CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Issue Rokok - Latest - Perokok Bazir RM15 Juta Sehari--[merged: everyone]

 Close [Copy link]
Post time 16-6-2007 06:34 PM | Show all posts
aku x isap rokok. aku isap cerut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2007 06:57 AM | Show all posts
Kanak-kanak paling berisiko mangsa asap rokok basi
Oleh: SITI AINIZA KAMSARI

KUALA LUMPUR 16 Jun - Golongan kanak-kanak paling berisiko menjadi mangsa asap rokok basi second hand smoke kerana ibu bapa mereka merupakan sebahagian besar daripada 3.1 juta perokok dewasa di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, akibatnya mereka terdedah kepada pelbagai penyakit terutama asma kerana asap rokok mengandungi kira-kira 4,000 jenis bahan kimia berbahaya.

揙leh kerana mereka merupakan golongan yang paling lama menghidu dan terdedah kepada asap rokok basi, seramai 700 juta kanak-kanak iaitu separuh daripada jumlah kanak-kanak di dunia ini akan menjadi mangsa, yang berpunca dari rumah sahaja.

揑ni menjadikan rumah tidak lagi menjadi persekitaran yang selamat untuk mereka membesar sebagai generasi yang sihat,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2007 03:17 PM | Show all posts
Papar amaran grafik pada kotak rokok

KUANTAN: Jabatan Amalan Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kini menjalankan kajian mengenai pemaparan amaran grafik pada kotak rokok dalam usaha menjayakan kempen menghentikan tabiat merokok di kalangan orang ramai.

Ketuanya, Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed, berkata pemaparan gambar berwarna mengenai penyakit kanser tekak, paru-paru dan mulut pada semua kotak rokok pasti membuatkan orang ramai berfikir panjang sebelum merokok.

Beliau berkata, pihaknya menerima geran RM14,000 daripada Kementerian Kesihatan bagi tujuan itu.

揔ita jangka laporan mengenai kajian itu dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini dan diharapkan tahun depan gambar ini dapat dipamerkan pada kotak rokok dalam negara,
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 04:51 PM | Show all posts
banyak brand dah rokok murah...ketagih sangat gulung rokok daun pun jadik.nanti rokok mahal2 sangat ader la kes pecah kete nak curi rokok..pecah rumah curi rokok..kilang rokok kena rompak..lori2 dan van kecik2 bawak rokok kena hijack...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2007 07:14 PM | Show all posts
Smoking ban to be extended

KUALA LUMPUR: The Health Ministry will ban smoking at more places once the 搉o smoking
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2007 05:22 PM | Show all posts
Asap rokok pengaruhi wanita lahirkan anak hiperaktif
26-06-2007

KOTA BARU:  Wanita yang terdedah kepada asap rokok semasa mengandung berisiko dapat anak mengalami masalah kesihatan terutamanya masalah hiperaktif.

Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed berkata masalah hiperaktif atau dalam istilah perubatan dipanggil 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' (ADHD) dikesan dialami oleh lapan sehingga 10 peratus kanak-kanak sekolah di negara ini.

"Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara," katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Bulan Bebas Tembakau peringkat Kampus Kesihatan USM di sini, hari ini.

Beliau berkata, ibu-ibu mengandung yang terdedah kepada situasi itu juga berisiko melahirkan anak yang kurang berat badan, cacat, lemah otak dan lahir tidak cukup bulan.

Kementerian Kesihatan melaporkan pada akhir 2006, jumlah perokok di Malaysia adalah seramai 3.8 juta.

Daripada jumlah itu Orang Melayu merupakan kategori perokok paling ramai iaitu 50 peratus berbanding Cina (21 peratus) dan India (9 peratus).

Dr Mafauzy berkata, setiap tahun kira-kira lima juta penduduk dunia mati akibat merokok dan di Malaysia, bilangan kematian akibat penyakit yang berkaitan dengan rokok adalah kira-kira 10,000 orang setahun.

"Sebanyak 30 peratus kematian adalah disebabkan kanser, 25 peratus sakit jantung dan 25 peratus strok. "Dua pertiga daripada semua jenis penyakit kanser boleh dielakkan, dan caranya sangat mudah iaitu dengan berhenti merokok," katanya

----------------------------------------------------------------------------------------------

pada suami yang merokok, eloknya hentikanlah merokok tu nak nak
kalau wifey tu pregnant --   dan wanita yang mengandung eloklah
elakkan diri dari duduk berdekatan dengan orang2 yang merokok -
the effect is in the long run -

if you in the restaurant - vouch for non smoking section -
if people near your table smoking, request to be moved to different
table --  take some initiative in taking care of your and your baby's health -
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2007 07:56 AM | Show all posts
Babies affected by smoking

WOMEN who smoke while pregnant may cause permanent cardiovascular damage to their child that could heighten the offspring抯 risk for a stroke and heart attack, researchers said.  

Doctors long have known about health dangers for babies whose mothers smoked while pregnant, but the new Dutch study showed that these children as young adults tended to have thicker walls of the carotid arteries in the neck.

This thickness can be used to determine a person抯 level of atherosclerosis, the process in which deposits build up in the inner lining of an artery, increasing the likelihood of stroke and heart attack.

