CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: madmualij

RE: Kisah rawatan @page53 Makcik cleaner angker

    [Copy link]
Post time 9-11-2011 08:01 AM | Show all posts
mana sambungnyeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 11:26 AM | Show all posts
Reply 1278# madmualij


    muke perempuan kn..rambut panjang mcm serabai je..baju die mcm kaler putih skit.menempel kat botol tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 11:31 AM | Show all posts
....sambung la pulak...hehehehe teruskan ~
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 08:34 PM | Show all posts
Baca pelan-pelan dan fahami..segala nama telah diubah.. Moga mendapat iktibar dari kisah kali ini..
...
madmualij Post at 8-11-2011 05:21



berdebar2 baca cerita ni....saspen tul..berani jg yani tu...huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 09:09 PM | Show all posts
Reply 1265# madmualij

memang angker cerita ini....menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:03 PM | Show all posts
yup kebanyakkan tak kosong
madmualij Post at 8-11-2011 22:18



    Tuan,

masih menunggu dengan sabar sambunga..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2011 11:44 PM | Show all posts
tamat jugak bacaan aku kat thread ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2011 03:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by madmualij at 10-11-2011 03:46

Reply 1286# sofiera

Pandangan yani gelap.. dia rebah sendirian di pejabatnya, entah berapa lama..Yani tersedar sendiri.. sambil memegang kepala yang dirasakan sangat berat dan pening. Yani blur.. fikirannya bercelaru cuba mengingati balik apa yang dah berlaku. Jam didinding menunjukkan pukul 2:30 pagi.. hampir 3 jam Yani pengsan.. dengan tidak semena telinga Yani berdesing.. makin lama semakin kuat, binggitnya seperti berada didalam hutan.. Yani cuba gagahkan diri untuk bangun, perlahan2 dia bangun.. dan terpandang ke bahagian pantry tadi, ingatan Yani kembali mengingati kelibat ngeri yang dilihatnya tadi.. jantungnya kembali kencang..beberapa kali Yani beristighfar, badannya seram sejuk. Tapi syukur..selepas itu tidak ada apa-apa kejadian berlaku.. Yani gagahkan diri berjalan perlahan2 turun kebahagian parking kereta untuk pulang kerumahnya..

kaki Yani terasa begitu berat sekali seolah-olah ada bebanan yang berat diheretnya. Yani memandang kearah kakinya.. yaAllah.. berkali2 Yani menggosokan mata dan menggeleng2kan kepala.. benarkah apa yang dilihat??, kedua-dua belah kaki Yani dipeluk erat oleh 2 ekor makhluk hitam seperti monyet.. Yani beranikan diri menepis makhluk2 itu beberapa kali.. tetapi dia seolah2 menepis angin sahaja. Yani menangis menahan ketakutan.. inilah pengalaman pertama Yani berhadapan dengan masalah gangguan seperti ini.. sebelum ini dia langsung tidak percaya, pada pandangan yani sapa2 yang ada masalah gangguan ni semuanya gila, mereka semua otak sempit dan ketinggalan zaman.. Sebelum ini Yani ade seorang rakan karib yang ada gangguan sihir.. saya namakan dia Zana.

Zana mempunyai masalah gangguan sihir dari bekas kekasihnya.. dia sering meracau bila dirawat, alhamdulillah setelah dirawat Allah swt permudahkan..dan Allah swt beri kesembuhan padanya. Zana juga sentiasa istiqomah dan menganggap gangguan yang berlaku keatas dirinya adalah kerana salah silapnya pada Allah swt.. Zana selalu menceritakan masalahnya pada Yani.. yelah dah rakan karib.. maka pada rakanlah tempat dia berkongsi cerita. tetapi Yani selalu mengherdik yang zana ni berfikiran kolot dan jumud kerana terlampau taksub dengan alam mistik.. sehinggalah berlaku perbalahan antara mereka.. Zana hanya mampu tersenyum aje..

kringg kringggg..

Telephone Zana berbunyi..(mcm wonderpet plak) Zana cek ada miss call 3 kali dari Yani.. pelik juga zana.. dah la lama tak call, tetiba call awal2 pagi macam ni.. memang pelik. Zana call yani balik.. "hello zana... aku kena kacau ngan hantu niiii.. tolongg" dengan nada ketakutan.. zana terdiam..berfikir jap dan berkata "ermm..dah2la nak kenakan aku wei.." "aku mmg kena kacau ni! tolong aku zana.. aku kat tempat parking opis aku ni.. aku tak boleh bergerak.. kaki aku kebas dan berat.. plss zana.." lain macam nada suara Yani.. "ok2!.. ingat Allah..zikir banyak2.. tunggu aku datang.." Zana bergegas keluar..zana bawa sekali zaki baki air ruqyah mandian dalam botol yang telah digunakanya sewaktu menerima rawatan dengan saya 3bulan lepas.. dalam hati zana masih ada rasa keraguan.. ish.. tul ke minah tu.. tah2 dia nak wakenabeb aku.. ish~

