcik cikgu.. Sy pon dah lost memory
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram plak ngan bapak najib nie..
Nk selamatkan ank sdri punyer pasal.. Pg ugut2 org plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2018 08:13 PM | Show all posts
gila laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 08:17 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: There was a tense atmosphere in the High Court today when a prosecution witness recounted how Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) cadet officer Zulfarhan Osman Zulkarnain, who was allegedly murdered, was tortured by more than 10 students last year.

Zulfarhan’s mother Hawa Osman who sat at the public gallery during the proceedings could not hold back her tears when Ahmad Senabil Mohamad testified as the 24th prosecution witness.

Senabil told the court that he had lodged a police report two weeks ago when one of the accused, Muhammad Najib Mohd Razi’s father, a police officer stationed in Ipoh, Perak, approached him and told him to give false statement during the trial.

The 22-year-old, who was a human resource undergraduate, said he was in the room when Zulfarhan was beaten and burnt with a steam iron by several other cadets due to dispute over a laptop.

“On the night of May 22, 2017, about 12am, Abdoul Hakeem Mohd Ali ‘investigated’ Zulfarhan about the missing laptop before punching him several times as he was not satisfied with the answer.

“Abdoul Hakeem then told Zulfarhan to take off his pants before continuing to beat him together with a group of students – Muhamad Ashraf Abdullah, Ahmad Shafwan Berdal, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Najib, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany, Muhammad Sufi Mohd Mustapha and several others.

“The group continued to beat Zulfarhan with hanger, rubber shoe, and wood until 3.30am before they left the scene except myself, Syafiq, Abdoul Hakeem, Azamuddin, Najib, Afif, and Akmal.

“Suddenly, Akmal armed with the steam iron, placed it on Zulfarhan’s feet and body,” he said during examination-in-chief by deputy public prosecutor Othman Abdullah.

He said Zulfarhan, with his arm and feet tied, had screamed ‘Tolong’ (help) and ‘Panas’ (hot) when the steam iron was placed on his body by Akmal, Shobirin, Azamuddin, Najib, and Afif with Abdoul Hakeem ‘interrogating’ Zulfarhan.

“Zulfarhan was abused until 6am before he was tied to the nearby table before the group continue their torture and beating,” he said, adding that he and Syafiq did not participate in the beating.

Senabil said he could not do anything to help Zulfarhan as he was afraid that the group would beat him too.

“After the abuse, Abdoul Hakeem told Akmal that Zulfarhan did not confess to the theft and ordered the group to stop the torture and release the victim.

“He told Akmal to clean the room as it was smeared with sweat and Zulfarhan’s blood. He also told Akmal to ‘take care’ of Zulfarhan.

“I did not see any burn remarks on Zulfarhan’s body that day,” he said.

Senabil said he did not report the incident to the university as he was afraid Zulfarhan and the rest would be expelled from the institution.

Zulfarhan, a third year student, died on June 1 last year at the Serdang Hospital, due to severe injuries.

Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Afif Najmudin, Muhammad Najib, and Mohamad Shobirin are jointly charged with murdering Zulfarhan; while Abodul Hakeem is charged with conspiracy to commit murder.

All six face the mandatory death sentence upon conviction.

The six and 13 other students, all aged 22, also pleaded not guilty to voluntarily causing grievous hurt to Zulfarhan with the intention of extracting a confession from Zulfarhan for allegedly stealing a laptop.

The offence was allegedly committed at room 04-10 Jebat Hostel Block, UPNM, between 2.30am and 5.30am on May 21 and in the same room between 1.30am and 4.30am on May 22.

The accused were represented by counsel Amer Hamzah, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Zamri Idrus, Mohd Fadly Hashim, AG Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M Ramachelvam and Azizul Shariman.

Zulfarhan was found with burn marks and bruises in an apartment in Serdang about 8pm on June 1, and was pronounced dead at about 10pm at the Serdan g Hospital.

The trial continues on Aug 16 before Judge Datuk Azman Abdullah.


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 08:18 PM | Show all posts
apa ke korupnya bapak najib...kerja polis tu pi ugut orangg ishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 08:21 PM | Show all posts
hebat betul hakeem dok mengarah2...erghhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
So mmg xde unsur paksaan dalam mencucuh seterika ke badan arwah... dek senabil elok je ada dlm bilik tu xkena paksa cucuh/pukul arwah pon...

Spekulasi lama yg kata ada OKT yg terjebak sbb terserempak lah... terpaksalah.. semua dah tak valid.. mmg rela semua tu.

Harap pihak polis amek tindakan tatatertib pada bapak si najib jugak..suka suki nak ugut suruh tukar keterangan..

Thanks dek senabil kerana berani berkata benar..moga Allah merahmati kamu juga...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 28-6-2018 08:21 PM
hebat betul hakeem dok mengarah2...erghhh

Mmg kepala drg la tu....main arah je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Seterika wap yg digunakan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba tekap blk kat 6 ekor tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bole kemurungan bila baca kronologi tu. mmg double triple blacklist upnm klu anak aku nk mohon
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by she at 29-6-2018 12:36 AM

Aku doakan doktor As Salam tu akan mendapat bala seumur hidup sebab menipu semata2 nk cover kesilapan dia tak rujuk polis

Coach bongok tu juga mohon dibuang kerja

Terima kasih Aiman Aufa dan pacik Grab
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 28-6-2018 09:59 PM
Jeasabri replied at 28-6-2018 06:56 PM
SUASANA sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Zulfarhan Osman ...


MOHD RAZI betapa KEJI dan TERKUTUKNYA perbuatan ko YERRR, dok UGUT saksi!!!!!!!
Pihak polis jgn nak cuba cover up si MOHD RAZI ni yerrr dan jgn pandang remeh dgn report yg di buat oleh Senabil di atas ugutan yg di lakukan oleh si MOHD RAZI
Pihak polis perlu pantau keselamatan Senabil di atas report ugutan yg telah di buat
Syabas Senabil kerana berani dan jujur sebagai seorang saksi semasa memberi keterangan
Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersama mu Senabil. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robb
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pada saksi2 yg bercakap benar. Sgt tragis kisah arwah. Saksi yg menipu bsedialah jwp disana ats dosa pd arwah dan keluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.142719 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list