揟here are still substantial numbers of mothers who smoke during pregnancy,
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 08:05 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 6/26/07 01:22 AM
pada suami yang merokok, eloknya hentikanlah merokok tu nak nak
kalau wifey tu pregnant --   dan wanita yang mengandung eloklah
elakkan diri dari duduk berdekatan dengan orang2 yang merokok -
the effect is in the long run -


you forgot to advise pergnant women themselves not to smoke (women smoke too).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2007 08:18 AM | Show all posts

Reply #128 BeanDiesel's post

i didnt mention that cuz i figure that's a given -
when this women visit their GP -
the GP will mention to them all about this -

just as drinking alcohol during pregnant is harmful to
the baby too -

but what's most of them forgotten is being around
the smoking people -

however your post is noted and i hope pregnant women
will take this seriously and not smoking
(even non pregnant shouldn't either )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 10:30 PM | Show all posts
Harga rokok naik 60 sen sekotak
02-07-2007

KUALA LUMPUR:  Duti eksais ke atas rokok dinaikkan kepada 15 sen berkuatkuasa 4 petang hari ini daripada 12 sen sebelum ini, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dengan kenaikan itu, duti bagi satu paket 20 batang rokok kini meningkat sebanyak 60 sen.

Kementerian Kewangan berkata langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menangani masalah sosial akibat merokok, terutama dalam kalangan golongan muda

--------------------------------------------------

dun think naik nya 60 sen lagi untuk sekotak
will deter orangramai yang ketagih nicotine tu --

kalau depa tak nak berhenti - naik rm10 sekotak pun
depa cari jalan gak --

yang penting - educate depa tentang asap rokok yang boleh
bunuh anak2 depa tu...   
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 10:37 PM | Show all posts
x berasap ler kaki rokok ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 10:44 PM | Show all posts
bukan senang nak ilang ketagihan merokok ni ..... nak pulakk kalau jammed dgn kawan2 yg kaki rokok ... lg lerrr x ingat dunia ..

nak educate pun blom tentu mendtgkan pekdah .. sbb perokok ni mmg taw bahaya merokok tp derang still merokok jugak .... kalau batuk2 derang akan berenti kejap .. bila dah ok balek derang sambung balek ...

jes like my BIL ... kene halau dgn my sis sbb merokok depan anak2 die ... but still die merokok ... sanggup kluar umah kejap sbb nak peke na sebatang rokok ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 08:52 AM | Show all posts
harga rokok dh naek.......bawak2 ler berenti...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 08:57 AM | Show all posts
Cukai naik, rokok kotak besar RM8Oleh Irwan Shafrizan Ismail

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan duti eksais rokok sebanyak tiga sen sebatang, menjadikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang meningkat 60 sen, berkuat kuasa jam 4 petang semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, duti eksais rokok dinaikkan daripada 12 sen sebatang kepada 15 sen selaras langkah kerajaan menggalakkan gaya hidup sihat dan membendung gejala sosial di kalangan remaja dan pelajar.

Berikutan kenaikan itu, sekotak rokok 20 batang yang kini berharga RM7.40 dijangka meningkat sehingga RM8.

Kali terakhir duti eksais rokok dinaikkan sebanyak satu sen sebatang, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2007 pada 2 September tahun lalu.

Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyokong langkah kerajaan menaikkan harga rokok yang dianggap dapat mendorong perokok menghentikan tabiat berkenaan.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kenaikan itu juga dapat mencegah remaja, terutama pelajar mengamalkan tabiat buruk itu kerana tidak mempunyai sumber kewangan.

Beliau berkata, perokok tegar mungkin sukar menghentikan terus tabiat itu, tetapi kenaikan harga rokok sekurang-kurangnya mengurangkan keinginan mereka untuk merokok.

Mohd Yusof berkata, strategi syarikat rokok menarik perokok baru termasuk memperkenalkan kotak khas, turut menyukarkan kerajaan menangani gejala itu walaupun pelbagai kempen dijalankan.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan mengambil perhatian terhadap perkara itu bagi menjayakan kempen Tak Nak Merokok
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 08:59 AM | Show all posts
itu la, korang tau tak , perokok meyumbang kepada pemanasan global dgn mengeluarkan gas karbon dioksida ke udara, lantas menyebab kan kesan rumah hijau, penurunan bilangan gas oksigen,

tapi kal takde rokok , takde la peluang pekerjaan di sektor swaasta, sektor perubatan , dan sektor pengangkutan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 09:10 AM | Show all posts

Reply #135 salimrock's post

ko ada point kat situ salimrock tapi sebab ada rokok pulak banyak anak yang kehilangan bapak, bapak kehilangan anak, isteri kehilangan suami  semua tu kematian berkaitan dengan rokok dan asap rokok.  society kena pick ler  mati ahli keluarga lebih baik dari dapat peluang kerja ke atau sebaliknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2007 09:13 AM | Show all posts
haramkan je la penjualan rokok nie...dah tau benda nie memudaratkan kesehatan dok bagi lagi kebenaran utk menjualnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 09:16 AM | Show all posts
pasni compeni rokok..mula lah kuar kan rokok2 jenama baru...dipek balik...dgn harga murah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 09:33 AM | Show all posts
kt mesia org mati eksiden lg ramai dr org isap rokok...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 09:55 AM | Show all posts
Perokok ni nak2 perokok tegar ni kalau ikut kajian AN.....kalu dia pekerja..produktivitinya kurang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.072934 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list