Nasib umah zana tak jauh dari opis yani. Sesampai zana ditempat parking opis.. Yani kelihatan sedang berdiri bertongkat tangan kedinding.. zana mendapatkan rakannya itu.. Yani.. yaAllah.. "zana.. tolong aku zana.. aku tak boleh bergerak.. kaki aku ni ade lembaga hitam" sambil menangis teresak2.. zana pantas ambil botol air ruqyah mandianya itu dan di simbah ke kaki Yani.. arghhhhhhhhh yani menjerit panjang.. paaaaaanassloh! brengset!! tiba-tiba Yani merenung Zana dengan tajam. Zana cuak.. terus menyimbah air ruqyah tu ke muka Yani.. Yani rebah.. pengsan lagi.. Yani dibawa masuk kedalam kereta dan zana bercadang membawanya ke rumah zana..

sewaktu dalam perjalanan Alhamdulillah Yani tersedar.. waktu sampai dirumah Zana, Yani dah boleh berjalan sendiri.. Dia merasa sedikit tenang.. Zana pesan pada Yani.. nak tenang lagi.. meh kita wat solat taubat n hajat.. mintak Allah ampunkan dosa ye... Yani setuju.. dia benar-benar nak berubah.. Yani akui kesilapanya, sebelum ini dia langsung tak mempercayai perkara2 mistik ni.. dan paling yani kesal ialah dia langsung melupakan Allah dan rasul. Yani bangun nak mengambil wudhuk.. tiba-tiba tanganya kejang.. kebas menyerang dari kepala hingga ke hujung kaki... urat-urat dalam tubuhnya seolah ada pergerakan menyentak-nyentak.. telinga kiri yani berdesing kuat.. dalam masa yang sama Yani terdengar suara halus "aku.. mahu kamu mati!!!"

Bersambung..

"Ya Tuhan Kami, Kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jikau engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk ke golongan orang-orang yang rugi" surah Al-A'raaf ayat 23
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2011 08:16 AM | Show all posts
berdebar2 tunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 10:01 AM | Show all posts
Reply 1288# madmualij

Temakasih,

dulu tak brp nak tengok thread nie,sbb aka tak der masalah tentang penyakit3 mistik ini......ingat2 dok sembur "puuh kiri puuh kanan"...laa nie citer tentang pengalaman merawat cukup best,..dah baru start merempit dr page 1-5 baru belom habis lagiee...berpeluh sampai sakit leher...hehehe{:4_191:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2011 02:01 PM | Show all posts
tamat jugak bacaan aku kat thread ni...
Delifrance Post at 9-11-2011 23:44



    wow thanks baca huhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2011 02:03 PM | Show all posts
berdebar2 tunggu sambungan...
jaa139 Post at 10-11-2011 08:16



    saya nak menulis citer ni ada je masalahnya.. internet tak boleh connect.. usb broadband xdetect, keter xident..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2011 02:04 PM | Show all posts
Reply  madmualij

Temakasih,

dulu tak brp nak tengok thread nie,sbb aka tak der masalah tentan ...
sofiera Post at 10-11-2011 10:01



    moga2 dapat manfaat.. thanks baca..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 02:06 PM | Show all posts
saya nak menulis citer ni ada je masalahnya.. internet tak boleh connect.. usb broadband x ...
madmualij Post at 10-11-2011 14:03


kesiannya mad...ntah2 benda tu marah mad buka citer die...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:31 PM | Show all posts
moga2 dapat manfaat.. thanks baca..
madmualij Post at 10-11-2011 14:04



    Insa allah sama2 lah dapat manfaatnya.....thread dlam perhatian saya selain thread2 lain...gud for u tuan,..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 01:51 AM | Show all posts
wahhh baru pasan ada citer baru rupanya....best2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2011 03:50 AM | Show all posts
wahhh baru pasan ada citer baru rupanya....best2...
pinktriangle Post at 11-11-2011 01:51



    haaaaaa jemput2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2011 05:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by madmualij at 11-11-2011 05:51

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka

dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu

tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.

[al-Nisa’ 4:120]


Yani terdengar suara halus dihujung telinganya..

"aku.. mahu kamu mati!!! "

macam yani kenal aje suara tu... tapi entah dari mana suara tu datang.. tak tahu arah puncanya..

"mamposss kamu wakakakkakaka!!!" zassss!!! Yani rasakan satu tusukan tajam dikepalanya.. Zassss! zasss!! lagi tusukan tajam dikedua tapak tangan dan kakinya.. dan banyak lagi sehinggakan Yani terasa bisa-bisanya sampai ketulang. Zana panic melihatkan keadaan yani yang seolah2 kejang tu.. dan tiba-tiba rebah mcm pokok tumbang.. mengeras "za...na.. to..long.. aku...." suara yani tersekat2.. mulutnya seolah-olah terkunci..

"rasainn kamuu!! wakakaka!"

.... Suara zana makin jauh...

..... Yani dah tak mendengar lagi bunyi sekeliling.. suasana jadi gelap segelap-gelapnya.. Yani dah tak berada di demensinya lagi.. kemungkinan ketika itu Roh Yani telah ditarik ke alam jin.. dalam suasana gelap itu tiba-tiba datang dari jauh satu lembaga.. perlahan2 menghampiri yani.. rambutnya panjang menjurai kebawah.. sambil menundukkan kepala.. lalu berdiri dihadapanya.. Yani ketakutan yang amat sangat ape mende nihh ?? rupanya seperti nenek tua.. bertongkat.. memakai pakaian lusuh.. apalah lagi yang akan menimpanya lagi.. Nenek tua itu bersuara.. "Mahukah nenek membantu kamu wahai cucu ?" yani yang ketika itu tanpa berfikir panjang.. terdesak dengan asakan gangguan yang dihadapainya lalu berkata "boleehhh! bantulah aku nenek!! tolong aku nenek!!" nenek tua itu tersenyum.. bangga dan megah lalu menghulurkan tangan kanannya.. seolah mengenggam sesuatu.. "nah..ini pemberian nenek.. kamu terimalah ya wahai cucuku.. inilah pemberian turun temurun.. kamu akan selamat cu..." di tapak tangan nenek tu ada satu bungkusan kuning.. Yani tanpa berfikir panjang terus mengambil bungkusan itu tiba-tiba nenek tu mengilai dengan kuat "hiiiiiiihiihihiiiiiiiiiihhiiiihihihihhihiiiiiii!~ kamu akan selamat cuu..." sepantas kilat nenek tu menghilang... Yani tersedar!.. sakitnya semua hilang..

zana: yani kau ok ke ni ?  
Yani: ok zana.. aku ok!
zana: kau sebut nenek2 tadi tu amende ?
Yani: eh!? ermm..

Yani berfikir panjang apa yang berlaku keatasnya sebentar tadi.. pelik bermain difikiranya.. tadi dia rasa sakit menyucuk2.. kejang kebas.. tiba-tiba semuanya hilang.. dan siapa pulak nenek tua dalam bayanganya tadi.. ?

Yani: entah.. dia kata aku cucu dia.. dia nak tolong aku.. so aku bagi la dia tolong aku.. terus aku sihat gini hehe pelik kan ?
zana: uik ? erm.. kita kena mintak tolong dengan Allah swt.. bukan ngan mende pelik2 gitu...
Yani:..ish.. lambat la.. ni ha tak sampai 5 minit aku dah ok ni! hehehe

Yani dah lupa.. begitu cepat seseorang insan itu lupa.. baru beberapa minit tadi yani nak bertaubat.. sekarang lain pula ujianya yang datang.. malah megah pula dengan kepelikan yang dia lalui sebentar tadi.. "esok kita gi ikhtiar lah ye ?" kata zana dalam risau.. "ishh takpe.. aku dah sembuh ni hehe caya laa! " yani sambil berjoget2.. zana hanya menggelengkan kepala.. dan mendiamkan diri.. dia masak sangat dengan perangai kawanya yang pantang ditegur.. kalau tegur kompom gaduh.. zana serba salah hanya mampu berdoa..

Dah sebulan Yani selamat dari gangguan.. dalam tempoh sebulan itu tiap-tiap malam Yani akan mimpi dilayan seperti puteri raja.. tetapi.. masuk bulan kedua.. mimpi2 indah itu telah berubah menjadi mimpi ngeri.. nenek yang selama ini melayan yani dengan mesra sekarang sudah mulai menganas.. nenek itu nak darah yani.. yani merelakan.. sejak itu badan yani terasa esu dan berat.. bangun saja dari tidur.. pasti ada lebam2 di peha dan betis yani.. Tiba-tiba yani diserang gangguan seperti yang mula2..tidak ada lagi mimpi indah.. mimpinya bercampur baur.. merepek2.. ngeri.. kejap mimpi ular hitam.., mimpi anjing hitam.., air kotor.., mimpi tandas dan macam2 lagi.. badannya kembali bisa2.. telinganya kembali berdesing.. bisikan suara indon kembali ke gegendang yani..

Bersambung...

iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan)

                                  menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat

menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus (Shirat al-Mustaqim).

Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka,

dari kanan mereka serta dari kiri mereka;

dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”

al-A’raaf 7:16-17

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 09:40 AM | Show all posts
moga2 dapat manfaat.. thanks baca..
madmualij Post at 10-11-2011 14:04



    Mmg banyak manfaat nyer....teruskan niat suci murni anda....hanya orang2 yg terpilih, diberi kelebihan merawat.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 09:45 AM | Show all posts
Suka baca cerita-cerita saudara mad

sambil bercerita ada juga nasihat yg diberikan dan diselitkan juga Surah2 dari Al Quran sebagai panduan & rujukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.112146 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list